Tuesday, 31 October 2017

Zakat Ekspres


Biasa tengok iklan bank komersial yang kata pinjaman ekspres? Kelulusan satu jam, kelulusan serta merta dan sebagainya.. Tapi itu pinjaman. Kalau orang bagi duit cash nak? 

Kalau nak tahu, Lembaga Zakat Selangor (LZS) pun ada servis ekspres tau. Kelulusan dalam masa 45 minit sehingga 2 jam sahaja. Cepat kan?

Kaunter Ekspres ni berfungsi untuk membuat agihan kepada penerima yang layak di Selangor. Bantuan kewangan diberi dengan kadar segera semasa ditimpa kecemasan/kesusahan. Bantuan kewangan yang diberikan adalah dengan kadar maksimum RM100. Dengan bantuan ni, dapatlah digunakan untuk membeli keperluan asas semasa terdesak seperti makanan, buat tambang dan sebagainya.

Sebenarnya, kaunter ekpress ini telah memulakan operasi di kaunter zakat di ibu Pejabat, Bangunan Zakat Selangor Shah Alam sejak 10 Februari 2009 lagi, kira-kira dah 8 tahun. Sekarang, LZS dah bukak Kaunter Ekspres Agihan Zakat di 19 lokasi yang aku share kat bawah.

Jenis-jenis Bantuan Zakat di Kaunter Ekspres

Jenis-jenis bantuan zakat yang boleh dimohon di Kaunter Ekspres :
1) Bantuan perubatan (fakir, miskin, muallaf, gharim);
2) Bantuan kecemasan runcit (fakir, miskin, muallaf, fisabilillah);
3) Bantuan keperluan pendidikan (fakir/miskin);
4) Bantuan musafir (Ibnu Sabil) – golongan yang terputus bekalan wang untuk keperluan asasi semasa dalam perjalanan;
5) Bantuan musibah (fisabilillah) – contohnya mangsa kebakaran, banjir, ribut, tanah runtuh dan sebagainya.

Syarat-syarat permohonan

Pemohon mestilah menetap di Negeri Selangor kecuali bagi mereka yang dalam perjalanan yang terputus bekalan kewangan disebabkan perkara-perkara yang di luar perancangan contohnya kena rompak atau hilang dompet.

Pemohon mestilah merupakan individu atau keluarga yang berada dalam kecemasan memerlukan keperluan asasi segera seperti seperti makan dan minum, perubatan, pendidikan, penginapan, pengangkutan.

Cara memohon

Pemohon perlu mengisi Borang Agihan Zakat dengan lengkap.

Perlu bawa apa semasa memohon?
Pemohon perlu membawa dokumen-dokumen ini untuk membuat permohonan.
·         Kad Pengenalan pemohon.
·         Salinan KP isteri dan tanggungan (jika ada).
·         Salinan kad nikah / surat cerai (status perkahwinan).
·         Dokumen sokongan berkaitan permohonan (contoh: kos perubatan hospital/deposit kemasukan untuk rawatan/ubat-ubatan, lain-lain dokumen bagi menyokong permohonan).
·         Slip gaji – jika tiada, perlu dapatkan pengesahan daripada penghulu/ketua kampung/pengerusi JKKK/nazir masjid/pengerusi surau/pihak IPTA/IPTS/pegawai gred A.


Bantuan diberikan di Kaunter Ekspres Agihan Zakat adalah untuk kes pertama kali sahaja. Sekiranya berkelayakan, bantuan seterusnya akan diberi secara berkala setiap bulan atau surat jaminan bayaran akan dikeluarkan jika diperlukan.

