Monday, 31 December 2018

Cara Mengurus Cuti Tahunan

Setiap orang yang bekerja diperuntukkan keistimewaan cuti tahunan kan? Tak kiralah apa pun pekerjaan, cuti kena ada walaupun sedikit. Alhamdulillah aku bekerja dalam sektor awam yang mana bagi aku, kami kaya dengan cuti. Namun, seringkali jugak kami diingatkan bahawa cuti rehat atau cuti tahunan itu bukan hak tapi cuma keistimewaan. Kelulusan bercuti tertakluk kepada bos yang menyelia kita.

Cara nak uruskan cuti? Ini apa yang aku praktis selama ini. Oh ya, selain cuti rehat, kami ada cuti sakit (swasta), cuti sakit (kerajaan), cuti kuarantin, cuti umrah dan sebagainya. Cuti sakit, aku setakat ni sangat jarang mintak MC, kecuali sangat tak larat untuk ke pejabat. Selalunya Doktor yang akan suruh ambik MC then aku ambik, nak mintak....kurang reti. 

Dulu, masa bujang, sememangnya cuti aku berpuluh bakinya setiap hujung tahun, carry forward ke tahun depannya dan masuk ke dalam simpanan Gantian Cuti Rehat (GCR). Bila dah kawin, dah ada anak, aku biasanya mengutamakan cuti untuk standby anak-anak tak sihat dan keperluan pengurusan keluarga yang memerlukan masa lebih setengah hari. Biasanya, anak-anak berumur 2 tahun ke bawah yang tinggal di taska atau pengasuh cenderung jatuh sakit biasa macam selesema, batuk, sakit mata dan demam. Namun, setelah anak berusia lebih 2 tahun, semakin kurang dijangkiti kerana antibodi badan dorang semakin ok.

Bukan sahaja anak-abak bertambah usia, parents dan diri kita juga semakin berusia, ada keperluan mereka atau kita sendiri ke hospital, untuk mendapatkan rawatan, maka cuti juga diperuntukkan untuk itu. And yes, cuti untuk pergi bercuti. Tuntutan untuk bercuti juga sebenarnya akan berubah mengikut keadaan semasa. 

Image result for on leave
Untuk tahun ni, tahun 2018, aku paling sempit cutinya bilamana banyak hari aku cuti sebab masalah kereta. Bila dah selesai masalah kereta, bolehlah bernafas lega semula, tapi natijahnya, di penghujung tahun saat semua orang bercuti aku masih mampu bercuti jugak bawak anak-anak berjalan selama seminggu, tapiiii...nak carry forward cuti takde dah..haha..first time dalam service aku jadik lagu ni weiii...harap tahun depan aku boleh simpan sket cuti dan di hujung 2019 masih ada baki cuti untuk aku carry forward ke tahun berikutnya dan juga dimasukkan ke dalam GCR (ganjaran wang tunai yang akan diterima bila berpencen nanti).

Ok, camna nak kira cuti? Macam aku, cuti tahunan berjumlah 35 hari, kalau dibahagi dengan 12 bulan, maka lebih kurang 3 hari sebulan boleh bercuti, tapi dalam keadaan biasa, takdelah setiap bulan nak cuti melainkan perkara-perkara yang aku bagitau dah diperuntukkan tadi. Target aku biasanya, at least setahun ada 5 hari aku boleh carry fwd dan sekurang-kurangnya 3 hari untuk bawak ke GCR. GCR maksimum yang diperuntukkan untuk penjawat awam ialah sebanyak 150 hari sepanjang perkhidmatan. Semakin cepat penuh tabung GCR, semakin banyak cuti rehat yang ada untuk di carry forward, tapi, kalau jarang dapat cuti atas tuntutan kerja, banyak cuti yang burn begitu sahaja. Rugi? Ya, agak rugi tapi kadang tu nak buat macamana kan, cuti bukanlah hak kita. Oleh itu, uruskan cuti dengan baik supaya tidak mengganggu kerja kita.

