Tuesday, 28 November 2017

Aku benci Puduraya!

Baca tajuk macam marah jer yer dak? Hari ini ada kerja di UTC Pudu, turun padang, melawat tapak. Years back, UTC Pudu ni namanya Puduraya, tak ingat sejak bila ditukar kepada UTC Pudu. Kalau ke sini naik lrt, berhenti kat stesen Plaza Rakyat. 

Zaman aku study di Universiti Utara Malaysia (UUM), Puduraya lah tempat aku naik turun bas. Dari matriks, tahun 1998 sampailah 2001, habis Degree. Boleh agaklah zaman bila tu kan?

Napa aku benci Puduraya? Sebab, aku akan naik bas kat Stesen Puduraya dan tinggalkan mak aku jauhhhhhh... Poyo ke? Haha.. Sekarang bolehlah rasa poyo. Tapi zaman tu.. Aku jadik muak giler bila setiap kali lalu area Puduraya. Semacam trauma pun ada.. Bau asap bas.. Platform kotor.. Busuk.. Toilet dan surau ya rabbi.. 

Di Puduraya, masa matriks dan first year degree aku akan naik bas ekspres direct dari Puduraya ke Sintok, vice versa. Biasanya ambik bas malam dan sampai sana jam 4am. Yang bestnya, bas ekspres akan masuk dalam UUM dan hantar ke Kolej. Kolej aku adalah kolej paling last sampai sebab bas jalan dalam kampus jalan sehala.

Kalau korang pun study kat UUM, aku dulu Kolej MAS. Biasanya memang aku sorang masa pegi balik. Bukan takde kawan, tapi aku sangat kerap balik, so kawan takleh catch up. Duit aku memang habis ke tiket dan phone mak jer. Dulu mana ada handphone. Dok bergayut kat public phone jerlah. 

Manja? Maybe, sebab aku rapat dengan mak, sebab aku tak pernah duduk asrama kecuali masa Kursus Kecemerlangan SPM dulu adalah dalam beberapa hari, itupun kat Sekolah Vokasional Kajang jer. Rumah parents kat cheras. Tu pun dah rindu giler nak balik wei. Dan untuk pengetahuan, dalam adik beradik aku seramai 8 orang, aku ngan adik aku nombor 4 tu jer jauh, aku kat Sintok, dia kat ITTHO, Johor.

Berbalik pada cerita Puduraya. Selain menyampah sebab kena naik bas kat situ, aku pernah kena pow (duit) dengan mak cik, dengan brader, yang sebenarnya memang buat kisah sedih kot. Masa tu aku innocent dan sebab sorang-sorang, risau gak tetiba kena hentak ke apa kan? Ulat tiket toksah cakaplah, tapi nasib baik aku jenis beli tiket awal, sebelum hari perjalanan. Kalau aku dari Sintok naik bas malam, akan sampai KL jam 3-4am, aku kena lah lepak dulu sampai ada bas biasa untuk bawak aku balik rumah. 

Sampai rumah memang aku membuta sepanjang harilah jawabnya. Sampaikan adik dok sembang rancak dengan aku, boleh aku bantai tido.. 

Masuk tahun kedua.. Aku bosan naik bas dan sampai awal pagi, rugi masa sebab tak sempat nak sembang sangat dengan adik-adik. So aku belajar naik bas lompat.

Aku naik bas HBR (bas ni femes wei zaman aku dulu)  dari Sintok ke Jitra atau Alor Setar, naik bas lain ke Butterworth dan naik bas dari Butterworth ke KL. Sepanjang naik bas lompat memang tak tido sebab each perjalanan tu cuma 2-3 jam. Kalau tido takut terlepas. Ulat tiket paling kiasu bagi aku ialah kat Butterworth, memang siap tarik tangan kita wei. Aku rentap jer balik. Jalan laju-laju. 

Perjalanan yang kalau naik bas ekspres antara 6-8 jam, bila naik bas lompat akan jadik 10-12 jam. Tapi aku suka sebab aku akan sampai waktu siang. Nanti sampai KL aku akan sempat singgah memana beli barang untuk adik-adik, setiap kali.. Aku pastikan without failed aku akan bawak sesuatu walaupun cuma gula-gula. Yelah.. Zaman tu bukan kaya, dapat loan jer. Memang tak mintak dah kat abah yang sejak aku matriks abah dah resign.

Bila balik siang biasanya aku tak kabor ke mak sebab buat surprise. Dan biasanya surprise memang menjadik.. Haha

Pengalaman sepanjang perjalanan.. Aku pernah kena follow dengan orang.. Pernah dikacau dalam bas.. Takut? Takut jugak tapi demi nak balik rumah aku gagah jugak. 
Tak cerita dengan mak sebab tanak mak risaukan anak dara dia.

