Saturday, 29 July 2017

Belated


Disebabkan lama sangat post ni bertapa dalam draft mode, sampai rasanya dah basi tapi tetap nak kongsi wei...sampai tajuk pun aku tukar sekali.

13 Julai aritu birthday aku yang ke 38. Kat opis, dapat surprise dari anak2 buah.. Awwww.... So sweeettt.. Nak nangis rasa wei. Dorang berkomplot kata ada benda urgent.. Suh naik opis kul 12. Aku tengah makan jamuan raya rasa nak tercekik makan takut ada isu besar.. Naik opis.. Tadaaa.... Dengan faveret kek dr SR, Choc indulgence. Huhu..terima kasih semua.. Terharu sangat..



Kalau orang buat surprise party untuk orang yang sambut birthday tu biasa kan.. So tahun ni kita nak buat lain dari orang, so walaupun sebenarnya aku yang buat surprise untuk suami dan anak-anak. Rare tak?

Acaner agaknya tu? Aku ambik cuti 14 Julai sebab nak prepare... Tapi tak bagitau suami.

Suami berbengkel kat KL since Rabu sampai Jumaat,  sob sob.. So besday aku Khamis dia whatsapp jer wish happy birthday.

Booked hotel kat De Pulze Cyberjaya, Citadine Apartment Hotel.

Check in... Setup bilik.

 



Pesan ngan asben ambikkan anak-anak balik petang tu dan suruh mandi siap-siap,  pakai baju cantik.  Aku balik.. Hmm semua tak mandi lagi... Sobs.. Cepat-cepat suruh siap... Lepas maghrib keluar. 

Anak-anak excited... Mama lagi excited nak surprisekan... 

Tergelak anak-anak tengok preparation mama,  
Kimi tanya,  "Ni kan birthday mama,  kenapa mama pulak surprisekan kitaorang?" 

Yelah,  dah takde sapa nak surprisekan mama.. Sobs..haha..ngada kan.. Takdelah.. Jawapan aku, 

 "Takpelah,  lain sikit,  anak-anak kan kecik lagi,  jadi takkan nak booking hotel.. "

Hotel Citadine ni best,  nice room..complete iron,  iron board,  dapur,  pinggan mangkuk semua sebab apartment type kan.  Strategic location.  Tapi satu jer,  takde pool untuk budak-budak,  adult size jer ada. 




Friday, 14 July 2017

Steevya: Pemanis untuk Kesihatan


STEEVYA PEMANIS GANTI GULA YANG BAIK UNTUK KESIHATAN

 
Stevia atau nama saintifiknya Stevia Rebaudiana merupakan tumbuhan herba yang berasal dari Paraguay. Stevia telah lama digunakan oleh masyarakat di sana sebagai pemanis semula jadi dalam makanan, minuman dan perubatan oleh masyarakat di sana. Pokok stevia juga semakin mendapat perhatian masyarakat amnya di Malaysia kerana khasiat dan kelebihannya sebagai pengganti gula semula jadi.

 

Seperti yang kita sedia maklum, penggunaan gula putih yang dibuat daripada pokok tebu telah lama dipraktikkan dalam masyarakat sebagai penambah perasa manis dalam makanan dan minuman. Akan tetapi, pengambilan gula secara berlebihan boleh mengakibatkan banyak masalah kesihatan seperti obesiti (berat badan berlebihan), diabetes serta tekanan darah tinggi. Oleh itu, masyarakat perlu mengambil inisiatif lain untuk menggantikan gula sebagai penambah rasa manis agar kehidupan kita menjadi lebih sihat.

 

Oleh kerana itulah, sejak kebelakangan ini, daun stevia menjadi semakin popular. Stevia merupakan tumbuhan herba bebas toksin dan selamat digunakan untuk menurunkan kadar sakit diabetes, tekanan darah tinggi dan masalah berat badan. Menurut kajian, kandungan utama stevia yang menghasilkan rasa manis iaitu Steviosid membantu menurunkan kadar tekanan darah tinggi [1].

