Tuesday, 28 November 2017

Aku benci Puduraya!

Baca tajuk macam marah jer yer dak? Hari ini ada kerja di UTC Pudu, turun padang, melawat tapak. Years back, UTC Pudu ni namanya Puduraya, tak ingat sejak bila ditukar kepada UTC Pudu. Kalau ke sini naik lrt, berhenti kat stesen Plaza Rakyat. 

Zaman aku study di Universiti Utara Malaysia (UUM), Puduraya lah tempat aku naik turun bas. Dari matriks, tahun 1998 sampailah 2001, habis Degree. Boleh agaklah zaman bila tu kan?

Napa aku benci Puduraya? Sebab, aku akan naik bas kat Stesen Puduraya dan tinggalkan mak aku jauhhhhhh... Poyo ke? Haha.. Sekarang bolehlah rasa poyo. Tapi zaman tu.. Aku jadik muak giler bila setiap kali lalu area Puduraya. Semacam trauma pun ada.. Bau asap bas.. Platform kotor.. Busuk.. Toilet dan surau ya rabbi.. 

Di Puduraya, masa matriks dan first year degree aku akan naik bas ekspres direct dari Puduraya ke Sintok, vice versa. Biasanya ambik bas malam dan sampai sana jam 4am. Yang bestnya, bas ekspres akan masuk dalam UUM dan hantar ke Kolej. Kolej aku adalah kolej paling last sampai sebab bas jalan dalam kampus jalan sehala.

Kalau korang pun study kat UUM, aku dulu Kolej MAS. Biasanya memang aku sorang masa pegi balik. Bukan takde kawan, tapi aku sangat kerap balik, so kawan takleh catch up. Duit aku memang habis ke tiket dan phone mak jer. Dulu mana ada handphone. Dok bergayut kat public phone jerlah. 

Manja? Maybe, sebab aku rapat dengan mak, sebab aku tak pernah duduk asrama kecuali masa Kursus Kecemerlangan SPM dulu adalah dalam beberapa hari, itupun kat Sekolah Vokasional Kajang jer. Rumah parents kat cheras. Tu pun dah rindu giler nak balik wei. Dan untuk pengetahuan, dalam adik beradik aku seramai 8 orang, aku ngan adik aku nombor 4 tu jer jauh, aku kat Sintok, dia kat ITTHO, Johor.

Berbalik pada cerita Puduraya. Selain menyampah sebab kena naik bas kat situ, aku pernah kena pow (duit) dengan mak cik, dengan brader, yang sebenarnya memang buat kisah sedih kot. Masa tu aku innocent dan sebab sorang-sorang, risau gak tetiba kena hentak ke apa kan? Ulat tiket toksah cakaplah, tapi nasib baik aku jenis beli tiket awal, sebelum hari perjalanan. Kalau aku dari Sintok naik bas malam, akan sampai KL jam 3-4am, aku kena lah lepak dulu sampai ada bas biasa untuk bawak aku balik rumah. 

Sampai rumah memang aku membuta sepanjang harilah jawabnya. Sampaikan adik dok sembang rancak dengan aku, boleh aku bantai tido.. 

Masuk tahun kedua.. Aku bosan naik bas dan sampai awal pagi, rugi masa sebab tak sempat nak sembang sangat dengan adik-adik. So aku belajar naik bas lompat.

Aku naik bas HBR (bas ni femes wei zaman aku dulu)  dari Sintok ke Jitra atau Alor Setar, naik bas lain ke Butterworth dan naik bas dari Butterworth ke KL. Sepanjang naik bas lompat memang tak tido sebab each perjalanan tu cuma 2-3 jam. Kalau tido takut terlepas. Ulat tiket paling kiasu bagi aku ialah kat Butterworth, memang siap tarik tangan kita wei. Aku rentap jer balik. Jalan laju-laju. 

Perjalanan yang kalau naik bas ekspres antara 6-8 jam, bila naik bas lompat akan jadik 10-12 jam. Tapi aku suka sebab aku akan sampai waktu siang. Nanti sampai KL aku akan sempat singgah memana beli barang untuk adik-adik, setiap kali.. Aku pastikan without failed aku akan bawak sesuatu walaupun cuma gula-gula. Yelah.. Zaman tu bukan kaya, dapat loan jer. Memang tak mintak dah kat abah yang sejak aku matriks abah dah resign.

Bila balik siang biasanya aku tak kabor ke mak sebab buat surprise. Dan biasanya surprise memang menjadik.. Haha

Pengalaman sepanjang perjalanan.. Aku pernah kena follow dengan orang.. Pernah dikacau dalam bas.. Takut? Takut jugak tapi demi nak balik rumah aku gagah jugak. 
Tak cerita dengan mak sebab tanak mak risaukan anak dara dia.

Bertahun lepas aku habis study mak bagitau, sepanjang aku belajar kat UUM, mak sentiasa risau especially bila aku dalam perjalanan. Pukul 3-4am pun abah takde nak ambik aku kat Puduraya. Aku cakap kat mak, "Takpelah mak, ok jer. Alhamdulillah selamat..." Mujur aku tak citer kisah-kisah seram tu kat mak kan? Sorry mak sebab buat mak risau... 😥 Dan bila diingat-ingat balik, gagah jugak aku, register degree dengan angkut baldi, gayung, beg besar giler pun sendiri jer. 

Puduraya sekarang (UTC Pudu) dah berubah rupa. Jap aku nak mengimabs kenangan kat sini yer...




Wah, dah bersih.. Cantik dan kemas. Ok,  aku tak benci dah Puduraya... Hehe

7 comments:

  1. IQ tak pernah naik bas dari Pudu, tapi pernah berurusan di UTC Pudu ni, ok la...mudah, dan cepat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah.. Bila dah jadik Pudu Sentral yang ada UTC ni nampak ok dah.. Hehe

      Delete
  2. Tak pernah naik bas kat Pudu. Kat Hentian Putra je laa sebab pantai timur kan. Hahahahaa.. Kenangan mahal tu!

    ReplyDelete
  3. Kenangan banyak di Pudu ni, masa nak balik raya memang kecoh amat lah dengan ulat tiket bagai

    ReplyDelete