Bertahun lepas aku habis study mak bagitau, sepanjang aku belajar kat UUM, mak sentiasa risau especially bila aku dalam perjalanan. Pukul 3-4am pun abah takde nak ambik aku kat Puduraya. Aku cakap kat mak, "Takpelah mak, ok jer. Alhamdulillah selamat..." Mujur aku tak citer kisah-kisah seram tu kat mak kan? Sorry mak sebab buat mak risau... 😥 Dan bila diingat-ingat balik, gagah jugak aku, register degree dengan angkut baldi, gayung, beg besar giler pun sendiri jer. 

Puduraya sekarang (UTC Pudu) dah berubah rupa. Jap aku nak mengimabs kenangan kat sini yer...




Wah, dah bersih.. Cantik dan kemas. Ok,  aku tak benci dah Puduraya... Hehe

Monday, 27 November 2017

Pisang Tanduk

Pisang tanduk ni pisang favourite aku kalau digoreng. Susah nak dapat gak ni. Pagi tadi anak buah kat opis bagi sebijik. Dia tanam kat belakang rumah. Besor weih...orang berbudi pada tanah, ada rezeki merasa gak aku. 

Dalam kepala terus pikir balik kang nak goreng dan nak buat pengat. Tepung nak goreng wajib nak tepung goreng pisang Adabi. Tak sabar nak masak.

Sampai rumah anak-anak pun excited tengok pisang tanduk XL ni. Rezeki anak-anak. Sebelum disembelih, bergambar kenangan dulu dengan pisang tanduk ni.

Hasilnya? Tadaaa...

Pisang goreng. 

Pengat pisang. (Tengah sejukkan dalam peti ais.. Lagi sejuk,  lagi sedap...) 

Sunday, 26 November 2017

Ice Bucket IOI City Mall

Ais krim, bebila pun mesti ada craving untuk ais krim. Baru-baru ni mencuba ais krim yang sedikit lain, mix of ais krim dan ais hancur ala ABC, buah, jelly dan biskut.

Kebetulan ambik dua orang anak buah, sesuai sangat nak cuba. Masa sampai di Ice Bucket, waktu dah melepasi lunch break orang bekerja so kedai tu kosong. Tengok menu menarik jugak, banyak makanan dan minuman dihidang dalam bucket besi.
Sesuai dengan nama kedainya pun, Ice Bucket kan. Interior design kedai ni menarik. Terendak lampu kat kaunter pun dibuat dengan bucket besi tu.


Untuk kali pertama ni, aku dan anak-anak order ice bucket fruits, potato fries with homemade dip, pop chicken dan mee kari. Masa tunggu makanan adalah dalam 10 minit. Semua excited sangat bila ice bucket sampai. Mak aih... Bosar wei... Terpikir caner nak makan nih? Rasa macam order banyak plak makanan, aku sorang jer dewasa.. 5 kanak-kanak.. Haha.. Tamak sebab tadi belum lunch. Lapar...


Ice bucket ni nasib baik aku dah baca review dulu. Sebelum makan, kena kacau. Tapi mamat waiter tu buat derk jer.. Lepas snap-snap gambar, panggil dia mintak kacau. Tapi topping ais krim dan biskut dah kena ngap ngan anak-anak dah. Hehe.


So, kacau punya kacau sampai sekata ais krim, buah-buahan, jelly dan ais tu, barulah boleh makan. Lapisan atas sekali ialah ais krim, dengan topping biskut, cornflakes dan buah stawberry, bawah tu ais, dengan buah yang disusun cantik berlapis dengan ais, bawah lagi ada jelly. Buah yang ada buah naga, buah stroberi, pisang dan kiwi. 

Rasa? Ada anak yang komplen tak berapa ok sebab rasa buah naga kuat sangat.  Tapi bagi aku ok sebab takdelah manis sangat, manis-manis buah gitu.

Harga menu?

Ice bucket RM 29.90
Potato bucket RM 6.90
Pop Chicken bucket RM 9.90
Mee kari RM 11.90, sedap! 

Jenuh tau nak perabih, aku surrender lepas beberapa senduk. Tapi nasib baik ada anak sulung, pelan-pelan dia makan bagi habis. Anak-anak lain sibuk tengok ice skating kat bawah. Nasib baik gaklah dorang makan dulu, kalau asik nak tengok ice skating jer, bilalah nak habis makan.

