Wednesday, 28 November 2018

Regangkan otot bersama SoStretch

Biasanya kita buat regangan sebelum senaman kan..dan biasanya kalau kita sakit-sakit badan, kita pergi urut. Kali ni nak share yang kita boleh jugak buat regangan otot tapi bukan dalam fasa persediaan untuk bersukan. Nak tau macamana? Meh nak share sini.

Baru-baru ni berpeluang ke SoStretch yang terletak di Aras 14, Menara IMC, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, menurut yang dah pergi ke sana macam big boss Ben Ashaari dan Kak Nina, sesi dilanyak bak kata Kak Nina tu nampak macam best gak. Dalam kepala ni dah terbayang ditarik dan dilipat macam sejenis massage tu (yang aku tak penah try sebab ngeri membayangkan nak kena lipat..haha).

Rupa-rupanya SoStretch ni terletak dalam bangunan pejabat. Aku ke sana hari Sabtu, memang sunyi dan kena daftar dulu di Lobi sebagai Pelawat, ambik kad dan baru boleh melepasi laluan ke lif untuk naik ke tingkat 14. 

Naik ke tingkat 14, kita akan jumpa surau, SoStretch ni terletak di hujung lorong. Kalau tak biasa boleh sesat lah sebab memang takde orang untuk bertanya. Dalam tangan dah standby handphone untuk call SoStretch untuk tanya lokasi. Menara IMC ni betul-betul depan Hotel Shangri-La dan jugak Hard Rock Cafe.

Sebelum mulakan sesi stretching, aku isi form dulu yang dalam tu ada maklumat perlu dipilih pasal apa yang kita harapkan atau bahagian badan mana kita nak fokus. Lepas tu kena salin pakaian kepada pakaian yang disediakan. Kalau tengok environment memang selesa, peralatan simple dan kemas. Dalam satu-satu masa maksimum boleh tiga orang sebab ada 3 katil yang dipisahkan langsir. 





Physiotherapist yang bagi treatment namanya Ros. Sambil buat stretching tu sempatlah bertanya sebenarnya kaedah ni asalnya mana dan sebagainya. Ros bagitau stretching ni asal dari Jepun, manager SoStretch sendiri dari Jepun. Mereka yang bekerja kat situ semua merupakan Physiotherapist (Jurufisio) yang belajar kemahiran stretching. Fisio ni biasanya untuk kita yang alami kecederaan pada mana-mana anggota badan, salah satu cara pemulihan kan?
Kiranya di SoStretch, kemahiran mereka bukan sahaja pada fisio tapi ada add on atau nilai tambah kat situ, stretching.

Physiotherapist akan buat simple test kat kita untuk melihat kelenturan atau fleksibiliti badan. Ada tiga test, satu tu aku kena pegang tuala kecik yang digulung menggunakan kedua-dua tangan yang ditegakkan ke depan tubuh dalam posisi duduk, dan kemudian, pusingkan tangan ke kanan dan ke kiri, sejauh mana boleh pusing. Yang kedua, ialah tundukkan badan untuk tengok sampai mana tangan boleh cecah lantai dan yang terakhir angkat kaki sebelah, kiri dan kanan dan tengok yang mana lebih stabil.

Stretching ni nampak simple dan biasa kita buat sendiri jer kan....tapi kalau orang buatkan, impaknya lagi ok kot. Kita pun boleh pilih nak light-light ke medium ke atau heavy stretching tu. Setiap gerakan yang dibuat, Ros akan bagitau kesan regangan tu kat area mana. Kalau ikutkan, tahap regangan dan rasa sakit juga berbeza mengikut orang. Ini juga bergantung pada fleksibiliti tubuh seseorang.

Sepanjang sesi tu, memang best rupanya diregang-regangkan..aku bagitau nak regangan di area bahu, area belakang dan juga betis (banyak berjalan). Physiotherapist mulakan dengan tangan dulu, best nya diregangkan...kemudian fokus pada badan, dan last tang kaki...Satu jam sesi, macam tak cukup pulak.
Ros kata ada sesetengah orang tak tahan sakitnya dan ada yang lena semasa sesi tu. Aku? Enjoy sungguh session tu...especially part belakang, lega rasanya diregangkan. Ros bagitau SoStretch ni baru pindah ke tingkat 14 sejak bulan September 2018. Sebelum ni dalam Klinik di tingkat 3. Target mereka memang pelanggan di kalangan staff dalam bangunan Menara IMC tu. Yelah, macam kita yang bekerja pejabat ni, selalu duduk tercongok depan pc kan, best nya bila badan tu boleh diregang sesekali.

