Thursday, 24 August 2017

Secawan Koppi

Kopi? Aku memang sangat suka minum kopi, setiap hari. Rasanya kalau sehari tak minum boleh jadi lemah tak bermaya, takde mood. Aku jugak jenis yang suka mencuba kopi lain-lain jenama, tak kisahlah jenis bancuh ke, 3 in 1 ke atau beli siap, murah..mahal..semua nak cuba asalkan halal.

Baru-baru ni dapat merasa kopi yang perlu dibancuh. Nak bancuh kopi kat rumah kena jadik barista ke? Tak payahlah….buat untuk sendiri pun boleh sedap tau. Tak percaya? Ni nak perkenalkan, The Koppi,  Organik & Artisan.

The Koppi

The Koppi merupakan keluaran bumiputera dan diproses secara tradisional tau. Proses secara tradisional ni tak mudah. Banyak proses dan ambil masa, jadi, bagi aku kan, proses tradisional ni kalau orang sanggup buat, memang sangat bernilai. Pemilik syarikat The Koppi ni, En Hafizi, yang kami panggil, Gee tak lokek ilmu, berkongsi maklumat pasal perusahaan kopinya.

PERUSAHAAN KOPI ORGANIK & ARTISAN

Bermula dengan kajian yang dijalankan selama 2 tahun, Gee berusaha untuk menghasilkan kopi yang terbaik. Bagi Gee, perusahaan kopi yang bagus salah satunya ialah dengan mengusahakannya secara organik. Perusahaan secara organik membawa maksud, proses penghasilan kopi dari penanaman sehinggalah terhasilnya serbuk kopi,  semuanya tidak menggunakan bahan kimia mahupun bahan tambahan lain selain kopi semata-mata.

Kebun kopi The Koppi merupakan satu-satunya kebun kopi organik di Malaysia ni. Kebun kopi The Koppi terletak di Sungkai, Perak, dekat dengan kolam air panas atau Hotspring Sungai Klah.

Kebun The Koppi

The Koppi sememangnya mempunyai rasa kopi sebenar kerana tiada bahan lain digunakan seperti marjerin, gula, garam,  bijan,  gandum,  arang tempurung kelapa dan sebagainya seperti kebanyakan kopi jenama lain yang terdapat di pasaran.

Artisan pula membawa maksud specialty atau lain daripada yang lain. Bezanya kopi artisan dengan yang kebiasaannya kita tengok iaitu penggunaan istilah roasted (panggang) pada label kopi. Roasted ini bermaksud kopi yang dipanggang perlu dipanggang mengikut jadual. Jadual tersebut melibatkan masa dan suhu yang spesifik untuk memenuhi standard penghasilan kopi. Tapi, untuk The Koppi, Gee memilih sendiri masa dan suhu yang sesuai dengan kopi yang akan dihasilkan oleh syarikatnya. Unik kan? Sesuai dengan nama artisan.

Gee bermula dengan zero knowledge tentang kopi dan dia sendiri ada alahan kopi. Alahan kopi yang biasa dialami oleh peminum kopi antaranya ialah pening, mual, angin, sakit perut dan sebagainya. Disebabkan itulah, kajian Gee menjurus kepada penghasilan kopi yang rendah kafein dan tidak meninggalkan sebarang kesan. Kopi yang meninggalkan kesan alahan akan menghilangkan minat orang untuk terus minum kopi tersebut.

Bagi aku, kopi yang bagus juga akan memberikan aroma dan rasa yang istimewa. Biasanya, sebelum minum kopi, aku akan ambik bau dulu kopi tu, tak kiralah kat kedai ke kat mana, kalau dapat kopinya, aku akan cium dan ambik dulu aroma nya. Sangat menenangkan aku wei..hehe.

PROSES PENGHASILAN THE KOPPI


Terdapat tiga jenis kopi yang biasa diusahakan dan didagangkan secara komersial iaitu kopi Arabica, Robusta dan Liberica. Bagi The Koppi, kopi yang digunakan ialah gabungan kopi Robusta dan Liberica. Setiap jenis kopi ini berbeza dari segi rupa,  bentuk dan rasa. Robusta boleh dikenali melalui kulitnya yang mempunyai belang kuning. Rasanya lebih pahit dan kandungan kafein yang tinggi. Manakala bentuk kopi Liberica pula lebih lonjong dan tirus. Biji kopi Liberica lebih besar namun apabila dipanggang, mengeluarkan bau yang mewangi semerbak lebih dari Robusta.