Lain kali boleh try coklat atau strawberry, maybe lagi sedap.

Lokasi Ice Bucket ni kat L2-18, IOI City Mall Putrajaya, sebelah Boat Noodle, atas ice skating. Boleh jugak check out FB https://facebook.com/icebucketmy. 


KLICF 2017

Kuala Lumpur International Craft Festival (KLICF) 2017 dibuat di Presint 3 Putrajaya. Setahu aku setiap tahun ada Hari Kraf Kebangsaan yang dibuat di Kompleks Kraf,  Jalan Conlay, Kuala Lumpur. Setiap tahun berangan nak pegi sebab memang minat kraftangan tapi nak menyampai ke Jalan Conlay tu sangat tak rajin.

Jadi, bila KLICF ni dibuat di Putrajaya, terus ambik peluang pegi. Pegi dengan anak-anak pada hari kedua. Bila pegi dengan anak-anak memang agak terbatas pergerakan dan penjelajahan terutamanya bila bawak si kecik. Bila ngangkut 3 orang sekaligus tanpa bawak suami, kena prepare for the worse, agak-agak tak boleh handle atau orang terlalu ramai, memang balik jerlah penyelesaiannya. 

KLICF ni berlangsung bermula 23 November 2017 (Khamis)  - 26 November 2017 (Ahad). Aku dengan anak-anak memang suka kraftangan. Berharap ada jugak jual supply barang kraf. Khabarnya ada 400 gerai, wow...banyak tu. Masuk PERCUMA. Tema KLICF tahun ni ialah Crafts Unite People. 

Sesampai kat sana aku parking di Perbadanan Putrajaya Presint 3 yang ada Maybank tu. Lokasi KLICF ni atas dataran, jalan di depan Palace of Justice. Dibuat dalam khemah bertutup dan ada aircond. Masa kami pegi tu tak ramai orang, jadi, tak perlu bersesak-sesak. 

Gerai jualan diatur ikut kategori, contoh barang kayu kayan di satu kawasan, batik di satu kawasan, barang aksesori di satu kawasan. Jadi senang untuk compare barang dan harga. Tapi kalau tengok, setiap gerai ada barang unik masing-masing walaupun kategori yang sama. 


Ada satu gerai ni memang rare dan rasanya satu tu jer ada. Gerai apa tu? Gerai jual ikan dalam jeli keras. Boleh imagine tak? Aku tak ambik gambar pulak sebab anak-anak sibuk picit-picit dan raba-raba benda tu. Tapi actually jelly tu bukanlah jelly lembut tapi keras, jernih. Cantik.. 

Hajat di hati nak beli baju batik tapi si kecik dah buat hal, makanya buat lintas langsung jer sekejap. Anak-anak yang lain pun boring bila mama masuk area pakaian. Yelah-yelah..dah..jom balik. 

Beli apa? Budak berdua buat keychain tulis nama tu jer dan si kecik beli agar-agar kering. Takpelah, yang penting dapat gak jejak kaki ke KLICF. Barang kraf yang diharapkan takde jual kat situ tapi kalau pegi sorang memang adalah masa dan peluang nak belek hasil kraf yang menarik-menarik. Gambar pun tak dapat nak snap sangat sebab most of the time kalau tak tengah diseret si kecik tu, mesti tengah mengejar dia. Kalut.. 

Details boleh dapatkan kat https://klicf.com/v2/. Boleh semak peta untuk tahu lokasi kraf kegemaran. 






Saturday, 25 November 2017

Decathlon USJ

Decathlon ni dah lama ada, kedai peralatan sukan. Selalu sebelum ni dengar dari adik-adik jer yang pernah beli barang kat situ. Decathlon sebelum ni ada kat Damansara. Kalau semata-mata nak ke sana idakler aku rajin. Aku pun bukan kaki sukan..

Baru-baru ni cawangan Decathlon ni bukak kat USJ, kira tak jauh mana lah dari kawasan rumah aku. So beberapa hari lepas saja bawak anak-anak ke sana. Kotlah ada barang best. Decathlon USJ ni senang nak carik sebab rupanya duduk dalam Giant USJ 1. Lokasi belakang Summit USJ. Sebelah Mydin USJ yang besar tu.

Masuk-masuk dalam tu terus rasa excited walaupun aku takde plan nak beli apa-apa. Tapi sebenarnya aku ni kalau tak plan nak beli apa-apa tu yang bahaya, haha.