Tapi, menurut Ros, stretching ni paling kerap pun boleh dibuat 2 kali sebulan, kalau banyak kali boleh memberikan risiko kecederaan. Ini kerana stretching akan melibatkan otot. Orang bersukan memang akan jaga bab ni, silap haribulan, terlebih regangan, soft tissues boleh injured...bahaya kan. Satu-satu sesi pun maksimum 90 minit, bersamaan satu jam setengah jer, tak lebih dari tu.

Ini harga rawatan kat sini

CG Balance Stretch 
Upper Body - RM80/30 minit
Lower Body - RM80/30 minit
Whole Body - RM160/60 minit , RM240/90 minit
Pelvic Adjustment - RM160/60 minit
Pelvic Adjustment + Upper or Lower Body - RM240/90 minit 
Improving Sport Perfomance - RM200/60 minit

Physiotherapy
Physioterapy - RM80/30 minit, RM150/60 minit , RM220/90 minit
Physio + Stretch -  RM 160/60 minit

Nak tau lanjut pasal SoStretch boleh tengok sini:
Web : www.sostretch.com
Instagram : https://instagram.com/sostretch
Facebook : https://www.facebook.com/sostretch/ 
bolehlah jengah untuk tahu sebarang promosi yang berlangsung. Sekarang ni memang ada promosi free sesi stretching untuk 15 minit bagi sesi lawatan pertama dan jugak RM5 untuk posture assessment. Kalau lah dekat ngan tempat aku ni mau selalu ke situ. Boleh call 03-2022 4818 untuk temujanji.
\

Tuesday, 27 November 2018

Kembara kerja ke Kota Kinabalu dan Kuching (3D2N) Part 2

Setibanya kitaorang di Kuching menaiki penerbangan jam 8am, driver dah menunggu. Dalam flight tak makan sebab dah kenyang, makanan tu aku tapau, dan walaupun flight tu sekejap jer...sempat shopping wei..haha.

Ni hasil shopping di udara aku haaaa...seronok stewardess tu...seat sebelah aku pun kosong..duk sorang jer.

Di Kuching masa sampai cuaca memang sangat cantik. Langit biru...awan berkepul-kepul..khabarnya semalam hujan lebat. Alhamdulillah masa kitaorang sampai tu cuaca cantik.

Dah selesai kerja kat pejabat Negeri Kuching. Kami check in di Hotel Grand Margeritha. Lokasi memang betul-betul depan monumen kucing yang famous tu. Last time aku pegi Kuching memang sangat-sangat berbeza,sama gak macam KK...lain nau. Kuching aku pernah jejak sekali jer sebelum ni dalam tahun 2006 ke 2007, lama sangat dah.

Grand Margherita ni betul-betul sebelah Sungai Sarawak yang kita boleh seberang (bukan dengan berenang, kena ngap buaya nanti..) untuk beli kek lapis yang terkenal tu. Dulu naik bot jer..cross tu dalam 50sen jer..skang katanya RM1..stilll...murahnya..memang kalau naik bot seberang tu macam tak sempat pun enjin bot nak panas..dah sampai..hehe. Kalau naik kenderaan darat, jauh sket lah kena pusing. Tapi sekarang dah ada option lain jugak..jalan kaki melalui Jambatan Al Hana. Very nice jambatan tu..bila cross akan sampai berdepan dengan Dewan Undangan Negeri Sarawak yang tersergam indah.

Dulu aku pegi Kuching memborong kain pua kumbu buat hiasan kat rumah, tapi sekarang dah tak minat dah, puas dah agaknya..hehe.

Petang hari pertama tu boleh pulak hujan..lebat. Tapi aku ngan partner gigih gak nak jalan. So kitaorang beli baju hujan kat Watsons dan pakai..posing depan patung Kuching..haha...


Bila hujan berhenti kami jalan-jalan ke seberang naik kete kawan pada salah sorang anak buah aku. Survey dan test kek lapis di Mira Cake House dan Dayang Salhah. Sambil mengira berapa buku nak beli esok sebelum balik. Masa patah balik ke seberang, kami naik bot. Excited gak..hehe...Tapi hari nak balik kami beli di Warisan, Mira dan jugak Dayang Salhah. Yang sedap, kek lapis dibuat dari butter.


Petang tu memang dihabiskan di sekitar Kuching Waterfront tu sahaja sampai dah masuk awal malam. Kami berjalan ke Top Spot nak carik lobster..maklumlah, tak kesampaian hajat di KK. Segan punya pasal kan...




Alhamdulillah ada lobster. Aku pesan dua air sebab terlampau penat berjalan...Air fresh orange dan jugak teh ais..erghh...punah diet..haha..

Bestnya makanan...harga masih ok tapi mahal sikit dari KK. Untuk total makan bertiga malam tu RM190.