Cuti yang tidak mencukupi atau habis awal tanpa dirancang bakal mengundang cuti tanpa gaji, oh tidak..kalau boleh, elakkan, tapi adakalanya keperluan mendesak, maybe kena pertimbangkan, bincangkan dengan penyelia untuk pilihan terbaik.



*Post Pengurusan cuti ini semata-mata berdasarkan  apa yang dipraktikkan dan pengalaman sendiri sahaja,

Wednesday, 26 December 2018

Pilihan Jurusan Pengajian yang mudah ditawarkan pekerjaan.

Selepas result Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) keluar, maka akan berlumba-lumbalah adik-adik dan anak-anak kita mengisi borang permohonan ke Insititut Pengajian Tinggi, samada awam mahupun swasta, tempatan mahupun luar negara.
secrets to making your college application stand out
Perkara pertama yang perlu dipertimbangkan oleh adik-adik dan anak-anak yang ingin memilih jurusan ialah kesesuaian pemilihan berdasarkan keputusan SPM. Maksudnya, bila nak pilih jurusan, selain minat, kena bandingkan dulu syarat-syarat kelayakan bagi permohonan satu-satu jurusan yang nak dipohon tu. Selain itu, tak semua jurusan yang kita nak ditawarkan di semua institusi. Buat survey terlebih dahulu kursus atau jurusan yang ditawarkan selaras dengan minat dan kelayakan oleh institusi dan pastikan institusi berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Tinggi. Bincang bersama ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat untuk advice dan sebagainya.

Berdasarkan jurusan yang dipilih, ada kajian yang dibuat oleh Jobstreet (laman carian kerja popular di Malaysia) yang menyenaraikan senarai jurusan pengajian yang paling mudah untuk dapatkan pekerjaan berbanding jurusan lain. Oh ya, kalau rasa jurusan yang ditawarkan terlalu baru dan tak dikenali, ada risiko juga peluang pekerjaan yang ditawarkan berkaitan dengan bidang adalah terhad.

Apakah jurusan yang dah disenaraikan tu? Meh, tengok sini..5 bidang pekerjaan popular mengikut bidang:

1. Pemasaran
2. Perakaunan/Kewangan
3. Komputer/Teknologi Maklumat
4. Pengurusan Sumber Manusia
5. Perkhidmatan
6. Kejuruteraan
7. Pengilangan
8. Pembinaan
9. Hotel/Restoran
10. Seni/Media/Komunikasi
11. Pendidikan/Latihan
12. Perubatan
13. Sains
Image result for employment
Di bawah setiap bidang di atas, ada sub bidang berkaitan yang turut 
menawarkan pelbagai jawatan dalam sektor pekerjaan. Secara ringkasnya, 5 
bidang pekerjaan paling poular merangkumi Pemasaran, 
Perakaunan/Kewangan, Komputer/Teknologi Maklumat, Pengurusan Sumber 
Manusia dan Perkhidmatan. Kreativiti individu yang berminat meneroka pasaran baru pekerjaan juga bakal mampu membuka lebih banyak pilihan pekerjaan.

Kepada bakal graduan, Selamat memilih yer! Dan jangan lupa, dapatkan restu mak ayah, usaha dan tawakal.



Sumber Imej: Google

Monday, 24 December 2018

Ubat Batuk dalam bubble tea?

Baru-baru ni terdengar pasal ubat batuk diletakkan dalam bubble tea? What? Macam takleh digest jer rasanya..haha. Rupa-rupanya ada syarikat di USA menyediakan minuman istimewa ni yang dicampurkan ubat batuk cap ibu dan anak atau Nin Joom Pei Pa Koa. Nama syarikat yang keluarkan teh tu ialah Labobatory. Mereka jugak panggil bubble tea ni sebagai boba tea.