 

Keistimewaan stevia ini terdapat pada daunnya yang mempunyai rasa manis. Malah, ekstrak stevia ini dikatakan mempunyai 350 kali ganda rasa manis berbanding gula putih yang dibuat daripada pokok tebu. Antara produk pemanis stevia yang terdapat dipasaran adalah jenama STEEVYA. Produk ini telah diformulasikan daripada ekstrak daun stevia asli yang memberikan rasa manis lebih kuat dengan hanya tiga - empat titisan ke dalam makanan atau minuman.

 

KEBAIKAN STEEVYA

 
Produk STEEVYA ini tidak mengandungi sebarang karbohidrat, lemak, kalori dan tiada mengandungi sebarang pemanis lain. Produk ini telah disahkan dengan ujikaji makmal oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) serta turut diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan nombor notifikasi: KKM.600-7/2/1 Jld.57 (57). Produk STEEVYA sesuai digunakan oleh pesakit kencing manis, mereka yang mengalami berat berlebihan, dan juga penghidap tekanan darah tinggi. STEEVYA ini juga selamat digunakan oleh semua lapisan umur termasuk kanak-kanak seawal 4 tahun dan orang dewasa.

 

Selain itu, produk STEEVYA ini mengandungi Vitamin C yang boleh membantu meningkatkan imunisasi badan serta menambah kolagen dalam tubuh pesakit kencing manis. Vitamin C tersebut membantu memberikan ketahanan kepada sel tubuh badan serta dapat menangkis masalah luka sukar sembuh yang seringkali menyerang pesakit kencing manis. STEEVYA merupakan produk pemanis stevia yang PERTAMA di Malaysia yang mencampurkan Vitamin C di dalam produk keluaran mereka.

 

Bukan sahaja bermanfaat sebagai penurun kadar gula dalam darah, STEEVYA juga turut bermanfaat sebagai makanan tambahan bagi pesakit obes yang sedang dalam diet. Kandungan STEEVYA yang bebas kalori tidak akan mengakibatkan seseorang itu menjadi gemuk. Malah ia membantu pembakaran lemak dengan lebih pantas ketika aktiviti sukan dilakukan. Dengan indeks bebas glycomic, produk STEEVYA adalah selamat digunakan oleh sesiapa sahaja walaupun penghidap kencing manis. Namun begitu, penghidap kencing manis stage 3 ke atas perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan produk ini.

KLIK GAMBAR UNTUK INFORMASI LENGKAP STEEVYA

MENGAPA PERLU MENGGUNAKAN STEEVYA?

 
Selain menjadi stevia pertama dalam Malaysia yang mengandungi Vitamin C, produk jenama STEEVYA juga merupakan produk pemanis stevia PERTAMA yang dijual di dalam botol 50ml. Sejak stevia diperkenalkan di Malaysia, belum ada mana-mana produk pemanis stevia yang dijual dalam kemasan melebihi 15ml. Kebiasaannya hanya dijual dalam kemasan 10 atau 15ml sahaja. Maka, STEEVYA merupakan produk stevia pertama dijual dengan kemasan 50ml dan dijual pada harga yang amat berpatutan.

 

Seperti yang kita sedia maklum, produk yang menggunakan ekstrak stevia asli amat mahal dijual di pasaran. Namun, kehadiran jenama STEEVYA ini bakal mengubah segalanya kerana produk ini dijual pada harga yang sangat berpatutan. Bayangkan, dengan pelbagai kebaikan yang anda boleh perolehi daripada produk STEEVYA ini, anda hanya perlu mengeluarkan RM 49.00 sahaja untuk sebotol 50ml. Harganya yang sangat berpatutan ini amat baik untuk semua lapisan masyarakat.

 

Maka, pilihan untuk menjadikan hidup anda lebih sihat berbanding sebelum ini bukan lagi satu pilihan yang mahal. Namun, ia mampu dikecapi oleh semua individu baik yang berpendapatan rendah atau tinggi.

 

Selain itu, STEEVYA juga telah melalui proses pengesahan selamat dijual dan selamat digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia serta pengesahan label produk telah dikeluarkan. Produk STEEVYA juga disahkan tidak mengandungi bahan merbahaya setelah melalui beberapa fasa ujikaji makmal di Malaysia. Produk STEEVYA sedang dalam proses mendapatkan sijil Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Walaubagaimanapun, bahan asas produk STEEVYA telahpun disahkan HALAL badan halal antarabangsa.