19 Lokasi Kaunter Ekspres Zakat Selangor

Ibu Pejabat Lembaga Zakat Selangor, Shah Alam
Cawangan Masjid Negeri Shah Alam
Cawangan Subang Jaya
Cawangan Seksyen 14, Petaling Jaya
Cawangan Puchong
Cawangan Klang Sentral
Cawangan Masjid Klang
Cawangan Tanjong Karang
Cawangan Sungai Besar
Cawangan Kuala Kubu Baru
Cawangan Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh
Cawangan Selayang
Cawangan Taman Melawati
Cawangan Bandar Baru Ampang
Cawangan Bandar Baru Bangi
Cawangan Kajang
Cawangan Bandar Baru Salak Tinggi
Cawangan Banting

Ada juga kes individu yang memohon bantuan ekspres berulang kali, maka untuk kes-kes macamni, pihak LZS akan mengambil langkah menyiasat dan menyemak semula keseluruhan keperluan pemohon. Jika berkelayakan, bantuan akan diberikan secara berkala setiap bulan atau surat kelulusan bantuan/jaminan bayar akan di keluarkan kepada pemohon untuk tempoh tertentu.


Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Talian Zakat Selangor di 1-300-88-4343
Bangunan Zakat Selangor
3-01-1, Presint ALAMi
Pusat Perniagaan Worldwide 2,
Persiaran Akuatik,
Seksyen 13,
40100 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
Facebook: www.facebook/zakatselangor
Sumber rujukan:http://www.zakatselangor.com.my/

Sunday, 29 October 2017

Best kahwin kat sini

Best kahwin kat mana?

Ok, sebelum proceed ke info pasal kahwin, aku share sikit pasal makanan semalam. Sambungan entry sebelum ni pasal Taman Warisan Pertanian Putrajaya. Makan tengahari kami disediakan Felda D'saji yang dah melebarkan sayap di Taman Warisan dan Tasik Cempaka Bangi.
Sebelum ni, biasa makan sajian D'Saji untuk event-event besar dan jugak majlis perkahwinan. Makanan yang dihidangkan biasanya tak mengecewakan.
Menu semalam, nasi beriani, dengan lauk pauk iringan, pencuci mulut, air kordial dan jugak kopi dan teh tarik. Teh tariknya pun sedap.. Menepati selera aku yang tak suka sangat teh tarik manis.




Ok.. Felda D'Saji di Taman Warisan ni sekarang ada tawaran untuk Pakej Perkahwinan. Untuk 500 pax, RM 12, 500 sahaja termasuk pakej pre wedding photoshoot di Taman Warisan. Selain tu, ada menu tambahan istimewa iaitu kambing bakar dan jugak teh tarik yang sedap itu. 




Kalau dikira-kirakan memang berbaloi. Makanan dijamin sedap, ruang majlis makan yang selesa walaupun konsep terbuka dan juga pelamin yang simple but nice. Risau panas? Jangan risau sebab masa majlis akan dipasang air cooler yang besar gedabak tu sebanyak 6 biji. Insyaallah selesa tetamu nak makan. Syarikat ni juga dah biasa mengendalikan majlis. No worries bab pengurusan tu.

Boleh pilih siang atau malam. Biasanya kalau malam, pakej yang dipilih ialah makan berhidang (dome). 
Kapasiti ruang untuk sekali duduk ialah dalam 250-280 orang tetamu. Pejabat pengurusan pun kat situ jer, senang nak berurusan nanti. Bilik persiapan pengantin pun ada. 

Menarik kan tawaran Pakej Perkahwinan yang ni. Kalau nak survey tempat ni datang jer bila-bila sebab dewan terbuka, jadi boleh lah tengok hiasan dewan macam mana.

Ok, pengantin lama nak belanja gambar atas pelamin satu.

Info lanjut boleh tengok sini http://www.feldadsaji.com.my/venue/laman-warisan-putrajaya/. 









Laman istimewa dalam Putrajaya

Putrajaya ialah tempat yang aku jejak setiap hari. Putrajaya ni bagi aku memang sebuah bandar yang serba serbi lengkap kemudahan. Dah nama pun pusat pentadbiran kerajaan, mestilah macam-macam ada kan. Kemudahan pun disediakan untuk kegunaan orang-orang yang memang tinggal di kuarters kerajaan dan jugak taman-taman perumahan dalam Putrajaya dan jugak untuk kawasan sekitar.