Yang menarik dan rare ialah Pancake Oyster..punya besar keropoknya....sedap..dicicah dengan kicap istimewa. Harga satu pancake tu RM20. Tak habis kami makan. Menu malam tu ialah ikan kerapu sweet sour, lobster bakar bercheese, lobster masak apa tah lagi satu, udang galah celup tepung, soup dengan midin goreng belacan (yummeh). Aku makan sampai sakit perut, actually dah start masuk angin kot..pastu pi tibai dua gelas air tu...habis makan, tersandar dan rasa nak terkeluar balik apa aku makan...ish..pi toilet cecepat dan aku burp...lepas tu baru lega...

Balik bilik malam tu rasa nak bergolek sebab kekenyangan..haha...dah dekat pukul 10 malam masa tu. Bandar Kuching mula sunyi, tak sehidup bandar KK. Malam tu.....tido lena....esok pagi masih boleh bergolek-golek dulu sebelum check out...sebab tak rushing. Flight petang.




Monday, 26 November 2018

Kembara kerja ke Kota Kinabalu dan Kuching (3D2N) Part 1

Baru-baru ni atas keperluan kerja berpeluang ke Kota Kinabalu dan juga Kuching. Bertolak hari Selasa dan dijadual balik Khamis.



Selasa tu naik flight pagi dan tiba di KK sekitar tengahari, terus masuk pejabat di KK untuk tujuan lawatan tapak. Selesai di pejabat utama, kami ke UTC KK pula. Dengan perut lapar gila...Aduhai..semoga tak masuk angin. Alhamdulillah semua berjalan lancar, selesai sebelum waktu pejabat tamat.

Petang masih bersisa beberapa jam sebelum waktu dinner yang dah janji dengan team digunakan untuk berjalan dari area hotel yang kami stay, Hotel Klagan ke kawasan pasar. Berbeza sungguh KK dari yang aku ingat lebih 5 tahun yang lalu.



KK sangat "hidup" sangat ramai orang. Kawasan perniagaan meriah. Kami menyusur dari Pasar Phillipine sampai ke Pasar Todak. Kami survey tempat makan seafood dengan perut yang menjerit-jerit mintak diisi. Tapi teruja tengok barang jualan di pasar..especially hasil laut yang menarik perhatian. Terlupa lapar sekejap...

Harga? Nak nangis dengar....Ikan satu kilo siap masak RM30. Udang sekilo RM17 siap masak....kalau kat KL? Nangis nak bayar wei...Teringin sangat makan lobster, lobster rata-rata dalam RM70-90 satu kilo, still ok harganya. Dalam hidup tak pernah rasa lobster, teringin....Kalau ada rezeki, adalah malam nanti. Ada satu jenis ikan tu warna biru..Ikan bayan namanya..setau aku bayan tu sejenis burung yang jugak berwarna biru...cantiknya ikan biru tu..kalau dapat rasa ok jugak bah...




Dah habis seround jalan, dengan sedikit hasil shopping (sedikit sebab time pegi tengah bulan..sakit sketlah)..balik ke hotel tunggu driver ambik untuk bawak ke tempat makan. Apa paling utama, orang utan kiriman Namee (si anak bongsu) dapat dah kat pasar, harga RM40.


Rupa-rupanya driver bawak ke Pasar Todak jugak, Todak ni dapat nama sebab ada satu monumen ikan todak kat tengah-tengah roundabout jalan utama kat bandar KK tu. Malam tu kami bertujuh orang, termasuk dua orang driver. Dah plan siap-siap nanti share lah untuk makan. 

Pemilihan makanan aku serah jer pada dorang, tapi malu pulak masa tu nak rekues lobster..huhu..sudahnya tak makan lobster..takpelah...lenkali insyaAllah. Ikan biru pun takde kat gerai yang kami pilih untuk makan tu, pun tak mengapa sebab driver tempatan mesti tau gerai yang ok dan halal kan.

Makan dengan kenyangnya weiiii..sendat perut rasanya.. menu ada dua jenis ikan..ikan kerapu sweet sour, ikan sebelah grill, sotong celup tepung, udang butter, oyster telur masin dan sayur kangkung belacan. Makan punya makan...kenyangnya ya Allah...Bila bayar, jumlahnya RM200..wow, lebih kurang RM30 satu kepala, considered oklah kan termasuk air. Kenyang sampai esok ni. 

Haha...Oh ya, masa kami keluar ke tempat makan dah start hujan. Hujan semakin lebat masa tengah makan. Masih berdoa, pasar malam masih ada lepas makan, nak shopping lagi. Esok awal pagi kami dah kena ke Airport, flight jam 8am untuk ke Kuching pulak.

