Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Sunday, 8 November 2020

Creamy Cauliflower Soup


Semalam berjaya mencuba satu resepi baru iaitu Creamy Cauliflower Soup yang senang nak disediakan, cuma gunakan bahan yang mudah nak dapat:

Bahan-bahan:

1. Cauliflower

2. Bawang putih diracik

3. Bawang merah diracik

4. Kiub ayam

5. Air

6. Sedikit Minyak masak untuk menumis

7. Sedikit pepper

8. Tepung jagung untuk pekatkan kuah

Cara-cara:

1. Tumiskan bawang putih & bawang merah.

2. Masukkan cauliflower dan kiub ayam.

3. Kacau dan tuang air. Jangan banyak sangat.

4. Bila cauliflower dah lembut, masukkan dalam blender dan blend sampai lumat dan jadi puri.

5. Masakkan sekejap atas dapur dengan tambah sedikit lagi air.

6. Masukkan air tepung jagung.

7. Masukkan pepper dan boleh jugak tambah italian herbs. Kacau sampai likat dan menggelegak, tutup api.

8. Boleh dimakan macam tu atau cicah dengan roti atau biskut tawar...so yummy...

Bebudak pun suka. Dah risau dorang tak makan sebab sayur kan, haha..ok lulus, boleh buat lagi nanti.


Sunday, 27 May 2018

Resepi: Choco Mini Pretzel

Harini aku buat sejenis lagi kuih raya yang paling sempoi nak buat, aku memang suka buat yang sempoi jer.. Haha.. Sebab terlalu 'rajin' buat kuih macam orang lain.

Oklah, kali ni nak share resepi Choco Mini Pretzel.

Bahan-bahan:
1. Compound dark chocolate.
2. Mini pretzel (boleh beli kat Aeon (Jusco) atau Jaya Grocer)


Cara-cara membuat:
1. Cairkan coklat menggunakan kaedah double boiler di atas dapur.

2. Celupkan mini pretzel separuh ke dalam coklat yang dah dicairkan.

3. Keringkan atas dulang, untuk lebih cepat coklat tu kering, letak dalam peti ais untuk beberapa minit. Cara aku, sementara aku celup pretzel lain, aku masukkan dalam peti ais. Siap celup dalam 50 keping pretzel, aku keluarkan yang dah disejukkan dalam peti ais tadi.

4. Masukkan dalam balang, tutup rapat.


Senang sangat kan? Cubalah..tak rugi tau.. Sepaket mini pretzel dapat lebih 160 keping. Untuk resepi lain kuih/kerepek raya tanpa oven yang aku buat, boleh tengok kat sini https://goo.gl/TDZuEy. 

Resepi: Kerepek Crispy Cheezy

Dah start buat kuih raya ke? Tahun ni ada tambahan resepi kuih/kerepek raya tanpa oven yang aku buat, boleh tengok posting sebelum ni kat sini https://goo.gl/TDZuEy. 

Kali ni aku buat Kerepek Crispy Cheezy.

Bahan-bahan:
1. Kulit popia.
2. Serbuk cheese original dan spicy.
3. Minyak masak untuk menggoreng.


Cara-cara membuat:
1. Potong kulit popia ikut bentuk kita suka, aku potong segi empat sama. 

2. Goreng dalam minyak yang cukup panas. 


3. Angkat kulit popia yang dah bertukar warna kepada kekuningan, toskan minyak. 

4. Tabur serbuk cheese ke atas kulit popia yang dah digoreng. Aku campurkan serbuk cheese original dengan sedikit perisa spicy. Tanak pedas sangat. 

5. Gaulkan kulit popia dengan serbuk cheese. 
6. Simpan dalam balang dan tutup rapat.

Dah siap, sedia untuk dingap.. 

Tuesday, 13 June 2017

Menu Simple Sahur 10 Ramadhan terakhir

Salam semua,

Sekejap jer dah nak masuk 10 Ramadhan terakhir untuk tahun ni kan. Salah satu cabaran untuk kaum ibu ni ialah memikir dan memasak menu sahur. Untuk akulah, sebabnya, makin lama makin kurang selera nak makan nasik dan semakin kekeringan idea nak masak apa. Option lain selain nasik kat rumah aku ialah pasta dan roti. Cuma biasanya aku pelbagaikan cara masak.

Pikir punya pikir, kenalah buat list menu apa yang simple tapi gerenti anak-anak suka (anak-anak akulah), anak orang lain, kalau tak cerewet dan selera sama, bolehlah cuba jugak yer.

Menu-menu ni semua dah pernah buat sendiri tapi gambar takde, so pinjam gambar kat google jer yer. Resepi-resepi ni insyaallah boleh siap dalam masa 15 minit (untuk keluarga kecil macam akulah untuk makan 4-5 orang). Bahan-bahan yang diperlukan pun semuanya kurang dari 10 jenis. Bilangan setiap bahan tu bergantung kepada berapa banyak nak masak.

