Sunday, 9 December 2018

Night Safari di Zoo Taiping

Bandar Warisan Taiping terkenal dengan Taman Tasik Taiping yang indah dan juga Night Safari Zoo Taiping.

Dari percutian 3 hari 2 malam di Penang, kami turun ke Taiping. Masuk jer kawasan Taiping, terasa tenang. Tak banyak kenderaan dan bukan bandar yang besar. Booking hotel yang terletak dalam Taiping Mall. Dengan cuaca mendung, terasa sejuk jer Bandar Warisan ni.


Selepas check in, kami turun makan malam sebelum ke Night Safari yang terletak salam 2km jer dari hotel. Taiping Mall pun sunyi jer waktu petang, cuma terdengar persiapan event sempena sambutan Krismas jer agaknya di ruang utama lobi mall.

Tak serabut.. Bestnyaaa... Haha. Selepas makan, kami gerak ke zoo. Sampai kat sana, alhamdulillah parking masih banyak kosong. Bayaran masuk parking RM3. Night Safari akan dibuka jam 8 malam. Jadi, solat maghrib dululah.

Depan kaunter tiket ada replika haiwan bersaiz sebenar.. Tengok dalam gelap, agak menyeramkan. Ada replika badak sumbu Sumatera, harimau, seladang, buaya, dan orang utan. 



Dekat situ juga ada kedai menjual cenderamata. Tempat makan ada jugak tapi dah tutup malam, yang bukak cuma Marry Brown, oklah kan.. Surau dan tandas ada disediakan jugak kat situ.

Tiket Night Safari berharga RM20 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak 12 tahun dan ke bawah. Mini train boleh naik free. Yelah, naik tren senang sikit, dahler malam kan, first time pulak tu pegi, taktau selok belok zoo tu lagi.

Adalah beberapa keluarga yang sama-sama menunggu kaunter tiket bukak. Lepas bukak, dah beli tiket, masuk dan semua menuju ke tempat tren.




Dalam 10 minit menunggu kami mula naik tren. Ada dua tren malam tu.

Ni serba sedikit haiwan yang nampak malam tu.

Malam kelam..driver akan bagitau nak tengok sebelah kiri atau kanan dan bagitau haiwan apa yang akan kita nampak. Driver gunakan lampu suluh. Antara haiwan malam yang paling banyak ialah pelbagai jenis rusa, harimau kumbang, badak air, badak sumbu, tapir, zebra, zirafah dan gajah. 

Jarak perjalanan ialah 2.5km. Masa perjalanan dengan tren lebih kurang setengah jam. Bila sampai destinasi akhir, semua diminta turun dan boleh sambung jalan kaki berpatah balik untuk tengok haiwan sampai jam 12 tgh malam atau jalan jer depan sikit dah sampai pintu keluar. Kami pilih keluar sebab tak berani pulak dalam gelap nak jalan.. Haha.. Lagipun dah penat, cukuplah tu.. Balik tido.. Zzzzz.... 

No comments:

Post a Comment