On the way balik hotel, mintak driver singgah jap depan pasar Phillipine. Masa tu dah pukul 9 lebih, alhamdulillah masih ada kedai yang bukak...

Pagi-pagi pukul 4 lebih dah terjaga, mandi...tunggu subuh, siap dan jam 6am tepat g breakfast. Nak kena gerak ke Kota Kinabalu International Airport (KKIA) jam 6.30am. Cantik view tempat makan yang terletak di tingkat 11 bangunan Hotel. Kami dapat bilik aras 10, upgrade bilik sebab aras 7 yang sepatutnya kami dapat dah penuh.

Alhamdulillah perjalanan flight dari KK ke Kuching sangat smooth..landing pun terbaik. Cuaca sangat cantik kat Kuching, part 2 aku kongsikan kembara kerja di Kuching pulak yer.

Tuesday, 20 November 2018

Za'atar dan minyak zaitun sebagai makanan minda & asas kecantikan

Selain Premium Organic Olive Oil, Al Ard ada produk-produk lain yang bagus jugak. Macam yang aku intro dalam entry sebelum ni, kalau belum baca..cer jengah sini.  Kali ni nak share pasal dua lagi produk dari minyak zaitun ni. 

Campuran Premium Za'atar:

Za'atar merupakan campuran herba seperti thyme, sesame seed, minyak dan garam. Za'atar mengandungi zat mineral Vitamin A, Vitamin B6, Vitamin C, Riboflavin, zat besi, manganese, kalsium dan magnesium.

Za'atar membantu menguatkan daya fikiran, anti-kulat, anti oksidan, melancarkan peredaran darah, menyihatkan jantung, membaiki penglihatan, meningkatkan sistem imunisasi badan, mengurangkan tekanan dan membantu sistem pernafasan. 








Za'atar biasanya diambil dengan menabur campurannya ke dalam makanan atau disapu ke atas roti. Cadangan makanan yang boleh dicampurkan dengan Za'atar termasuklah telur dadar, salad dan sayuran, bebola daging, kebab dan juga diletakkan dalam perapan daging dan ayam. Za'atar ini diambil sebaiknya bersama minyak zaitun.

Di Palestin, Za'atar digunakan sebagai makanan penting persediaan anak-anak yang akan menduduki peperiksaan. Za'atar juga mampu memberikan mood positif pada seseorang dan juga mampu mencegah nyanyuk.  Memang elok digunakan seisi keluarga aku ni, dengan anak-anak yang bersekolah dan juga untuk aku dan suami yang terdedah kepada tekanan semasa bekerja. 

Sabun Minyak Zaitun Nablusi:

Untuk penjagaan kulit, aku memang suka yang ada minyak zaitun, contohnya pencuci muka, krim muka atau minyak sapuan badan. Bila dapat tau Al Ard ada sabun minyak zaitun ni, memang sukalah nak pakai. 


Sabun Nablusi ni homemade oleh petani wanita Palestin. Tak ada paraben, SLS, SLES, pengawet, pewarna tiruan dan juga pewangi. Bagus kan? Sabun minyak zaitun ni ada dalam bentuk cecair dan jugak buku. Sabun cecair tu boleh buat sebagai syampu sekali, senang dari rambut sampai hujung kaki guna sabun yang sama jer. 

Sabun ni boleh digunakan oleh bayi sehinggalah orang dewasa. Sabun zaitun Al Ard ni boleh membantu mengurang atau menghilangkan masalah kulit macam eczema, psoriasis dan jugak rosacea. Selain daripada tu, sabun ni jugak dapat memberikan kesan awet muda dan mampu memperbaiki kedutan di wajah yang disebabkan oleh cahaya matahari, pencemaran asap dan jugak pemakanan yang tak bagus. 

Best kan produk dari minyak zaitun macam ni. Kalau berminat nak beli, boleh carik kat Al Masoud Trading, Laman Seri, Seksyen 13 Shah Alam... Lokasi betul-betul bersebelahan Restoran Laman Grill. 

Jangan lupa ikuti maklumat di www.facebook.com/alardmalaysia. 




Minyak Zaitun Premium

Minyak zaitun memang terkenal dengan macam-macam khasiatnya sama ada untuk kesihatan tubuh badan dan jugak kecantikan. Minyak zaitun ni pulak ada yang boleh dimakan dan ada yang tidak. Antara jenis minyak zaitun yang paling kerap kita boleh jumpa ialah minyak zaitun untuk rambut, wajah, masak dan makan.

Minyak zaitun yang digunakan untuk memasak tak boleh dimakan macam tu saja tau. Aku pun baru tau...ingatkan boleh jer ambik sikit, telan. Sebenarnya, untuk hasilkan minyak zaitun ikut jenis kegunaan ni, proses yang perlu dilalui adalah berbeza. 