Kisah penghasilan kopi dari kebun The Koppi ni bermula dengan penanaman anak benih kopi yang perlu dijaga sehingga usia pokok mencecah umur 2 tahun. Pokok kopi mula berbuah dalam tempoh sekitar 3 hingga 4 tahun selepas ditanam,setelah berbuah,  buah kopi yang cukup masak boleh mula dipetik.

Buah kopi

Pokok kopi yang sedang berbuah
Buah kopi yang sudah masak berwarna kemerah-merahan. Proses memetik boleh mengambil masa sehingga 1 jam bagi setiap pokok. Jangka hayat pokok kopi pula boleh mencecah sehingga 50 tahun.

Buah kopi yang sudah masak

Disebabkan penanaman kopi ini bebas bahan kimia dan racun, baja yang digunakan untuk menyuburkan tanaman kopi ialah kulit buah kopi yang ditabur di sekitar pokok. Kulit-kulit kopi ini akan terkompos dan menjadi baja. Baja lain yang digunakan ialah baja dalam bentuk cecair yang diperbuat dari kacang soya, gula merah dan sejenis garam yang diperam selama minimum 2 minggu.  Ia berfungsi seperti Garbage Enzyme yang menyuburkan tanah.

Proses penghasilan kopi ada 10 langkah yang diringkaskan macam rajah di bawah ni.

Proses penghasilan kopi


Setelah buah kopi selesai dipetik dari pokok, buah kopi akan dikupas untuk mengeluarkan biji kopi dan biji kopi direndam selama sekurang-kurangnya 3 hari. Dahulu,  proses mengupas atau memecahkan kulit kopi dibuat menggunakan tangan.  Tapi kini, proses memecahkan buah kopi tidak lagi dibuat secara manual (dengan tangan sepenuhnya) tetapi menggunakan mesin khas iaitu mesin pulper yang akan memisahkan kulit buah kopi dari biji kopi.

Mesin pulper

Proses seterusnya ialah fermentation. Fermentation ialah proses merendam biji kopi untuk memisahkan isi kopi dari biji kopi. Air rendaman ini ditukar setiap hari sehingga air tersebut menjadi jernih yang menandakan tiada lagi isi kopi melekat pada biji kopi.  Kalau kopi dimakan mentah,  kita hanya hisap bahagian isinya sahaja yang jernih dan melekit,  manis rasanya.

Biji kopi semasa fermentation 

Biji kopi yang telah dibersihkan seterusnya akan dijemur. Biji kopi akan diletakkan dalam dulang besi atau aluminium dan dijemur di bawah cahaya matahari sehingga tempurung biji kopi betul-betul kering. Sekiranya cuaca panas terik, proses jemur ini mengambil masa 4 hingga 7 hari. Tetapi, sekiranya hujan, akan mengambil masa lebih lama mencecah 2 minggu. Biji-biji kopi The Koppi dijemur lebih lama di bawah cahaya matahari  hingga betul-betul kering dan ringan. Cara ini dapat mengurangkan kafein. 


Biji kopi yang dijemur

Biji-biji kopi yang telah kering sempurna akan ditumbuk. Proses menumbuk akan memecahkan tempurungnya. Tempurung biji kopi sangat keras dan tajam. Proses menumbuk dibuat menggunakan penumbuk tradisional. Biji kopi yang berwarna hijau (biji kopi yang terdapat dalam tempurung kopi) adalah liat dan tidak berubah struktur walaupun ditumbuk.

Biji-biji kopi yang telah hancur ditumbuk tadi perlu ditapis untuk diasingkan biji-biji kopi hijau daripada tempurung yang dah dipecahkan.  Cara menapis ini dibuat dengan menggunakan bakul yang berlubang. Hanya biji kopi hijau yang berkualiti sahaja dipilih dan diasingkan.

Penapisan biji kopi

Setelah ditapis, biji-biji kopi tadi akan melalui proses sangai. Sangai ialah proses menggoreng tanpa minyak atau memanggang. Biji-biji kopi tadi disangai dalam kuali besar. Biji kopi yang sedang disangai mesti sentiasa dikacau supaya biji kopi tidak hangus. Biji kopi yang hangus akan merosakkan rasa kopi. Walaupun, ada sedikit sahaja biji kopi hangus,  maka kesemua kopi tersebut terpaksa dibuang. Sayang kan kalau terpaksa dibuang.
Tapi kini, proses memanggang ini dibuat menggunakan mesin pemanggang khas. Mesin pemanggang ini menggunakan teknologi memanggang menggunakan angin panas yang terhasil dari hot blower.

Mesin pemanggang kopi


Setelah dipanggang, biji kopi akan disimpan di dalam balang selama 3 hari bagi mengeluarkan minyak dan aroma yang lebih wangi. Proses ini dinamakan Degasses.