Image result for ubat batu cap ibu dan anak
Sumber: www.capibudananak.com

Sebuah syarikat minuman bubble tea dari California, Amerika Syarikat menyediakan menu minuman yang berasaskan ramuan ubat batuk terkemuka tu. Macam pelik kan? Tapi katanya mereka nak dapatkan rasa nyaman mint dalam ubat batuk tu dalam minuman. Harap dose yang diletakkan tu tak banyak. Kalau kat sini setahu aku, salah kan minum ubat batuk saja-saja, dah macam salahguna ubat.

Tapi rupa-rupanya teh ubat batuk yang sama dah lama wujud di Singapura. Harga? Antara RM12.48 hingga RM17.99, mengikut saiz cawan pilihan pelanggan.


Image result for boba tea cough syrup
Ni menunya yang letak ubat batuk. Holiday menu, Green Tea.

Rujukan:
https://www.worldofbuzz.com/americans-are-drinking-cough-syrup-bubble-tea-this-holiday-season/
https://www.vitdaily.com/bubble-tea-perisa-ubat-batuk-kini-di-amerika/
https://www.wanista.com/2018/177313/orang-luar-negara-jadikan-ubat-batuk-cap-ibu-dan-anak-minuman-bubble-tea/
https://www.facebook.com/labobatory/photos/a.1330257133679226/2098854040152861/?type=3&theater

Thursday, 13 December 2018

Masjid Ubudiah Kuala Kangsar, Perak

Buat kali pertama aku menjejakkan kaki di Kuala Kangsar, Bandar Diraja Perak dua hari lepas. Banyak bangunan berwarna kuning yang menggambarkan simbolik warna diraja. Rekabentuk bangunan di Kuala Kangsar ni dan rumah asal negeri Perak menarik pandangan aku.


Dari Taiping, husband sengaja memilih untuk ke Kuala Kangsar ni sebab berniat nak solat di Masjid Ubudiah tulah. Dikhabarkan sebagai salah sebuah Masjid terindah di Malaysia, Masjid Ubudiah Kuala Kangsar memang terkenal. Tapi sayangnya aku tak dapat masuk sebab waktu tu waktu solat Jumaat. Hajat husband nak solat kat situ terlaksana juga. Tapi tak dapatlah aku tengok keindahan interior design masjid tu. Semoga ada kesempatan lain. 

Dengan cuaca yang cantik, kelihatan masjid yang berusia lebih 100 tahun (dibina pada tahun 1913) tu memang tersergam indah. Rekaan dibuat oleh seorang arkitek kerajaan pada zaman tu, Arthur Bennison Hubback. Arkitek yang sama yang membuat rekaan stesen keretapi Ipoh dan Kuala Lumpur. Masjid ini dibangunkan semasa zaman pemerintahan Sultan Perak ke28, Sultan Idris Murshidul Adzam Shah I Ibni Almarhum Raja Bendahara Alang Iskandar Teja.

Masjid Ubudiah ni terletak bersebelahan makam diraja Perak dan berhampiran dengan Galeri Sultan Azlan Shah (sayang sebab tak dapat masuk galeri, tutup awal pulak hari tu). Husband bagitau dalam kawasan masjid tu ada rumah 'adabi' sekali tapi dia terlupa nak snap gambar.. Rumah 'adabi' tu maksudnya rumah yang macam dalam iklan rempah adabi sajian zaman silam tu.. Alaaa.. Rugi kan asben tak ambik gambar.

Ni aja gambar masjid dan kawasan sekitar Kuala Kangsar yang dapat ambik. 




Beberapa kali mengelilingi bulatan kecik ni sebab mencari kedai makan mee udang yang berkesudahan gagal ditemui. 


Galeri Sultan Azlan Shah

Tak dapat mee udang, mujur ada laksa sarang dan laksa special (laksa dibungkus dalam telur) Pak Ngah ni. 





Monday, 10 December 2018

Muzium Perak di Taiping

Dari Penang kami turun ke Perak, menetap satu malam di Taiping, Bandar Warisan.  Di Taiping ada Zoo Taiping, Taman Tasik Taiping, Bukit Larut dan Muzium Perak.