Baru-baru ni berkesempatan jugak menimba sedikit ilmu dengan Ms. Lila dari Al Masoud Trading yang terletak di Laman Seri Business Park, Seksyen 13 Shah Alam. Menurut Ms. Lila, minyak masak yang kita biasa guna memang tak boleh ambik direct (makan terus) sebab proses yang digunakan adalah berbeza. Terima kasihlah Ms Lila sebab rajin melayan hari tu... 

Al Ard Premium Organic Olive Oil ni dibuat menggunakan Extra Virgin Olive dari Palestin dan diproses menggunakan first cold process. First cold process ni bermaksud ianya melalui proses secara perahan sejuk mengikut Standard piawaian International Olive Oil Council. Minyak zaitun yang digunakan adalah dari buah awal musim dari pokok zaitun yang berusia sehingga 500 tahun. Buah zaitun ini dari jenis Nabali, Roomy dan Sauri akan dipilih dan diproses dalam tempoh 24 jam selepas dipetik. Ladang tanaman zaitun ni terletak di Nablus, sebelah Tebing Barat Palestin.


Kalau tengok dari pembungkusan, Al Ard Premium Olive Oil ni dibotolkan dalam botol kaca gelap. Ini sebenarnya dibuat bagi mengelakkan minyak terdedah kepada UV dan jugak untuk memastikan kualiti dan khasiat terpelihara.

Cara Pengambilan Al Ard Premium Olive Oil:

1. Minum satu sudu makan, sebelum sarapan pagi atau satu sudu makan sebelum tidur, sebaiknya ketika perut kosong. Elakkan minum air dalam tempoh 3 minit selepas minum minyak zaitun.

2. Campurkan ke dalam makanan yang dah siap dimasak sebagai dressing.

3. Boleh juga disapukan pada roti dan boleh dicampur dengan cuka kurma atau cuka anggur.

4. Sapukan pada kulit di badan bagi menghilangkan kesan parut, kulit kering, masalah eczema, radang kulit, masalah sendi dan lutut serta baik untuk rambut  (melebat dan menghitam).

Produk lain Al Ard:

Selain Minyak Extra Virgin Oil ni, Al Ard juga ada beberapa produk lain termasuklah Organic Extra Virgin Olive Oil, sabun minyak zaitun Al Ard Nabulsi, minyak habbatus sauda Palestin dan campuran Premium Za'atar Palestin. 

Dalam entry seterusnya aku kongsi pasal Campuran Premium Za'atar dengan sabun Nablusi. 

Untuk maklumat lanjut berkenaan Al Masoud Trading dan Produk Al Ard, boleh ke FB page di www.facebook.com/alardmalaysia.




Susah nak datang ke kedai? Online pun ada kat shopee

Monday, 19 November 2018

Saat waktu masih tersisa..

Setiap kali tengok mak dan abah yang semakin meninjak usia.. selalu terasa sayu.. Selalu terpikir-pikir.. Jasa takkan pernah terbalas.

Suatu hari bercakap dengan mak kat telefon, pastu mak cakap

"Ija, nanti birthday abah belikan abah seluar yer. Teruk sangat seluar yang abah pakai..."

Di saat itu terkedu rasa.. ALLAH...keperluan mak abah... Makan pakainya..terleka aku. Biasa balik rumah abah berkain pelikat, sesekali jer keluar bawak abah pegi hospital untuk check up.. Itupun beberapa bulan lepas. Nampak seluar dan baju abah pakai aritu ok lagi. Bersalahnya rasa bila sampai mak kena mintakkan... Ya allah.. 

Mak dengan abah tak pernah mintak dibelikan itu ini..apa yang ada dipakai seadanya. Yang lebihnya diadakan makan minum untuk anak2 yang balik ke rumah bila cuti hujung minggu. Mak berpenat lelah masak.. Nak2 kalau dah bagitau in advanced siapa nak balik.. Siaplah nanti mak masak makanan kegemaran si anak yang nak balik.

Sedangkan sepatutnya anak2 lah memasak untuk mak abah pulak. 

Kalau anak lelaki.. Tanggungan terhadap syurganya (seorang ibu) takkan terputus. Buat seorang anak perempuan, bila berkahwin syurganya berpindah ke bawah telapak kaki sang suami. Sedih bila tak selalu dapat balik jengah mak abah.. Tapi masih bersyukur sebab mak abah tinggal tak jauh... Apa2 masih boleh berlari balik segera.

Walaupun selalu berpesan pada mak abah.. Kalau ada apa2 call yer mak.. Call yer abah..namun, selagi mereka mampu, semua mereka uruskan sendiri, tak pernah menyusahkan anak2.

