Tuesday, 8 January 2019

Bila si Bongsu masuk sekolah

Tahun ni masuk 5 tahun dah si bongsu, Namee. Sejak tahun lepas mencuba untuk suruh dia masuk tadika, tak berjaya. Saspen jugak nak masukkan tahun ni. Masa pindah rumah aritu dah pindahkan dia ke taska lama masa dia baby, dekat dengan rumah sekarang...jenuhnya nak suruh dia stay situ..habis dicakar muka aku sampai luka...oh my...berapa kali aku lewat gi kerja sebab dia tanak turun kete..sudahnya, duduk berapa hari jer patah balik ke taska lama.


Jadi sejak tahun lepas dah cucuk sekerap mungkin untuk dia masuk tadika bila masuk 5 tahun. Dah cadangkan tadika lain, dia tanak. Katanya nak tadika yang sama dengan taska, mujur jugak owner taska dan tadika orang yang sama, dan dia dah biasa dengan semua cikgu dan jugak kengkawan situ kan. So aritu first day sekolah antar dia...alhamdulillah ok sangat, memang takde langsung drama.



Mama pulak macam was-was..haha..so sejak tu, ok jer dah seminggu lebih ni sekolah. Syukur sangat he is ok and enjoying tadika. Tak kisahlah tadika tu maybe tadika biasa takde nama tapi, kebahagiaan anak pun penting kan. Apa yang aku tengok, namee ni jenis yang susah nak fleksibel, maybe dia takut untuk duduk dengan orang lain di sekeliling dia atau dengan kata lain, orang-orang yang baru dan dia tak kenal. Sebelum ni abangnya tadika yang sama, alhamdulillah pembelajaran dia ok jer..so harap yang sama untuk Namee juga, aminnn....

Cuma aku jerlah susah sikit, sama jer macam dulu sebelum pindah, kena hadap jem kat taman perumahan lama ni, dan balik tetap kena pegi dua area untuk ambik anak-anak...semoga aku tabah lah yer....Happpy kiddos makes a happy mom right?

Sorang dah masuk asrama..tinggal dua orang jer..tu pun..pantas masa berlalu, si nombor dua pun katanya nak masuk asrama macam kakak..sobs....


Tuesday, 1 January 2019

Silent Airport Policy

Bermula 1 Disember 2018, Kuala Lumpur International Airport (KLIA) dan KLIA2 telah mula mengamalkan Silent Airport Policy. Apa Silent Airport Policy ni?

Silent Airport Policy ni maksudnya airport yang tak 'meriah' dengan announcement dari siaraya. Malaysia Airports Holdings Bhd (MAB) memaklumkan bahawa polisi juga dilaksanakan selaras dengan maklumbalas yang diterima dari para pengunjung yang agak mengganggu bagi mereka bila terlalu banyak pengumuman dibuat. Selain dari tu, ada juga pengumuman yang menimbulkan kekeliruan.


Makluman melalui Twitter. 


KLIA telah menghentikan pengumuman untuk boarding dan public paging. Inisiatif ini juga dilihat dapat menyediakan persekitaran airport yang lebih tenang dan aman. 

Jika sebelum ini lebih 500 pengumuman dibuat sehari, kini bilangan itu semakin berkurangan. Untuk maklumat lanjut penerbangan pengunjung boleh merujuk kepada Flight Information Display screens dan MyAirport mobile apps dengan maklumat semasa atau real-time status penerbangan, boarding gates information dan maklumat lain. 
Dengan pengurangan dua jenis pengumuman tadi, sebenarnya sebanyak 70% pengumuman harian berjaya dikurangkan. 

Antara negara lain yang telah mula mengamalkan polisi ini termasuklah
America Utara, Eropah, Afrika, Asia, dan Australia. Contoh airport yang terlibat ialah London City Airport, Helsinki Airport, Changi Airport, Chennai Airport dan Barcelona ElPrat.

Jadi, selepas ini tiada lagi pengumuman yang berkemungkinan akan membuatkan kita terleka dan terlepas flight? Jadi, kita kenalah sentiasa alert dengan informasi berkaitan penerbangan melalui skrin maklumat atau mobile apps yang dah disediakan. Jangan terleka, nanti bukan kita yang terbang, duit bayar tiket yang terbang...selepas ni kita mungkin merindui pengumuman yang biasa dibuat di airport..kan..yang biasa bermula dengan bunyi ting tong..ting tong... Dan kemudian diikuti suara lemak merdu petugas airport yang membuat pengumuman. 


