Wednesday 25 December 2019

Buat Spek lagi di Eye Pro Vision Sungei Wang

Anak-anak yang dua orang memang pakai spek. Si Namee tukang patahkan, haritu dia patahkan abang punya, ni kakak punya pulak. Adoi si Namee...

Kebetulan jugak harini ke Low Yat sebab asben nak beli barang opis dia, so kita ambik peluang ke Sungei Wang buat spek kakak. Dulu pernah buat spek kimi kat sini jugak.

Harga? Masih kekal murah wei...tadi orang ramai masa nak buat spek kakak. Pilihan frame banyak..so kakak dapat lah pilih yang dia berkenan. Dah cek power apa semua decide ambik Alpha 420 Lense sebab memang kakak ada silau. So harga RM65 (frame + lense) + RM60 untuk lense alpha. Total RM125 jer wei...kualiti memang ok...

Beza Alpha ni dengan multicoated lain...cahaya tu memang tak tembus masuk..so tak ganggu penglihatan mata masa pakai spek. Huhu... bestnya.. mama nak jugak buat spek baru tapi tadi tak sempat nak buat sebab macam2 hal lah bila berjalan reramai ni kan? 

Oh...lokasi kedai Eye Pro Vision makin mudah nak carik, kat G111 depan  escalator, sebelah kedai Beryl’s. 

Sempat jumpa big boss William Chai..as usual, friendly and very helpful boss...takde sombong punya. Thanks William.
                                               


Bersama big boss William.






Wednesday 18 December 2019

Anak-anak Bersunat

Sempena cuti sekolah tahun ni memang dah plan untuk sunatkan anak kedua, Kimi, tahun ni dah 10 tahun. Bila sebut-sebut nak sunat, si adiknya Namee nak sunat sekali. Mula-mula was-was jugak nak sunatkan ke tak. Tapi bila bincang ngan asben, buat jerlah dorang dua-dua, sekali harung.

Buat appointment kat Klinik myNur Bandar Baru Bangi 13 Disember 2019 (Jumaat petang). Harga RM195/seorang. Booking via phone jer, 03- Namee excitedly asik cakap Adik nak sunat dulu sebelum abang, maksudnya dia cop giliran dulu. Abangnya, seminggu sebelum dah nervous. Kaedah sunat kat situ guna laser dan jahit sikit.

Hari kejadian, sampai awal dari waktu appointment, appointment jam 5.30pm, kami sampai sebelum jam 5pm. Tunggu giliran tak lama lepas daftar.

Budak-budak dah tukar pakai kain pelikat. Actually mama pun debar...harap semua oklah.






Bila sampai giliran, masuk bertiga dengan asben dan namee, tapi Doktor bagitau sorang jer boleh temankan. Namee request mama temankan. Tapi bila baring dia start takut, Doktor explain prosedur yang akan dibuat. Firstly akan bius, sunat dan jahit.

Dari start bius sampai selesai Namee meraung-raung..adoi. Dekat tangan pegang handphone tapi dia tak fokus pun. Aku pegang tangan dan peluk bahagian kepala dia sambal selawat dan doa. Sambil dalam hati berkata-kata..habis ni kalau abang Kimi dengar mesti dia takut. Namee punya meraung adoiiii...bergegar. Sampaikan Nurse yang tolong Doktor tu marah...Huhu...Tapi bila dah setel Doktor kata nangis takpe, jangan meronta sebab nanti susah nak buat prosedur.

Prosedur selesai tak sampai setengah jam, pastu tukar pulak Kimi masuk, dua-dua nak mama yang temankan, so terpaksa tinggal Namee ngan babahnya kat luar. Kimi pulak memang dah start nangis dari luar sebab dengar adiknya meraung… Ah sudah! Risau dia back off...tapi bila tanya dia, dia kata dia memang nak sunat cuma dia takut, so slowly bawak dia menuju ke bilik doktor yang beberapa langkah jer tapi disebabkan banyak pit stop, lambatnya seperti menghengsot...hehe..

Dah sampai depan pintu..Jap..jap katanya sambal gosok air mata...Doktor dari duduk, berdiri sampai tersandar kat dinding tunggu Kimi. Doktor kata badan besar, kena cek dulu boleh tak buat kaedah ni. Kalau anu termasuk ke tak boleh buat, kena guna kaedah full bius. Fuh, mau ribu riban tu...Bila Doktor check, mujur boleh buat.