Apa yang menarik kat Decathlon? Bagi aku, semua barang sukan disusun dengan baik dan mengikut jenis sukan atau aktiviti. Contoh, untuk renang, ada lorong dan rak khas, snorkeling dan diving ada lorong lain pulak, pakaian pun sama, disusun ikut sukan atau aktiviti. Walaupun aku tengok baju yoga sama jer ngan baju kolam, tapi bila baca label baru tau baju tu ada fungsi berbeza. Waima topi pun disusun ikut jenis sukan. Untuk orang yang OCD macam aku memang sukalah bila susunan gitu. Dahlah kemas, besar dan selesa. 



Rasanya memang peralatan segala mak nenek sukan ada kot, termasuklah hiking, larian, bola, futsal, memancing, yoga, dan sebagainyalah. Pilih jer ikut minat dan kecenderungan. 

Harga? Wow.. Mesti tak percaya. Memang murah. Beg Quechua yang famous tu, untuk yang 10L, baru RM 10, 15L harganya RM 15, 20L RM 29. 


So untuk budak-budak ni memang tau pasal beg jenama ni memang ambik sorang satu. Aku berkenan gak tapi memandangkan dah banyak sangat beg aku kat rumah, so beli yang kecik jer, saiz kids. Harga? RM 9 jer, rembat 3. Haha, ni begnya, yang dua warna sebelah kiri. 


Barang-barang lain tak berpeluang nak belek sangat. Kena ajak husband datang nanti. Selipar, kasut pun banyak dan nampak best. Barang kat sini boleh ditukar dalam masa 90 hari tau dan ada warranty 2 tahun. Tapi tak pasti apa terma dan syarat atau maybe ada barang tertentu jer. 

Barang-barang lain yang dibeli aritu termasuklah, jam digital untuk anak, RM25, goggle getah tanpa laras, RM8, goggle boleh laras, RM15, baju swimming budak RM19. Memang berbaloi. Walaupun made in china tapi kualiti memang okay. 

Tak sabar rasa nak repeat. Kotlah terbukak hati nak bersukan kan.. Hehe

Wednesday, 8 November 2017

Perjalanan menaiki ETS ke Utara

Kali ni aku nak kongsikan pengalaman naik ETS. Memandangkan baru kali pertama naik, jadi adalah buat kajian sikit apa yang ada dalam ETS, peraturan, bila nak tunggu nak naik tren dan sebagainya. Ada beberapa blog yang sangat useful dengan maklumat.

Tren ke Sungai Petani aku jam 10.42 am. Menurut orang, ETS kena on the dot untuk naik tren, jangan lambat, nanti kena tinggal. Naik tren ni tak macam bas yang tunggu orang.

Awal sampai di KL Sentral, breakfast kat sana dan lepak-lepak sekejap.




Pukul 10.20 start beratur kat depan pintu masuk gate KTM (sebelah McDonalds) aras 1 yang katanya gate tu sementara untuk ETS. Turun satu tingkat ke bawah dan terus masuk tren, ikut koc dan seat yang ada kat tiket. Kali ni aku dapat koc E.

Sekali tengok keadaan dalam tren bersih dan selesa. Tempat letak kaki pun selesa. 

Kemudahan dalam tren

Ada beberapa kemudahan yang disediakan dalam tren. Antaranya yang paling penting ialah tandas, surau dan makanan. 

Tandas nya simple tapi moden. Kat luar toilet ada lampu yang menunjukkan sama ada toilet tu ada orang atau kosong. Kalau lampu merah menyala, maknanya ada orang, kalau hijau, maksudnya boleh masuk sebab kosong. Toilet dalam tren ni takde asing ikut jantina, tapi gunasama. 



Saiz toilet ni kecik jer, tapi ada satu lagi toilet dengan pintu jenis sliding yang nampak macam besar, yang tu aku tak try masuk. 

Surau ada di Koc C, cafe pun di Koc C. Pilihan menu yang boleh dibeli antaranya ialah Nasi Lemak Pak Roslan, nasi beriani, mee hoon goreng, popia dan dim sum. Pilihan air yang ada, antaranya, 3 in 1 punya teh, kopi dan mineral.

Aku try beli set nasik lemak + kopi ni. 



Tapo bila sebut cafe jangan plak bayangkan cafe yang sebesar koc tu tau, kecik aja, dalam Koc C, ada seat penumpang macam biasa tapi satu ruang tu dibuat table top dan kaunter untuk makanan dan minuman dibeli. Penumpang ada pilihan nak makan kat situ atau makan kat seat. Tapi meja kat situ ada dua jer, dengan empat kerusi. Aku pilih makan kat tempat duduk jer. 

Set yang aku makan tu RM9. Saja nak try, boleh jer bawak makanan luar tapi aku memang nak cuba rasa yang jual kat dalam. Pilihan kopi 3in1 yang ada cuma nescafe dan indocafe. 


