Masuk bulan Disember, kemeriahan bagi yang menyambut Krismas memang terasa dengan dekorasi dan iklan di mana-mana sahaja.
Selain tu, memandangkan semasa Krismas, budaya yang diamalkan ialah memberi hadiah, maka banyak pilihan hadiah yang kita pun boleh tumpang beli. Sapa yang menyambut hari lahir, kawin, ulangtahun perkahwinan, untunglah time ni. Hadiah time sekarang biasanya sangat menarik dengan potongan harga atau datang dengan free gift. Waktu-waktu macam ni jugak sesuai kalau nak cari barang hantaran bagi yang nak kahwin.
Biasanya bila dah hujung tahun, hadiah disediakan dalam bentuk set dengan pembungkusan yang menarik. Biasanya aku memang menunggu waktu-waktu macam ni untuk beli coklat dan biskut yang biasanya dijual tanpa bekas tapi bila time ni ada dalam bekas-bekas yang cantik dan terhad. Selain dari tu, ada jugak yang datang dengan free gift yang dapat masa ni jer, pun terhad jugak.
Tempat-tempat yang biasa dituju untuk aku dapatkan koleksi menarik ni termasuklah Cold Storage dengan Jaya Grocer. Lokasi shopping mall yang meriah dengan jualan kalau di KL paling suka KLCC dengan Sogo.
Semalam ke Jaya Grocer DPulze Cyberjaya dan beli Pocky Sticks dalam tin, RM 10 untuk setiap tin, dalam tu ada 4 kotak pocky sticks. Ada 4 design tin dengan 4 perisa berbeza, coklat, strawberi, cookies and cream dan green tea. Kalau ikutkan ada satu lagi, banana tapi takde jual kat cawangan situ.
Selain tu, beli M&M comel ni, sejak tahun lepas dah ada M&M bentuk ornament tin ni tapi tahun ni ada tambahan warna tin, iaitu biru. So, beli biru. Warna lain, kuning, hijau dan merah. Satu tin berharga RM 8.90.
Kit Kat dalam tin ni jugak limited edition berharga RM 15.79. Dalam tu ada macam-macam perisa kit kat.
Tin-tin ni boleh simpan barang atau dibuat hiasan. Comel kan..
Harga murah siap dpt dlm bentuk tin...geramnya tengok semua koleksi tu mel...ya betul boleh simpan mcm2 dlm tu...dh lama x pi dpulze putrajaya situ best sbb ada molly fantasy besar hehehe
ReplyDeletecomelnya tin-tin coklat tu..
ReplyDeleteSuami pengumpul box-box comel ni juga
ReplyDelete