Agak lama tak bersiaran kat sini. Agak sibuk dengan itu ini. Sedar-sedar dah masuk bulan Mac.
Kali ni aku nak berkongsi sikit pasal nak galakkan anak kecik bercakap. Ini adalah berdasarkan pengalaman aku semata-mata. Apa yang aku praktis dari anak pertama sampai anak ketiga.
Sebenarnya lahir-lahir jer, baby ni dah ada kehebatan untuk absorb apa yang ada di sekeliling dia. Hebat ciptaan Allah ni memang kita tak boleh sangkal.
Sebelum ada anak, rajin jugaklah aku membaca pasal membesarkan anak. Zaman tu carian online tak sehebat sekarang. So, option yang mudah ialah dengan membaca majalah atau buku berkaitan keibu bapaan.
Dalam salah satu artikel yang aku baca dan ingat sampai sekarang ialah kita jangan bercakap dengan baby menggunakan bahasa baby. Contoh cakap manja-manja pelat gitu. Hehe.. Memang kedengaran comel tapi efeknya bila anak dah terbiasa, dia mengikut so bila besar sikit pun cakap pelat.
Oklah, pasal nak galakkan anak bercakap, ada 3 steps atau perkara ni yang aku apply:
Talk, Listen & Upgrade.
Tataulah kot dah ada teori ni kat mana-mana tapi aku tak pernah search kot ada. Jom kupas apa itu Talk, Listen & Upgrade.
Talk
Bercakap sebanyak mungkin dengan anak. Pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Cakaplah pasal apa sahaja (yang elok-eloklah tau..) atau bukak topik yang anak suka. Untuk aku sendiri, salah satu masa yang sangat berkesan untuk berborak dengan anak ualah dalam kereta, dalam perjalanan pegi atau balik taska/sekolah. Banyak sesi one to one dibuat masa ni. Sebab kalau kat rumah macam-macam keje kita nak buat dan anak pun mungkin nak tengok tv dan sebagainya.
Listen
Dengar dan tumpu perhatian bila anak bercakap dengan kita. Kalau kita dengar dan tumpu perhatian dorang lebih terbuka untuk berkomunikasi dengan kita dan rasa dihargai. Kalau dia mengaku buat salah, dengar dahulu sampai habis apa yang dia nak adukan. Lepas tu bagitau dia kita hargai dia bagitau kita dan bercakap benar. Explain apa yang dia buat salah, cuba guide dia untuk memperbetulkan salah atau pesan jangan diulang dan jelaskan sebab atau kesan perbuatan tu.
Kalau kita terus marah, dorang akan tutup diri dorang dari mengaku apa-apa.
Upgrade
Naiktaraf vocabulary anak-anak ikut peringkat umur. Perkenalkan dengan perkataan- perkataan yang berbeza tapi ada maksud yang sama. Contohnya kalau kita selalu cakap "Pandainya adik... Yeay..!" cuba kita tukar kepada "Bijaknya adik.. Yeay..!"
Selaras dengan umur dan tahap kefahaman anak, kita juga boleh pelbagaikan topik. Adakalanya topik yang berat dan tidak difahami masa itu, tapi di masa hadapan dia ingat semula apa yang pernah disampaikan dan akan faham bila tiba masanya nanti.
Sesekali cuba cabar mereka dengan buat argument ringkas pasal satu-satu topik atau cuba suruh dia bagi idea untuk sesuatu perkara. Kadang-kadang idea budak-budak ni mengejutkan tau.
Yang penting juga, bila kita salah dalam bercakap contohnya salah info atau bercakap kasar dan ditegur anak, rendahkan sedikit ego kita dan say sorry.
Tips lain:
Jangan ejek anak kalau dia salah cakap atau pelat, bagi dorongan pada dorang.
Anak banyak tanya, layankan.. Itu tanda dorang berfikir dan cuba relate dengan pengetahuan dorang.
Kalau sesuai boleh cuba.. Tak sesuai tak apa...😘
It's article, there is A good news to all Samsung lovers there is new smart phone Samsung galaxy j8 in market. read all about it and its all specifications. samsung-galaxy-j8
ReplyDelete