Muzium Perak di Taiping ni merupakan muzium pertama di Malaysia. Dibina pada tahun 1883. Fuh.. Lama kan? Bangunan bercat putih dengan rekabentuk bangunan lama sangat cantik pada aku.

Bayaran masuk cuma RM2 untuk dewasa dan percuma untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun. Teruja nak bawak budak-budak pegi muzium.


Percutian kali ini pun lebih kepada eksplorasi benda-benda yang jarang dibuat. Sebelum ni dah pernah pegi taman tema atau water park. 





Jom jengah sikit apa ada kat dalam? Muzium ni ada dua tingkat. Masuk-masuk kita akan nampak rangka kepala seekor gajah, rupa-rupanya gajah tu ialah gajah pertama dilanggar oleh keretapi di Perak masa awal beroperasi. 

Tingkat bawah berhampiran pintu masuk menempatkan peralatan lama yang biasa digunakan di negeri Perak dan jugak peninggalan artifak yang ditemui di Perak, selain tu, tingkat bawah jugak menempatkan rangka haiwan macam gajah, harimau, ular sawa dan jugak buaya. Banyak haiwan yang diawet dipamerkan macam seladang, spesis ular, spesis burung, spesis rusa, spesis tupai dan tikus dan sebagainya. Seram tengok seladang dari dekat.. Hehe. Walaupun tau itu cuma yang dah diawet. Besar sungguh.. 






Di tingkat yang sama juga ada bahan pameran berkaitan pakaian tradisional negeri Perak dan budaya kaum Melayu, Cina dan India. 
Tingkat atas pulak mempamerkan barang tinggalan orang asli, macam topeng, peralatan harian seperti dapur, dan barang perhiasan diri. 




Untuk maklumat lanjut boleh ke http://www.jmm.gov.my/ms/muzium/muzium-perak

Sunday, 9 December 2018

Tips & Tricks ke Big Bad Wolf 2018

Big Bad Wolf (BBW) adalah acara tahunan yang mesti nak pegi dengan anak-anak. Pagi ni kitaorang baru ke sana. Kalau nak tau, sejak beberapa tahun ni ada beberapa tips dan tricks aku guna untuk bawak anak-anak ke BBW. Yang penting.. Aku nak sesi shopping smooth, cepat dan tak perlu bersesak-sesak. 

BBW 2018 start 7hb hingga 17hb Disember di MIECC, Mines Seri Kembangan. Seperti biasa, dibuka 24jam. Khabarnya tahun ni ada 4.5 juta buku dijual. 



Kalau nak pegi, bolehlah cuba tips dan tricks aku untuk proses pembelian lebih cepat setel. 

1. Cari info pasal lokasi

Dapatkan info pasal lokasi BBW dan parking area sebab nanti senang. Kalau tempat tu kita dah biasa, lagi senang. Ambik tahu jugak kemudahan yang disediakan macam tandas, surau, troli barang dan sebagainya if possible, dapatkan floor plan lokasi. Senang nanti kalau perlu apa-apa. 

2. Pergi awal pagi

Disebabkan BBW ni anak-anak pun bersungguh nak pegi, senang sikit dapat kerjasama untuk keluar awal pagi. Walaupun BBW dibuka 24jam tapi aku tak prefer pergi tengah malam atau awal pagi sebelum subuh. Ini sebab kalau ada anak-anak, dorang akan penat dan cenderung buat perangai, meragam. 

Jadi, waktu terbaik bagi aku ialah selepas Subuh. Paling lewat kitaorang akan keluar jam 7 pagi dan akan sampai sana sebelum jam 8 pagi. Waktu parking sangat banyak, boleh pilih B1 atau B2 untuk parking dan boleh dapat parking yang dekat dengan lif untuk ke ruang jualan. Bayaran parking kali ni ialah RM5 sekali masuk. 