Putrajaya ni, bagi aku, selain bangunan dan landskap yang menarik, ada beberapa best kept secret yang mana ramai yang tak tahu atau tahu tapi tak pernah explore.

Kalau disebut tempat makan Taman Warisan Putrajaya Presint 16, ramai tahu nasi ayam dara dan roti john yang terkenal tu sampaikan nama tu boleh 'dijual' kat lain untuk meraih pembeli. Dari dulu aku selalu tertanya, kenapa nama Taman Warisan? Macam tak kena jer sebab buat jadik tempat makan. Tapi rupa-rupanya tempat makan tu hanyalah sebahagian kecil kawasan Taman Warisan yang digunakan. Kalau biasa ke sana.. Perasan tak bukit yang ada sebelah tempat makan tu?

Kalau nak tahu, secara keseluruhan taman tu ialah 35 ekar okay..bukan kecik tau. Jadi, kat mana sebenarnya "taman" tu?

Semalam, 28 Oktober 2017 aku dan berberapa rakan Kelab Blogger Ben Ashaari berpeluang menjelajah apa ada di sebalik pagar yang ada tepi bukit tu.

Aktiviti penjelajahan kami dengan menaiki buggy yang disediakan. Tiket masuk secara walk in ialah RM 8.50 untuk dewasa pemegang mykad dan RM 6.50 untuk kanak-kanak berumur 3-12 tahun.


Pintu masuk ni terletak atas bukit, kena naik tangga sikit dan ke kaunter tiket sebelum masuk. Kalau perlukan buggy, boleh tambah RM25 untuk sebuah buggy.

Sebelum masuk kami telah diberikan taklimat dan dimaklumkan kami akan 'terperanjat' nanti kalau dah masuk dan tengok apa yang ada. Makin excited nak tahu masa tu...Taman Warisan Pertanian ni dah dijenamakan semula berkonsepkan laman pertanian.


Perjalanan bermula di tengah panas tapi semua tak sabar nak jelajah kawasan. Pit stop pertama ialah plot padi. Yer! Padi tau di tengah-tengah Putrajaya. Kat situ diadakan permainan tangkap keli. Aku geli kot dan tak sanggup nak masuk bendang, ngengada sket.. Hehe. Dua orang geng #KBBA9 masuk.. Seronok tengok dorang menangkap keli.. Susah okay.. Kena tau tekniknya jugak.

Lepas tu kami dibawa tengok buah-buahan nadir. Nadir tu apa? Haa.. Buah-buahan nadir tu maksudnya buah-buahan yang jarang kita jumpa atau dalam bahasa inggerisnya rare. Salah satunya buah ni.. Aku tengok macam pumpkin (labu) jer tapi saiz kecik sangat plak dan kulit nampak lembut jer.

Rupa-rupanya itulah buah asam gelugur, sejenis buah dari spesis Garcinia atau kita biasa panggil manggis. Kenapa spesis manggis? Sebab ada kelopak-kelopak kat tangkainya macam  buah manggis. Inilah buah yang orang buat asam keping. Haha.. Nampak sangat aku tau makan jer. Rasa buah ni masam...dan katanya kalau makan buah ni selalu boleh kurus tau.


Lagi satu fakta pasal buah asam gelugur ni, walaupun dalam bentuk buah tapi tergolong dalam kategori rempah, macam cengkih, halba, dan. Lain-lain dan bukan dalam kategori buah-buahan atau sayur tau.

Bergerak ke depan sikit, kami diperkenalkan pulak dengan sejenis buah yang rupanya lagi sama macam manggis tapi warna merah muda. Ish... Pelik.. Eh mestilah pelik sebab ni pun buah nadir jugak. Nilah rupa buahnya.


Ta daaa... Nama buah ni buah beruas. Rasa? Masam manis, tapi hujungnya ada kelat pahit sikit, isinya ala manggis tapi manggis lagi sedap dimakanlah.