Rujukan:
https://www.google.com/amp/s/www.nst.com.my/node/436838/amp

https://magazine.vaneairport.com/travel-healthy/airport-wellness-trend-silent-airports/

Monday, 31 December 2018

Cara Mengurus Cuti Tahunan

Setiap orang yang bekerja diperuntukkan keistimewaan cuti tahunan kan? Tak kiralah apa pun pekerjaan, cuti kena ada walaupun sedikit. Alhamdulillah aku bekerja dalam sektor awam yang mana bagi aku, kami kaya dengan cuti. Namun, seringkali jugak kami diingatkan bahawa cuti rehat atau cuti tahunan itu bukan hak tapi cuma keistimewaan. Kelulusan bercuti tertakluk kepada bos yang menyelia kita.

Cara nak uruskan cuti? Ini apa yang aku praktis selama ini. Oh ya, selain cuti rehat, kami ada cuti sakit (swasta), cuti sakit (kerajaan), cuti kuarantin, cuti umrah dan sebagainya. Cuti sakit, aku setakat ni sangat jarang mintak MC, kecuali sangat tak larat untuk ke pejabat. Selalunya Doktor yang akan suruh ambik MC then aku ambik, nak mintak....kurang reti. 

Dulu, masa bujang, sememangnya cuti aku berpuluh bakinya setiap hujung tahun, carry forward ke tahun depannya dan masuk ke dalam simpanan Gantian Cuti Rehat (GCR). Bila dah kawin, dah ada anak, aku biasanya mengutamakan cuti untuk standby anak-anak tak sihat dan keperluan pengurusan keluarga yang memerlukan masa lebih setengah hari. Biasanya, anak-anak berumur 2 tahun ke bawah yang tinggal di taska atau pengasuh cenderung jatuh sakit biasa macam selesema, batuk, sakit mata dan demam. Namun, setelah anak berusia lebih 2 tahun, semakin kurang dijangkiti kerana antibodi badan dorang semakin ok.

Bukan sahaja anak-abak bertambah usia, parents dan diri kita juga semakin berusia, ada keperluan mereka atau kita sendiri ke hospital, untuk mendapatkan rawatan, maka cuti juga diperuntukkan untuk itu. And yes, cuti untuk pergi bercuti. Tuntutan untuk bercuti juga sebenarnya akan berubah mengikut keadaan semasa. 

Image result for on leave
Untuk tahun ni, tahun 2018, aku paling sempit cutinya bilamana banyak hari aku cuti sebab masalah kereta. Bila dah selesai masalah kereta, bolehlah bernafas lega semula, tapi natijahnya, di penghujung tahun saat semua orang bercuti aku masih mampu bercuti jugak bawak anak-anak berjalan selama seminggu, tapiiii...nak carry forward cuti takde dah..haha..first time dalam service aku jadik lagu ni weiii...harap tahun depan aku boleh simpan sket cuti dan di hujung 2019 masih ada baki cuti untuk aku carry forward ke tahun berikutnya dan juga dimasukkan ke dalam GCR (ganjaran wang tunai yang akan diterima bila berpencen nanti).

Ok, camna nak kira cuti? Macam aku, cuti tahunan berjumlah 35 hari, kalau dibahagi dengan 12 bulan, maka lebih kurang 3 hari sebulan boleh bercuti, tapi dalam keadaan biasa, takdelah setiap bulan nak cuti melainkan perkara-perkara yang aku bagitau dah diperuntukkan tadi. Target aku biasanya, at least setahun ada 5 hari aku boleh carry fwd dan sekurang-kurangnya 3 hari untuk bawak ke GCR. GCR maksimum yang diperuntukkan untuk penjawat awam ialah sebanyak 150 hari sepanjang perkhidmatan. Semakin cepat penuh tabung GCR, semakin banyak cuti rehat yang ada untuk di carry forward, tapi, kalau jarang dapat cuti atas tuntutan kerja, banyak cuti yang burn begitu sahaja. Rugi? Ya, agak rugi tapi kadang tu nak buat macamana kan, cuti bukanlah hak kita. Oleh itu, uruskan cuti dengan baik supaya tidak mengganggu kerja kita.

Cuti yang tidak mencukupi atau habis awal tanpa dirancang bakal mengundang cuti tanpa gaji, oh tidak..kalau boleh, elakkan, tapi adakalanya keperluan mendesak, maybe kena pertimbangkan, bincangkan dengan penyelia untuk pilihan terbaik.



*Post Pengurusan cuti ini semata-mata berdasarkan  apa yang dipraktikkan dan pengalaman sendiri sahaja,

Wednesday, 26 December 2018

Pilihan Jurusan Pengajian yang mudah ditawarkan pekerjaan.