3. Bawak peralatan yang sesuai jika ada anak kecik

Bawaklah peralatan yang sesuai macam stroller, bantal, selimut atau mainan untuk anak yang lebih kecik supaya dia boleh berehat semasa kita memilih buku. Macam aku, sebab dah tau, troli disediakan, so bawak pelapik untuk anak duduk dalam tu. Aku bawak yoga mat jer dengan selimut dia sebab kadang aircond sejuk. Troli sedikit kecik tau, so bila dia nak keluar.. Aku keluarkan.. Sian plak kan kalau biar dalam tu lelama. 



4.  Setkan nak pegi tengok buku jenis yang macamana

Buku di BBW disusun ikut jenis buku contohnya Non Fiction, Fiction, Novel Melayu dan sebagainya. Untuk lebih mudah, survey dulu buku apa ada. Bila dah sampai sana senang nak terjah dan ambik terus buku yang nak. Ni dapat jimatkan masa.

Di BBW, sangat banyak buku untuk anak-anak. Buku dalam bahasa Melayu diletakkan di satu tempat dan diasingkan dari himpunan buku dalam bahasa Inggeris.

Buku tu pun diasingkan ikut jenis buku bacaan dan buku aktiviti.. 









5. Bayar sebelum orang mula beratur panjang

Selesai pilih buku, jangan lengah lagi untuk membayar, kaunter bayaran yang disediakan sangat banyak, adalah berbelas atau mencecah 20 kaunter. Kalau nak cepat, better sediakan cash sebab ada kalanya mesin debit kad atau kredit kad tak berfungsi.

Simpan resit selepas bayaran sebab nanti nak keluar, ada petugas akan semak resit dan buku yang kita beli. 

Selain jualan buku, kalau kebetulan nak beli alat tulis sekolah anak, jualan di luar dewan adalah murah dari biasa. Contoh macam warna pensel, pen, pensel, water color dan sebagainya.

Oh ya.. Kalau lapar masa memilih buku, jangan risau, ada tempat makan disediakan. Makanan yang dijual termasuklah nasik lemak, nasik goreng, mee goreng, sandwich, spagethi dan sebagainya. 

Hasil belian? Aku banyak beli stok hadiah untuk anak-anak buah yang terdiri daripada set peralatan sekolah dan juga buku yang ada plush toys.



Night Safari di Zoo Taiping

Bandar Warisan Taiping terkenal dengan Taman Tasik Taiping yang indah dan juga Night Safari Zoo Taiping.

Dari percutian 3 hari 2 malam di Penang, kami turun ke Taiping. Masuk jer kawasan Taiping, terasa tenang. Tak banyak kenderaan dan bukan bandar yang besar. Booking hotel yang terletak dalam Taiping Mall. Dengan cuaca mendung, terasa sejuk jer Bandar Warisan ni.


Selepas check in, kami turun makan malam sebelum ke Night Safari yang terletak salam 2km jer dari hotel. Taiping Mall pun sunyi jer waktu petang, cuma terdengar persiapan event sempena sambutan Krismas jer agaknya di ruang utama lobi mall.

Tak serabut.. Bestnyaaa... Haha. Selepas makan, kami gerak ke zoo. Sampai kat sana, alhamdulillah parking masih banyak kosong. Bayaran masuk parking RM3. Night Safari akan dibuka jam 8 malam. Jadi, solat maghrib dululah.

Depan kaunter tiket ada replika haiwan bersaiz sebenar.. Tengok dalam gelap, agak menyeramkan. Ada replika badak sumbu Sumatera, harimau, seladang, buaya, dan orang utan. 



Dekat situ juga ada kedai menjual cenderamata. Tempat makan ada jugak tapi dah tutup malam, yang bukak cuma Marry Brown, oklah kan.. Surau dan tandas ada disediakan jugak kat situ.

Tiket Night Safari berharga RM20 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak 12 tahun dan ke bawah. Mini train boleh naik free. Yelah, naik tren senang sikit, dahler malam kan, first time pulak tu pegi, taktau selok belok zoo tu lagi.

Adalah beberapa keluarga yang sama-sama menunggu kaunter tiket bukak. Lepas bukak, dah beli tiket, masuk dan semua menuju ke tempat tren.