Seterusnya, proses mengisar biji kopi dilakukan supaya menjadi serbuk. Biji kopi panggang yang telah dikisar seterusnya akan diayak dan ditapis bagi mendapatkan serbuk kopi yang paling halus. Memang sangat halus The Koppi ni tau, cuba tengok ni


Sebab tu Gee sarankan, untuk bancuh The Koppi perlu pakai penapis kain atau penapis kertas yang sangat halus. Dari proses-proses tadi maka terhasillah The Koppi yang terjamin 100% organik dan artisan. 


THE KOPPI & MEDIA


The Koppi semakin terkenal tau, telah muncul dalam akhbar Sinar Harian, rancangan Assalamualaikum di siaran televisyen Al Hijrah dan ada deal dengan restoran The Canteen milik Chef Adu Amran yang terkenal. Nampak tak, produk yang berkualiti mesti dapat tempat dalam pasaran. Semoga The Koppi sentiasa maju dan semakin terkenal.


Sinar Harian

Rancangan Assalamualaikum TV Al Hijrah

Diharapkan di masa akan datang,  The Koppi dapat disediakan dalam bentuk uncang yang lebih senang untuk dibancuh di mana-mana tanpa perlu bawa penapis. 

The Koppi boleh dibeli secara langsung dari Gee. Harga pengenalan bagi sepeket The Koppi ialah RM17/100gm tidak termasuk kos pos. Nak tahu lebih lanjut pasal The Koppi, boleh follow FB, IG atau whatsapp seperti di bawah:


Facebook : www.facebook.com/thekoppi

Instagram : www.instagram.com/thekoppi

Watsapp: www.wasap.my/60189235644

TIP: SERBUK KOPI MENGHILANGKAN BAU BUSUK
Ada masalah bau busuk tak kat rumah, contohnya di dapur, dalam peti ais atau dalam kasut. Ada cara mudah nak hilangkan bau tu dan gantikan dengan semerbak aroma kopi.

Petua ni aku sokmo buat kat rumah. Caranya mudah saja, simpan serbuk kopi yang dah dibancuh, rebus air bersama serbuk kopi tu. Padamkan api dapur setelah air mendidih.  Aroma kopi tu akan membunuh bau busuk dalam rumah.

Bagi bau busuk dalam peti ais, cara nak hilangkan, tabur sikit serbuk kopi dalam piring dan letak dalam peti ais, automatik bau kopi akan mengatasi bau busuk dalam peti ais.

Untuk menghilangkan bau busuk dalam kasut pulak, letakkan serbuk kopi dalam uncang, letak uncang dalam kasut yang disimpan. Selepas tu, tak perlu risau kasut busuk lagi.
Senang kan?

Selain daripada tip di atas,  khasiat kopi yang kebanyakan orang tak tahu yang kopi dapat mengurangkan risiko diabetes, sirosis hati, kanser rektum, penyakit jantung, mencegah penyakit seperti strok dan kanser, mengurangkan risiko penyakit parkinson dan demensia serta meningkatkan tumpuan daya ingatan.

SIAPKAN SECAWAN KOPPI DENGAN CARA ANDA


Menurut pakar The Koppi, Gee, paling best nak nikmati The Koppi, dibuat guna air panas, kopi ditapis dengan penapis kain atau kertas turas, gunakan gula merah atau palm sugar dan susu segar. Hasilnya? Macam di kedai kopi berjenama tau…Cubalah.


Tapi, aku dah try macam-macam cara, guna susu segar, guna susu pekat, guna susu cair, gula perang, gula putih, guna krimer. Rasa kopi tetap sedap. Oh yer, dan cuba juga have it plain black, tanpa gula, tetap sedap…pahit yang tak mencengkam.

Be your own barista at home
Have The Koppi the way you like

Jom ngopi!




Sumber rujukan & kredit gambar: The Koppi

Thursday, 10 August 2017

Penghijrahan... Mencari cinta baru

Berhijrah.. Bukan kali pertama.  Masuk servis,  duduk agensi buat training,  jadi urusetia.  Deal dengan public yang mostly terdiri dari penjawat awam dan jugak conduct training untuk foreigner juga. Almost temu jodoh mamat blonde blue eyes.. Haha.. Nasib baik aku tak mudah jatuh cinta.. Eceh!

Seterusnya,  dekat 7 tahun duk situ,  mohon tukar sebab pindah rumah dan masa tu takde lesen nak drive.  Hehe.. Dari bujang sampai anak dua duk sana.