Nak suruh baring pun aduhai...memang ambik masa..

Dah baring, bila bukak youtube,  baru terpikir pasang ayat quran, aiseh, napa lah tak terpikir masa namee tadi kan? So memula pasang surah Al Baqarah, dia suh tukar, aku pilih Surah Rahman...Alhamdulillah dia tak meronta. Banyak kali pesan jangan meronta sebab kalau dia meronta memang tak larat wei. Dia menjerit sekali jer masa bius, yep definitely sakit kan kena inject...Sambil pasang youtube, doa dan selawat kat telinga dia. Dia berbaring atas lengan...Untuk kimi, masa lebih lama sket berbanding dengan Namee tadi. 

Masa Kimi teragak-agak nak masuk tadi Doktor cakap, kalau lambat nanti, bius adik hilang, sakit tu...So masa tengah jahit, Kimi alert jer dengar suara nangis dia kata Namee nangis, Sorry sebab salah abang lambat. Syahdu plak mama rasa, dia pikirkan adik.

Kimi nangis tapi tak meraung-raung macam Namee lah, Alhamdulillah....Selesai tu terus keluar dan pegang tangan dedua. Namee memang non stop nangis. Sakit katanya...Sementara tunggu babah ambik ubat dan bayar, dah keluar dulu dengan dorang. 

Singgah dulu kedai beli air nak bagi makan ubat.

Aku ambik cuti dua hari nak jaga dorang. Malam lepas sunat tu merengek dua-dua. Tido depan tv jer kat ruang tamu. The next day, Alhamdulillah much better. Namee lebih berani dari abangnya, dia start gi toilet dulu...buang air...abang takut nak makan minum sebab takut nak gi toilet.

Lepas membuang, mama ler tolong cucikan...

Masuk hari ketiga, Namee bukan main lincah..aku yang ngilu tengok...haish..Budak ni. Harini follow up kat klinik, kalau ok, tak perlu ubat tambahan, kalau tak ok maybe perlu ubat. Lepas daftar, dapat Sijil Khatan dengan calendar...hehe..wah ada gift.

Pegi tadi, bagi Kimi masuk dulu, Namee excitedly masuk sekali tapi bila abang dah baring, Namee start nervous, cepat-cepat aku bawak dia keluar, tunggu kat luar. Rasanya Doktor cuci luka sunat Kimi, dia menjerit sekali, adik dah start merengek..Risau nanti ni dia tanak masuk bilik Doktor..Masuk dia tanak baring, so aku angkat bagi dia duduk jer, Doktor cek dan kata tak perlu cuci sebab kesan jahitan dia lebih simple dari si Abang punya. 

Selesai, balik...tak perlu ubat. Harap cepat sembuh dua-dua...AMINNN...

Kota Singa Day 3

Catatan (Throwback) 26 November 2019


Catatan sebelum ni:
Day 1
Day 2

Plan asal hari ketiga nak jenjalan kat shopping mall tapi dapat plak tourist guide yang tak biasa..sudahnya kami target balik ke JB sebelum time orang balik keje sedangkan asalnya nak balik malam.

Pagi-pagi dah setelkan dulu souvenirs nak bawak balik kat Bugis dengan Arab St.









 Grafiti menarik di Bugis dan Arab St. Arkitektur bangunan pun menarik.






Masjid Sultan

Lunch repeat Dim Sum Place yang superb food nya.





Sempat jengah HSBC Rain Vortex sekejap kat Changi Jewel Airport. Sampai sana aku pun tak pasti belah mana airportnya, memang macam shopping mall mewah sesaja..so nice tapi tak sempat nak jenjalan.







Bye Singapore...till next time..

Tuesday 17 December 2019

Big Bad Wolf 2019

Tahun ni Big Bad Wolf (acara wajib tahunan dengan anak-anak) berlangsung dari 6 Disember - 16 Disember 2019 (24 jam tanpa henti). Lokasi masih seperti tahun sebelum, di Mines Seri Kembangan.

Tahun ni sangat best bila kawan yang dah pegi bagitau sangat banyak buku baru. Yeay! 7 Disember dapat pegi, kali ni dengan asben sekali sebab nak celebrate birthday dia kat Putrajaya.




Majalah KPOP pun dah ada tahun ni.













































Hasil rembatan tahun ni.