Selepas tu, kami dibawa tengok lada hitam. Biasa tengok gambar jer atau kalau yang biasa pegi Sarawak atau memang orang Sarawak biasalah jumpa kot.


Diberi merasa buah koko, berebut semua pakat nak rasa.. 


Lepas tu kami dibawa ke tempat demonstrasi proses menoreh dan penyediaan getah keping. Dulu sebenarnya kalau ikut sejarah, Putrajaya ni Ladang Getah yang luas dan nama asal ialah Prang Besar. Ada beberapa jenis getah yang asal dari sini dan dinamakan sempena Prang Besar. Kat sini ditunjuk kaedah traditional guna pisau motong yang dari dulu penoreh gunakan. Satu-satu pokok mampu mengeluarkan getah selama 25 tahun dan lepas tu akan dibuat penanaman semula. Getah yang dikeluarkan di Malaysia sememangnya terkenal kerana kualitinya.

Demo menoreh getah guna pisau toreh.


Getah yang ditoreh awal pagi biasa dalam jam 4-5 pagi adalah yang paling baik sebab pokok getah paling produktif masa tu dan akan keluarkan susu getah. Sebelah petang, getah yang dah bertakung dalam cawan di ambik.
Lepas tu, getah akan direndam dalam air dan cuka getah atau formic acid supaya susu getah tu beku. Cuka getah ni bahaya ok, jangan main sebab boleh melecurkan kulit.


Sus getah yang dah beku dileperkan guna mesin penggelek ni.


Dah langkah akhir, kepingan getah diasapkan dan dijemur supaya kering. Lepas tu baru boleh dijual untuk dikilangkan.


Selesai demo, kami dijamu buah-buahan segar.. Memang sedap sangat.. Fresh!



Selepas makan buah, ada demo cara-cara mendapatkan madu kelulut. Aku ingat madu kelulut datang dari lebah, rupa-rupanya tak. Kelulut tu sejenis serangga warna hitam. Fakta menarik pasal kelulut, kelulut ada 'GPS' sendiri untuk balik ke sarang dia yang disediakan walaupun semua sarang sama jer rupanya. Madu kelulut juga katanya lebih baik dari madu lebah. Wow...baru tau.

Madu kelulut kat sini diusahakan Tuan Haji Roslan yang by profession sebenarnya artikek dan sorang kawannya yang by professionnya, engineer. Hebat kan?



Last stop selepas tu ialah anjung, atau satu tempat macam platform yang mana kita boleh tengok pemandangan Putajaya. Nampak Parcel D... Masjid Merah dan kawasan-kawasan perumahan.


Cantik sangat pemandangan dari atas tu. Aktiviti lain ialah bowling kelapa.. Seronok baling.. Tapi tak kena pin.. Pin nya dibuat dari buluh dan bola dari kelapa yang dah dibotakkan sikit kulitnya.

Seronok! Tergelak-gelak kitaorang..

Sambil-sambil berjalan jumpa lah macam-macam pokok macam pokok petai, pokok kopi, pokok kedondong, rambutan, bacang, dan macam-macam lagilah. 3 jam macam tak cukup nak belek semua pokok yang ada.



Tapi pesanan untuk yang nak pegi, bepakaian yang sesuai dan kasut yang selesa untuk berjalan banyak. Kalau pegi time panas, bawaklah payung, pakai topi ke.. Atau boleh jgk bawak kipas.

Sebagai penutup, makan! Sajian kami disediakan Katerer Felda D'Saji. Sedapnya beriani dengan lauk-lauk yang sedap. Haa.. Felda D'Saji ni dah luaskan sayapnya ke Putrajaya dan Bangi. Nanti aku share dalam post lain. Tungggu tau.. Menarik untuk yang nak kahwin. Tungguuu...

Terima kasih Puan Sashi & team dari Putrajaya Floria Sdn Bhd & Felda D'Saji.

Untuk info tentang Taman Warisan Pertanian Putrajaya ni, boleh trngok kat sini:


Atau hubungi talian: 03-8888 2722

Email: info@tamanwarisan.my