Dalam 10 minit menunggu kami mula naik tren. Ada dua tren malam tu.

Ni serba sedikit haiwan yang nampak malam tu.

Malam kelam..driver akan bagitau nak tengok sebelah kiri atau kanan dan bagitau haiwan apa yang akan kita nampak. Driver gunakan lampu suluh. Antara haiwan malam yang paling banyak ialah pelbagai jenis rusa, harimau kumbang, badak air, badak sumbu, tapir, zebra, zirafah dan gajah. 

Jarak perjalanan ialah 2.5km. Masa perjalanan dengan tren lebih kurang setengah jam. Bila sampai destinasi akhir, semua diminta turun dan boleh sambung jalan kaki berpatah balik untuk tengok haiwan sampai jam 12 tgh malam atau jalan jer depan sikit dah sampai pintu keluar. Kami pilih keluar sebab tak berani pulak dalam gelap nak jalan.. Haha.. Lagipun dah penat, cukuplah tu.. Balik tido.. Zzzzz.... 

Saturday, 8 December 2018

Bukit Bendera Pulau Pinang

Sekarang dah masuk musim cuti sekolah, ada yang bercuti keluar negara, ada yang ambik kesempatan bercuti dalam negara.

Cuti kali ni, aku dan keluarga ke Pulau Pinang. Pulau Pinang atau Penang, terkenal dengan nasi kandar, pasembor dan jeruk. Tapi percutian kami biasanya misi utama bukan untuk memburu makanan tapi lebih kepada aktiviti fizikal atau mencipta pengalaman baru untuk anak-anak.

Memandangkan percutian dirancang untuk 3 hari 2 malam kat sini,ada masa untuk naik Bukit Bendera. Selepas check in hotel di tengah bandar Georgetown, selepas Asar kitaorang ke Bukit Bendera atau dikenali jugak sebagai Penang Hill.

Plan asal pegi sana petang sebab nak tengok view Penang waktu malam dari puncak tertinggi tu.

Sesampai di kaki bukit, aku dah tak cam tempat tu, lain bebenor dari last time aku pegi... Yelah.. Lama dah tak ke Penang. Kalau pegi pun tak g naik Bukit Bendera.

Parking area dah disediakan dalam bentuk parking bertingkat, tingkat bawah sekali tu gerai-gerai makan dan souvenirs. Nampak lebih elok bila ada parking bertingkat sebab dulu parking yang disediakan depan station tren Bukit Bendera tu sangat limited.

Dah sampai situ, hujan mula turun.. Cuak gak tengok sebab takut licin. Kitaorang tak bersedia dengan payung pulak.. Cuma anak-anak semua pakai cap. Beli tiket, harga masih murah, RM10 untuk sehala bagi dewasa, dan RM5 untuk kanak-kanak. So, beli jer return tickets, senang.


Tempat beli tiket pun dah lain sangat.. Dah elok bangunan nya.. Train pun dah baru.. Laju wei naik atas. Agak cuak bila beberapa kali train tu benti, tapi takde apa pun sebenarnya. Ok jer.. Dulu train tu slow jer naik atas. 

Satu gerabak boleh muat 8 orang duduk dan 13 orang berdiri.

Sampai atas, masih hujan lebat. Kitaorang ke gerai-gerai yang juga dah diubahsuai dan cantik. Gerai makan dan souvenirs. Tapi masa tu dah pukul 6 lebih, banyak gerai dah tutup. Ada kedai ABC yang katanya famous, Kedai ABC Kak Nor. Pilihan makanan ada di tingkat atas manakala gerai minuman di tingkat bawah. Boleh pilih nak makan kat atas atau bawah.

Kami makan nasik goreng dan laksa. Sedapnya makanan panas waktu hujan yang sejuk tapi tetap beli gak ABC sebab dah alang-alang sampai kan.. Rugi pulak tak cuba.
Tak dapat nak explore taman cinta ni... Huhu...

Kami turun bawah dalam pukul 8pm. Last train jam 11pm.