Pindah ke Putrajaya,  best opisnya.. Jaga admin IT.  Macam2 aktiviti dapat join.  Duk dua tahun,  sambung belajar Master,  dah lama mengidam sambung master.  Walaupun sayang tempat tu,  terpaksa tinggal. Boss2 yang best....layan jer bila aku ajak tapau makan kat pasar tani tengah panas. Missing the moments...sigh

Sambung belajar 2 tahun,  report duty masa tengah mengandungkan anak ke3 dah masuk 8 bulan. Masuk hospital serdang.. 2 minggu masuk,  bersalin (bersalin awal).. Lepas bersalin, masuk kerja,  dan bermulalah episod kerja di hospital pulak.  Challenge sangat berbeza dan sangat tough untuk aku.  Setahun masih ada senior officer yang jadik ketua unit,  bahang tekanan tak terasa sangat.  Boss pun jenis cool dgn anak2 buah.  Tapi lepas setahun,  boss dapat naik pangkat.. Automatik aku jadik paling senior,  maka akulah jadik ketua unit.  Dan.. Bermulalah mimpi2 ngeri dalam karier... Kena bombard,  kena hantam.. Kena kecam.. Setiap hari.  Tapi aku bertahan,  bersabar..aku ni jenis lembik lah kot tp ada degilnya.  Degilnya aku ialah aku dah decide,  selagi aku ada kat situ,  aku cuba, cuba buat yang terbaik.. Sehabis baik.. Satu demi satu krisis melibatkan services yang unit aku provide.  Semakin lama semakin sebal aku rasa bila tak dapat penuhi keperluan user.  Bukan tak buat apa-apa tapi dah ikhtiar..sehinggalah satu masa,  aku rasa.. Am the one yang tak bawak luck untuk organisasi.  Dan aku mula down... Aku nangis kat opis.. Aku nangis kat rumah.. Sebab keje.

Never in my life before,  yang aku menangis sebab kerja. What to do... For m3 to get up again and again to face the daily challenges,  menangis itu cuma satu diversion sementara atau bahasa melayunya.. Lencongan sementara dalam aku menyusun balik kekuatan nak berhadapan dengan semua masalah kat tempat kerja... Merangkak.. Bangun...jatuh tersungkur,  bangun balik.. Air mata toksah ceritalah..

Tapi..makin lama makin aku rasa tak mampu...  Aku pulak jenis nak buat keputusan macam tu,  banyak perkara aku pertimbangkan,  itu ini.. Begitu begini.. Tanya sana...tanya sini... Dan keputusan aku akhirnya aku tetapkan. Mohon keluar... End up aku submit borang tukar sejak quarter kedua tahun 2016. Dua kali borang aku ditolak ketua jabatan.  Sehinggalah kali ke3, bulan Februari,  ketua jabatan sign juga.

Bulan Julai,  pertukaran aku berjaya. Aku memang jenis tak suka duk satu tempat lama-lama,  sebab akan ada tahap di mana kita akan rasa tepu dalam bekerja.  Kerja dalam bidang aku pun adalah bidang gunasama,  mana-mana tempat yang ada servis yang sama,  boleh pegi. Dan kini,  aku mencari cinta baru,  tempat kerja baru  untuk aku berkhidmat.


Aku sangat suka buat kerja, bukan berlagak tapi hakikatnya, kalau takde keje,  boleh demam aku rasa. Maybe dah terbiasa selama ni semua tempat aku pegi adalah tempat2 busy... Insyaallah kat mana pun dan dengan siapa pun aku bekerja..aku cuba setermampu aku..

Working is my passion but I also need a balance life & work.

Doakan aku ok yer semua..

xoxo


Monday, 7 August 2017

Penghijrahan... Bukan aku tak cinta

Haluuu... Salam semua. Harini bersiaran dari tempat kerja baru,  ops,  actually tempat transit sebelum tau penempatan baru kat mana.

Last day Jumaat lepas. Berada di hospital selama tiga tahun lebih sangat banyak menguji aku.  Ups and downs dalam bekerja.  Cabaran tak pernah putus dan akhirnya aku surrender.

Bagi aku,  hanya orang-orang berhati waja mampu bertahan duduk lama atau takde pilihan lain.  Hehe.. Kenapa? Environment yang tough bagi aku sepanjang 14 tahun aku service dalam perkhidmatan awam.  Tapi,  bagi aku,  bukan masalah letak di tempat tu,  tapi akulah yang kurang kental jiwa dan raga.

Nanti aku share lebih lanjut yer.. Itupun kalau ada orang berminat nak taulah.  Kalau tak pun,  sekadar untuk ingatan aku sendiri jer..