Buat teman-teman yang masih belum berkahwin dan berkeluarga sendiri.. Dan masih ada mak abah..mungkin Allah beri masa lebih untuk berbakti pada mereka...itu juga adalah rezeki. Rezeki bilamana dapat membahagiakan mak abah sendiri. 

Monday, 12 November 2018

Depresi atau tidak sebenarnya?

Masalah kesihatan mental kini semakin  mengancam setiap dari kita dalam kehidupan seharian. Sedar atau tidak.. Kita semua pasti akan melalui saat tertekan... Tapi tak semua jenis tekanan akan menyebabkan depresi. Depresi sememangnya akan menjejaskan kualiti hidup kita.


Depresi atau juga dipanggil kemurungan adalah perasaan sedih yang melampau dan berpanjangan. Sedih adalah perasaan yang sering kita alami namun jika perasaan sedih itu terlalu berat untuk ditanggung dan berpanjangan melebihi tempoh dua minggu serta mengganggu fungsi kehidupan seharian maka ia bukanlah sedih yang lazim tetapi penyakit kemurungan. (http://www.jpa.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=2633:artikel-psikologi-kaunseling&catid=525:perkhidmatan-psikologi&lang=ms)
Related image
Sumber: gq-magazine.co.uk
Tekanan yang tak menyebabkan depresi mungkin ialah semasa persiapan kita sebelum tiba hari bahagia. Tekanan tersebut dikira berlaku sementara. Selesai majlis, lega rasanya kan..atau ketika contohnya kita kehilangan barang kesayangan, kita akan merasakan sedih dan bukanlah depresi atau kemurungan.

Kadar depresi di Malaysia mencanak-canak naik. Tau tak, bahawa depresi bukan sahaja berlaku di kalangan orang dewasa tapi juga kepada golongan remaja dan kanak-kanak. Mungkin kedengaran pelik.. Kanak-kanak, apalah yang hendak dirungsingkan kan? Zaman kanak-kanak sekarang tidak sama dengan mereka yang lahir pada zaman dulu-dulu, zaman yang lahir sebaya aku dalam tahun 70-an, 80-an.

Kalau kita perhatikan, kanak-kanak sekarang cepat matang, kalau zaman aku dulu.. Masuk sekolah menengah masih berkejaran. Budak-budak sekarang, sekolah rendah pun dah pikir macam-macam pasal masa depan.

Pembelajaran juga menggunakan kaedah yang berbeza. Kaedah yang sangat berat bagi aku. Pernah dengar kan pelajar sekolah rendah bunuh diri? Sebab kecewa gagal dalam peperiksaan. Ya Allah.. Betapa meruntun perasaan bila tau pasal tu.

Tekanan demi tekanan perasaan menyumbang kepada depresi. Depresi bukan mengambil sehari dua tapi lebih lama.. Kadang kala memang makan tahun, dan kalau tak dapatkan bantuan, boleh membawa kepada perkara lebih serius macam mendatangkan kecederaan atau mengorbankan nyawa. Yes, jangan dibuat main.

TANDA-TANDA DEPRESI

Perhatikan tanda-tanda ini pada diri sendiri atau orang-orang disekeliling kita. Tanda-tanda umum depresi (Sumber rujukan: Dr. Amer Siddiq di The Malaysian Medical Gazette):

1. Perasaan murung atau sering marah-marah hampir sepanjang hari dan hampir setiap hari dalam tempoh dua minggu. Perasaan ini dilaporkan oleh pesakit secara subjektif seperti perasaan rendah diri ataupun daripada pengamatan orang luar contohnya selalu menangis.

2. Tidak bersemangat atau tidak berminat melakukan aktiviti sosial yang biasa dilakukan hampir setiap hari. Contohnya tidak berminat untuk bersukan lagi atau berjumpa dengan sanak-saudara.


3. Berat badan merosot (~5%) daripada asal dalam waktu yang singkat atau kurang selera makan.

4. Corak tidur berubah, sama ada kurang tidur (insomnia) atau terlebih tidur (hypersomnia).

5. Perubahan dalam melakukan aktiviti seharian, sama ada terlebih aktif atau kurang aktif.

6. Selalu letih dan kurang tenaga dalam melakukan aktiviti harian.

7. Perasaan bersalah yang tidak setimpal dengan sesuatu kesalahan perbuatan atau merasakan diri tidak berguna.

8. Tidak mampu memberikan konsentrasi atau berfikir secara rasional. Pesakit juga merasakan susah untuk membuat keputusan dalam kehidupan hariannya.

9. Berfikir tentang keinginan untuk mati atau bunuh diri dengan kerap, atau mempunyai pelan masa hadapan untuk membunuh diri.