Selepas result Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) keluar, maka akan berlumba-lumbalah adik-adik dan anak-anak kita mengisi borang permohonan ke Insititut Pengajian Tinggi, samada awam mahupun swasta, tempatan mahupun luar negara.
secrets to making your college application stand out
Perkara pertama yang perlu dipertimbangkan oleh adik-adik dan anak-anak yang ingin memilih jurusan ialah kesesuaian pemilihan berdasarkan keputusan SPM. Maksudnya, bila nak pilih jurusan, selain minat, kena bandingkan dulu syarat-syarat kelayakan bagi permohonan satu-satu jurusan yang nak dipohon tu. Selain itu, tak semua jurusan yang kita nak ditawarkan di semua institusi. Buat survey terlebih dahulu kursus atau jurusan yang ditawarkan selaras dengan minat dan kelayakan oleh institusi dan pastikan institusi berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Tinggi. Bincang bersama ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat untuk advice dan sebagainya.

Berdasarkan jurusan yang dipilih, ada kajian yang dibuat oleh Jobstreet (laman carian kerja popular di Malaysia) yang menyenaraikan senarai jurusan pengajian yang paling mudah untuk dapatkan pekerjaan berbanding jurusan lain. Oh ya, kalau rasa jurusan yang ditawarkan terlalu baru dan tak dikenali, ada risiko juga peluang pekerjaan yang ditawarkan berkaitan dengan bidang adalah terhad.

Apakah jurusan yang dah disenaraikan tu? Meh, tengok sini..5 bidang pekerjaan popular mengikut bidang:

1. Pemasaran
2. Perakaunan/Kewangan
3. Komputer/Teknologi Maklumat
4. Pengurusan Sumber Manusia
5. Perkhidmatan
6. Kejuruteraan
7. Pengilangan
8. Pembinaan
9. Hotel/Restoran
10. Seni/Media/Komunikasi
11. Pendidikan/Latihan
12. Perubatan
13. Sains
Image result for employment
Di bawah setiap bidang di atas, ada sub bidang berkaitan yang turut 
menawarkan pelbagai jawatan dalam sektor pekerjaan. Secara ringkasnya, 5 
bidang pekerjaan paling poular merangkumi Pemasaran, 
Perakaunan/Kewangan, Komputer/Teknologi Maklumat, Pengurusan Sumber 
Manusia dan Perkhidmatan. Kreativiti individu yang berminat meneroka pasaran baru pekerjaan juga bakal mampu membuka lebih banyak pilihan pekerjaan.

Kepada bakal graduan, Selamat memilih yer! Dan jangan lupa, dapatkan restu mak ayah, usaha dan tawakal.



Sumber Imej: Google

Monday, 24 December 2018

Ubat Batuk dalam bubble tea?

Baru-baru ni terdengar pasal ubat batuk diletakkan dalam bubble tea? What? Macam takleh digest jer rasanya..haha. Rupa-rupanya ada syarikat di USA menyediakan minuman istimewa ni yang dicampurkan ubat batuk cap ibu dan anak atau Nin Joom Pei Pa Koa. Nama syarikat yang keluarkan teh tu ialah Labobatory. Mereka jugak panggil bubble tea ni sebagai boba tea.

Image result for ubat batu cap ibu dan anak
Sumber: www.capibudananak.com

Sebuah syarikat minuman bubble tea dari California, Amerika Syarikat menyediakan menu minuman yang berasaskan ramuan ubat batuk terkemuka tu. Macam pelik kan? Tapi katanya mereka nak dapatkan rasa nyaman mint dalam ubat batuk tu dalam minuman. Harap dose yang diletakkan tu tak banyak. Kalau kat sini setahu aku, salah kan minum ubat batuk saja-saja, dah macam salahguna ubat.

Tapi rupa-rupanya teh ubat batuk yang sama dah lama wujud di Singapura. Harga? Antara RM12.48 hingga RM17.99, mengikut saiz cawan pilihan pelanggan.


Image result for boba tea cough syrup
Ni menunya yang letak ubat batuk. Holiday menu, Green Tea.

Rujukan:
https://www.worldofbuzz.com/americans-are-drinking-cough-syrup-bubble-tea-this-holiday-season/
https://www.vitdaily.com/bubble-tea-perisa-ubat-batuk-kini-di-amerika/
https://www.wanista.com/2018/177313/orang-luar-negara-jadikan-ubat-batuk-cap-ibu-dan-anak-minuman-bubble-tea/
https://www.facebook.com/labobatory/photos/a.1330257133679226/2098854040152861/?type=3&theater