 

Maka, tidak syak lagi, produk STEEVYA merupakan pilihan paling tepat untuk anda dan keluarga. Bertukarlah kepada kehidupan yang lebih sihat. Kurangkan gula dalam makanan dan minuman, gantikan ia dengan STEEVYA!

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang STEEVYA? Layari laman web: www.steevya.net

Untuk pembelian online, sila layari: www.steevya.com

 

TESTIMONI STEEVYA

 





Saturday, 8 July 2017

Ziarah Raya Friday's Social Club

Alhamdulillah siang tadi dapat berkumpul sempena ziarah raya ke rumah sorang geng lama dari tempat kerja pertama aku dulu.

Kat tempat lama tu aku keje selama 6 tahun 8 bulan.  Dari anak dara sampai anak dia,  baru keluar.

Kawan-kawan dari sana dah beberapa generasi tapi kami tetap klik.  Paling lama kawan dah 13 tahun,  yang lain paling baru kenal pun dalam 3-4 tahun jugak. Kali ni berkumpul kat rumah sahabat yang sedang cuti belajar.

Very nice house, husband dia yang banyak menghias.  Sokmo tengok gambar kat ig asben dia jer sebab suka gaya interior yang dipilih.  Minimalist... And a touch of Scandinavian.  Mostly perabot warna putih.  Simple and so niceeee.... Ergh.. Setiap sudut rumah dia cantik.  Admire sangat.



Berkumpul kali ni pun kira macam adhoc jer.  Semalam tetiba salah sorang dari kami suggest kat whatsappgroup pegi beraya ke rumahnya. Pum pang.. Pum pang dapatlah kumpul 9 orang ahli termasuk aku yang confirm boleh datang.

Tuan rumah masak lontong,  tambah satay yang dibeli kat Taman Warisan Putrajaya. Cream puff dan jugak ada surprise.. Birthday kek untuk yang sambut birthday bulan Julai.  Kebetulan tuan rumah pun july baby.  Ada 3 orang dalam geng yang celebrate birthday bulan Julai.

So,  kami potong kek sama-sama.  Terharu dengan sambutan awal dan secara tak langsung menumpang sebab tuan rumah pun besday bulan yang sama kan?  Hehe..

Anaknya keletah and cute sangat... Peramah....kata maknya mood baik,  jaranh dia peramah macam tu.. So adorable. Semoga persahabatan kami berkekalan sampai bila-bila.  Kawan baru tetap datang,  tapi yang lama takkan dilupa.


Thursday, 6 July 2017

Nak kulit mulus jugak!

Exfoliating gel ni rupanya best yer..diperkenalkan oleh adik. Bila pakai, terus suka...dah habis, cari lagi. Produk untuk muka perempuan ni banyak sangat kat pasaran kan, so aku lak jenis tak reti sangat bab-bab produk gini, so kalau adik dah penah try, tgk muka dia tak rosak, baru berani nak try jugak..

Exfoliating gel yang aku guna ni dari Chriszen. boleh untuk muka dan badan. Lepas tenyeh-tenyeh kat muka, aaaaa...bestnya..lembut lah kulit terasa. bau pun sedap...

Exfoliating gel ni fungsi utama untuk buang sel-sel mati kat kulit kita. Bila dah buang sel-sel mati tu kulit lebih cantik dan sihat.

Cara nak guna senang jer, sapu pada muka atau badan, gosok2 buat bentuk bulatan selama dalam 10 minit, lepas tu cuci macam biasa. Nanti nampaklah gumpalan-gumpalan kecil kotoran kat kulit kita . Satu lagi fungsinya yang best, memudahkan makeup lekat kat muka kita tau. Haa...so nanti nampak makeup tu blend well dengan kulit muka. Guna dalam 2 kali seminggu.



Harga? Murah jer, RM15 satu bekas ni kalau takat untuk muka jer memang lama tahan, mau 6 bulan. Cuma, masalahnya aku tatau kat mana nak beli. Dah cek kat fb page tak jumpa produk ni dalam tu. Aritu kirim kat adik sebab ada seller bukak booth kat Mood Republik before raya. So dah beli 2 untuk stok setahun..hehe