Image result for depression
Sumber: Google

JENIS-JENIS DEPRESI

Depresi ini biasanya ada beberapa  jenis (sumber rujukan:https://hellosehat.com/pusat-kesehatan/penyakit-mental/apa-itu-depresi/)


Major depression (clinical depression): Depresi berat membawa gejala depresi yang konsisten. Gejala yang menyerang boleh berada di tahap parah ataupun ringan, dan biasanya berlarutan selama enam bulan. Depresi berat merupakan keadaan yang berulang. 
Dysthymia: Dysthmia menunjukkan gejala depresi ringan yang cenderung bertahan lama (sekurang-kurangnya dua tahun). Dysthymia membuatkan hati tidak tenang. Ini boleh menyebabkan kita sentiasa merasa rendah diri dan tidak berguna. Gejala depresi ini tidak boleh dianggap remeh kerana akan menggangu kita menikmati hidup.
Persistent depressive disorder: Jenis depresi ini akan bertahan selama dua tahun dan gejalanya hampir sama dengan major depression. Kita mungkin memiliki gejala ringan atau depresi terjadi dalam tempoh yang lebih singkat.
Psychotic depression: Depresi ini adalah kombinasi dari depresi dan psikotik. Selain perasaan down semasa sedang mengalami depresi, orang dengan psychotic depression mungkin hilang kewarasan dalam membezakan realiti dan tidak melalui perkara yang orang lain tidak dapat lihat atau dengar.  

Postpartum depression: Depresi ini biasa terjadi pada ibu yang baru melahirkan. Postpartum depression jauh lebih serius daripada baby blues. Sebanyak 70-80% ibu baru terserang baby blues, sementara hanya 10-15% ibu yang menderita postpartum depression. Gejalanya lebih menekan dan akan memakan masa yang lama. Bahasa biasa yang digunakan ialah meroyan.
Bipolar disorder (manic depression)Seseorang yang mengalami depresi jenis ini akan mengalami depresi yang bergantian dengan manic depression. Putaran ini dapat menyebabkan perilaku impulsif, hiperaktif, dan percakapan pantas. Bipolar juga mempunyai tahap tertentu.
Seasonal affective disorder (SAD)Jenis depresi ini sering terjadi pada musim gugur atau musim sejuk atau ketika hari menjadi lebih pendek dan akan berlarutan sehingga cuaca cerah di musim semi/awal musim panas. Beberapa orang mungkin mengalami SAD untuk waktu yang singkat di musim panas. 
Image result for depression
Sumber: NGO Plus

Bagaimana dapat kita detect kita atau orang disekeliling ada depresi? Lakukan Ujian Saringan DASS. Boleh ikuti perkongsian sebelum ini di sini. Dan menurut Kementerian Kesihatan Malaysia Semua klinik kesihatan di seluruh Malaysia menyediakan perkhidmatan saringan untuk kesihatan mental dan penyakit mental menggunakan soal-selidik tertentu. Mana-mana individu yang berhasrat melakukan penilaian kesihatan mental boleh berbuat demikian. Pengesanan awal adalah perlu. Boleh juga merujuk Malaysian Mental Health Association(MMHA) atau Malaysian Psychiatric Association (MPA) untuk maklumat lanjut.

Perhatikanlah ahli keluarga dan teman-teman kita, bantu mereka. Pengidap depresi memerlukan sokongan moral.

Wednesday, 7 November 2018

Minuman Berklorofil

Klorofil ialah warna hijau yang terdapat pada daun. Apa fungsi klorofil? Pada tumbuhan, klorofil berfungsi untuk menyerap tenaga dari matahari bagi membolehkannnya hidup segar dan membesar. Fungsi klorofil ini sama dengan fungsi darah kepada manusia. Darah yang sihat akan membuatkan tubuh badan kita sihat dan segar.

Secara umum, terdapat banyak khasiat klorofil kepada tubuh badan manusia seperti dapat menyembuhkan luka dengan cepat, kaya dengan vitamin A, C, E, K dan beta karoten, mencegah anemia, mengurangkan rasa lapar, detoks dan sebagainya.

Image result for sayuran berdaun hijau
Cara biasa untuk kita perolehi klorofil ialah melalui pemakanan sayuran hijau. Tapi, sayuran hijau dalam bentuk pepejal perlu melalui proses penghadaman dahulu sebelum diserap ke dalam tubuh. Zat dari makanan adalah lebih mudah diserap sekiranya diambil dalam bentuk cecair. Ada ke klorofil dalam bentuk cecair? Ya, ada tau...meh aku nak kongsi kat sini.

Satu produk di pasaran dalam bentuk klorofil cecair ni namanya Surya Botanical Beverage Mix Lychee Chlorophyll.


Sebenarnya ada dua pilihan perisa iaitu laici atau peach. Aku pilih laici...