1. Roti Telur Sardin

Bahan-bahan:
1. Roti
2. Telur
3. Sardin
4. Garam secukup rasa
5. Minyak masak

Cara Membuat:
1. Pukul telur dengan sedikit garam di dalam mangkuk.
2.  Letakkan sardin dalam roti, lipatkan.
3. Panaskan kuali dengan minyak masak.
4. Celupkan roti tadi dalam telur, goreng.
5. Hidangkan.

2. Pasta Aglio Olio

Bahan-bahan:
1. Pasta - spagethi, angel hair, fettucini atau sebarang pasta favorite
2. Bawang holland yang dipotong dadu
3. Chicken slice yang dipotong kecil
4. Italian herbs
5. Chicken stock
6. Pepper/chilli flakes
7. Sedikit minyak zaitun


Cara Membuat:
1. Rebus pasta sehingga masak, toskan.
2. Tumis bawang holland yang dipotong dadu sehingga naik bau.
3. Masukkan pepper/chilli flakes dan chicken stock.
4. Masukkan chicken slice yang dipotong kecil.
5. Masukkan pasta, gaul sekata. tutup api.
6. Hidangkan.


3. Cheezy Bread roll  

Bahan-bahan:
1. Roti
2. Bread crumb
3. Chicken slice
4. Telur
5. Sliced Cheese

Cara Membuat:
1. Pukul telur di dalam mangkuk.
2. Letakkan chicken clice dan chesse ke dalam roti, gulungkan.
3. Panaskan kuali dengan minyak masak.
4. Celup dalam telur dan dalam bread crumb.
5. Goreng roti tadi sehingga keemasan.
6. Potong 2 atau 3 supaya senang untuk dimakan,
7. Hidangkan.


4. Baked Bean Dinner Roll

Bahan-bahan:
1. Dinner roll/potato bread
2. Baked bean
3. Sliced cheese

Cara Membuat:
1. Belah dinner roll/potato bun.
2. Masukkan baked bean ke dalam roti.
3. Letak cheese di atas roti dan taburkan italian herbs.
4. Bakar pada suhu 250 celcius untuk selama 4 minit.
5. Keluarkan dari oven, hidangkan.

5. American breakfast

Image result for simple american breakfast
Bahan-bahan:
1. Sosej ayam
2. French fries
3. Telur
4. Buah Tomato
5. Minyak untuk menggoreng
6. Sos cili/tomato
7. Minyak masak untuk menggoreng

Cara Membuat:
1. Rebus sosej, toskan.
2. Goreng fries.
3. Goreng telur mata.
4. Goreng sosej.
4. Potong tomato.
5. Hidangkan.

6. Nugget Foldover 
Image result for nugget tacos

Bahan-bahan:
1. Nugget ayam
2. Buah tomato dipotong dadu
3. Keropok mister potato
4. Mayonis dan sos cili
5. Roti tortila

Cara Membuat:
1. Gorengkan nugget dan dipotong dadu.
2. Gaulkan nugget yang digoreng dengan buah tomato, mayonis dan sos.
3. Letakkan bahan-bahan yang dah digaul ke atas roti tortila.
4. Ramas keropok mister potato dan tabur ke atas bahan nugget tadi.
5. Gulung roti tortila dan bakar dalam oven (250 darjah celcius) untuk selama 5 minit.
6. Hidangkan.

7. Pancake dengan scrambled egg & sambal

Bahan-bahan:
1. Tepung naik sendiri.
2. Garam.
3. Telur.
4. Sambal ikan bilis (dimasak sendiri atau dalam tin).

Cara Membuat:
1. Bancuh tepung dengan garam dan air.
2. Buat pancake.
3. Kacau telur dan goreng (scramble egg).
4. Hidangkan pancake bersama scrambled egg dan sambal.

8. Croissant tuna

Bahan-bahan:
1. Roti croissant
2. Tuna.
3. Tomato/timun & bawang
4. Daun Salad

Cara Membuat:
1. Potong croissant.
2. Sapukan tuna.
3. Letakkan tomato/timun/bawang & daun salad.
4. Hidangkan.


9. Roti berlubang telur
Image result for bread with egg
Bahan-bahan:
1. Roti
2. Telur
3. Italian herbs

Cara Membuat:
1. Lubangkan roti di tengah-tengah menggunakan gunting.
2. Letakkan roti di atas tray leper.
3. Pecahkan telur ke dalam lubang roti.
4. Panaskan oven.
5. Bakar dalam oven pada suhu 250 darjah celcius untuk 4 minit atau guna function grill.
6. Hidangkan.


10. Marcaroni & cheese

Bahan-bahan:
1. Marcaroni
2. Sliced cheese
3. Serbuk parmesan cheese
4. Italian herbs
5. Sedikit garam

Cara Membuat:
1. Rebus marcaroni, toskan.
2. Semasa markaroni masih panas, gaulkan dengan sliced cheese, italian herbs dan garam.
3. Panaskan oven.
4. Bakar dalam oven 250 darjah celcius untuk 5 minit.
5. Tabur serbuk parmesan cheese,
6. Hidangkan.

Selamat mencuba!