Makanan kat sini mula dijual setengah jam selepas perjalanan tren.  Makanan dalam ni semua certified halal, jadi jangan risau yer. Kalau nak tau, ETS tren pertama yang disijilkan halal JAKIM. 

Untuk penumpang yang beli tiket platinum dapat goodies pack ni. Pramugara dan pramugari akan hantar macam dalam kapal terbang tu. 


Ada air soya dan dua jenis biskut. Nanti sampah akan dikutip jugak, tak perlu risau nak buang kat mana.

Yang menarik, ada satu lagi kemudahan dalam tren ni, plug 3 pin untuk caj phone.. Yeay! Tapi setiap seat berkembar tu ada satu sahaja, kat tengah-tengah antara dua seat,  jangan berebut tau.


Perjalanan yang sepatutnya tiba jam 2.48pm sedikit delay dan tiba di stesen Sungai Petani lebih kurang jam 3pm. Surau tak sempat guna sebab nak solat di tempat kursus nanti. 

Tuesday, 7 November 2017

Beli Tiket ETS dari KL Sentral ke Sungai Petani

Sejak dapat panggilan berkursus kat INTAN Utara (INTURA), Sungai Petani (SP) dah terpikir nak naik Electric Train Service (ETS). Sebab? Sebabnya kalau naik flight kena landing kat Alor Star.. Jauh nak ke SP. Bawak kete memang taklah sebab aku tak confident condition kete aku tu dan kalau sorang memang taklah kot. ETS memang ada stesen SP.

Cara Beli Tiket ETS

Dok bertangguh-tangguh beli tiket. Ingat nak beli online jer tapi website ktm tetiba problem. Sebelum website tu down, ada kawan bagitau.. Kena bukak guna browser Mozilla Firefox ja. Takleh guna browser lain. Tapi masa aku browse memang tak boleh. Call call center.. Yang jawab phone tu kata walk in jer ke kaunter kat KL Sentral.

Esoknya aku g KL Sentral walaupun susah payah jer kan.. Haha.. Tapi memikirkan ni first time aku nak naik ETS, ok jugak aku pegi kaunter, boleh tanya pasal seat yang rupa-rupanya ada yang mengadap depan dan ada yang melawan arus. Aku ok jer kalau lawan arus tapi member aku lagi sorang yang nak pegi jugak takleh.

Kaunter tiket ETS terletak di tingkat 1 KL Sentral wing teksi. Kena ambik nombor, bagitau nak beli tiket segera atau advanced booking. Set nombor berlainan.


Masa beli tiket aku tanya macamana nak tau seat mengadap mana kalau beli online. Staff kaunter tu bagi list.. Katanya macam ni, untuk tren ke Utara sahaja tau yang aku dapat ni.

Dr KL Sentral ke Sg petani untuk seat mengadap depan:

Pilihlah

Koc A, B, C seat 8-15

atau

Koc D, E, F seat 1-7

Dan sebaliknya untuk laluan dari Sg Petani ke KL Sentral. 

Selain beli tiket di kaunter atau online di web www.ktmb.com.my, ada mobile apps jugak yang boleh download di Google Play.


Jenis dan Harga Tiket

Ada dua jenis tiket ETS ke SP, Gold dan Platinum. Apa beza antara keduanya? Dari segi masa perjalanan, lebih kurang, mungkin selisih beberapa minit sahaja Gold sampai dulu. Bezanya ialah untuk Gold, banyak station atau hentian, Platinum ada dalam 5-6 station sahaja. Pengguna Gold tak dapat apa-apa makanan, Platinum akan dapat satu goodies pack. 

Harga tiket Gold ke SP ialah RM 62 manakala untuk Platinum, RM82. Beza RM 82. 

Aku beli Platinum masa perjalanan pergi sebab pilihan masa yang lebih sesuai. Untuk perjalanan balik, aku pilih Gold.

Tukar atau Cancel Tiket

Kalau nak tukar tiket, petukaran boleh dibuat dalam masa 24 jam sebelum perjalanan. Contohnya, tiket jam 10.45 pagi 6 November 2017, tiba-tiba kita ubah fikiran dan nak tukar masa, kena buat sebelum 10.45 pagi 5 November 2017. Beza harga tiket (jika ada) contohnya tiket Platinum, bila tukar masa kena pilih Gold, beza harga tiket tu boleh refund. Tiket yang kita cancel jugak boleh refund. 

Ok, untuk next entry aku share pasal pengalaman naik ETS yer.