Cara pengambilan

Klorofil ni perlu dibancuh dengan air suam sebelum diminum. Yang istimewanya, klorofil ni tak rasa daun tau, tapi diletakkan perisa laici yang sedap. Jadi, kalau korang tak suka rasa sayur, jangan risau, takde rasa daun cuma warna masih kekal warna hijau. 25ml untuk setiap 125ml air suam (lebih kurang separuh mug biasa).


Baca label untuk penyediaan.
Siapa yang sesuai ambik klorofil ni?

Golongan berikut sesuai ambik klorofil ialah mereka yang nak cantik, eh ada ke orang yang tanak cantik? Pengambilan klorofil ni boleh menyelesaikan masalah kulit semulajadi, merawat masalah jerawat, dan mengurangkan masalah bau badan dan nafas. Best kan?

Kanak-kanak boleh ke ambik Surya Lychee Chlorophyll ni? Sebenarnya, minuman ni sesuai untuk kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas.

Klorofil brand ni boleh dibeli di Watson dan jugak butik Himalaya, nak beli online pun ada di Shoppee dan Lazada tau, senang. Sebotol bersaiz 500ml dengan harga RM45.90. Cubalah, tak rugi...

Nak tau cara pengambilan? Tonton video ringkas ni..



Untuk info lanjut produk boleh juga pegi sini

https://www.instagram.com/surya.malaysia/
                             atau
https://www.facebook.com/Surya.Malaysia/




Monday, 5 November 2018

Pentingnya Detox

Detox ialah proses membuang toksin dari badan. Dari mana badan kita dapat toksin? Toksin biasanya kita dapat dari apa yang kita makan, hidu dan sedut setiap hari. Udara yang kita sedut pun bawak toksik masuk ke dalam badan kita. 

Proses detox akan mengambil masa yang berbeza mengikut individu. Ini juga bergantung kepada kaedah detox yang digunakan. Detox biasanya dibuat melalui pembuangan air, peluh dan tinja dari badan. 

Sebenarnya detox boleh dibuat secara semulajadi dan selamat. Berikut ialah beberapa cara untuk detox:

1. Paling mudah ialah minum air kosong dengan banyak. Banyak tu sebanyak mana? Yang paling bagus minumlah 1 liter untuk setiap 20kg berat badan kita. Contohnya berat badan ialah 60kg, maka minumlah 3 liter air kosong sehari. Boleh jugak tambah chia seed dalam air bagi membuang lebihan lemak dalam badan.



2. Amalkan minum bancuhan air dengan psyllium husks. Psyllium husks ni adalah sejenis serat dari tumbuhan. Kalau dibancuh dalam air kosong, takde rasa. Boleh bancuh dalam jus buah atau susu. Psyllium husk yang berfungsi macam serat yang lain seperti oat boleh melawakskan pembuangan air besar. Amalkan ni pun boleh buang angin. Awas, jangan kentut di lapang-lapangan.. 😆 Psyllium husk ni boleh dibeli di supermarket yang jual makanan organik dan sesetengah farmasi. 

Psyllium husk




3. Minum air kosong yang diletakkan hirisan lemon. Untuk satu botol air 2 liter, letakkan maksimum pun dua hiris jerlah lemon. Sebab? Sebab kalau lama-lama, air tu akan jadik pahit kalau banyak sangat hirisan lemon. Nak lagi berkesan, biarkan air lemon tu dalam peti ais semalaman.

4. Makan banyak sayuran hijau
Sayuran hijau (berklorofil) memang banyak khasiat dan boleh menyahtoksin dalam tubuh badan kita. Ambiklah sayur banyak-banyak, kulit boleh jadik cantik dan badan pun sihat.

5. Senaman atau buat aktiviti fizikal yang mengeluarkan peluh. Berpeluh adalah bagus tapi jangan berpeluh dingin, takut kita sebenarnya berada dalam keadaan tak sihat. Aktiviti fizikal paling mudah, berjalan, berkebun dan mengemas kawasan kediaman. 

6. Minum teh setiap hari juga membantu membuang toksin. Lebih elok teh tanpa gula macam teh cina. Mungkin kalau tak biasa rasa sedikit pahit tapi lama-lama akan terbiasa.



7. Kurangkan gula dalam pengambilan harian juga satu cara detox mudah. Walaupun mungkin kita tak dapat berhenti terus ambik gula dalam sehari, tapi kita boleh kurangkan sedikit demi sedikit dan gantikan dengan raw cane sugar atau madu. 


Semua kaedah ni akan membuatkan kita kerap membuang air kecil dan air besar atau berpeluh lebih banyak dari biasa, tapi itu adalah petanda bahawa badan kita sedang membuang toksin.