Monday 16 July 2018

Memang tak buat kerja yer Pegawai Zakat Selangor ni

Aku terbaca satu status kat FB Lembaga Zakat Selangor pasal orang kata Pejabat Zakat Selangor makan gaji buta...tak buat keje...Fuh...teruk nampaknya kena kecam orang Zakat.
Sumber: FB LZS

Aku ni idaklah tau serba serbi pasal Zakat Selangor ni tapiiiiiii.....aku ada pengalaman sendiri bila aku berurusan dengan zakat Selangor. Nak tau tak yang sebenarnya dorang ni, siang malam bertungkus lumus nak kumpul info pasal orang susah? LZS ni ada kerjasama dengan masjid, kariah masjid dan jugak NGO di semua kawasan di bawah negeri Darul Ehsan ni. Dan jugak kalau nak tau, LZS jugak selalu salurkan maklumat melalui media massa dan sosial media dengan harapan maklumat mereka sampai pada semua orang dan sama-sama dapat bantu orang susah ni agar dapat "ditemui" oleh LZS.

Cer baca kat posting aku sebelum ni kat sini pasal Kisah Viral, Tabayyun & Agihan Zakat. Tapi kan sebenarnya dah jadik habit kita kot, apa-apa terus nak tuduh, terus nak jatuhkan hukuman orang tu tak buat keje, orang ni tak buat keje, yang rajin kita aja yer dak. Apatah lagi jika disokong pulak media massa arus perdana dengan ayat-ayat sarkastik macam "Di mana pihak berwajib? Tidur? Atau nak tunggu rakyat mati kelaparan baru nak ambik tindakan?" huhu...dalam keadaan tertentu, maybe sesuai guna ayat tu, tapi apa yang aku nak share arini di sini memang fokus pada LZS sahaja.

Aku mula "kenal" LZS sejak setahun lebih yang lalu, persepsi dan tanggapan aku jugak berubah dari sebelum ni yang aku bayangkan prosedur zakat ni susah, bla..bla..bla...bila dah kenal, bila aku mula "membaca" dan mencari apa yang LZS dah buat dan terus buat, aku jadik malu alah sendiri. Tahukah anda, seperti kita bekerja, LZS juga ada prosedur tertentu untuk memohon atau memberi zakat? Tahukah anda bahawa pemohon zakat perlu ditemubual dan dilawat terlebih dahulu? Sesi lawatan pegawai Zakat mengambil masa untuk memenuhi semua permohonan. Sehari dua takkan habis sesi lawatan dorang ni, sehari tu bukan satu dua tempat mereka jengah? Kenapa kena ada lawatan? Hmmm, tahukah kita bahawa dalam banyak-banyak orang baik akan adanya orang-orang jahat, akan ada orang yang suka ambik jalan mudah dan ambik kesempatan untuk dapatkan bantuan?

Dah habis lawatan, kena balik opis, buat paperwork dan setelkan keperluan berkaitan, dapatkan kelulusan..dan lain-lain. Bila dah lulus, mereka juga kena berhubung semula dengan penerima zakat yang layak dan uruskan serahan wang zakat tu pulak.

Apa yang LZS cari ialah mereka yang benar-benar memerlukan. Ada kes ni, maklumat disalurkan pada aku berkenaan ibu tunggal yang ditinggalkan bekas suami tanpa nafkah buat anak-anak, aku berhubung dengan pihak LZS, tak sampai berapa hari, setel permohonan. Tapi apa yang perlu diingat ialah permohonan tu kenalah lengkap kan? Kalau tak lengkap macammana nak proses untuk tindakan, kalau pemohon tidak tahu, pejabat zakat sentiasa bersedia untuk membantu, jangan bimbang. Kadang tu, serahan pun mereka sendiri turun bagi pada penerima.



Sumber: FB LZS

Dan...satu lagi benda penting nak kena paham, LZS bukannya ada sejenis zakat jer nak kena handle tau, yang ni cumalah secebis kisah dari kes zakat asnaf, belum lagi zakat-zakat lain. Fuh, nak tau lanjut korang layarilah sendiri www.zakatselangor.com.my, untuk info-info terkini pulak boleh jengah FB dorang kat https://www,facebook.com/lembagazakatselangor

Jangan malas-malas tau untuk carik info. Kita pun, kalau tau ada orang susah, bantu mereka untuk daftar sebagai pemohon atau kita buat laporan kat Pejabat Zakat berhampiran atau online jer di http://www.zakatselangor.com.my/lapor-asnaf/.

Semoga Pegawai di LZS terus tabah dan menjalankan amanah sebaiknya di sebalik kecaman sebab takpe, masih ada yang paham, macam aku dan kawan-kawan...Kalau ikut mereka ni buat lawatan, rasanya kes-kes masuk rancangan tv tu pun takleh lawan, lagi sedih...sebab tengok sendiri...Hati dorang ni kira terpaksa kental menengok kesengsaraan orang lain dengan hasrat dapat membantu salurkan zakat.

Saturday 14 July 2018

Di sebalik ZY Phyto


Biasa dengar pasal produk OEM? OEM ni nama panjangnya “original equipment manufacturer" yang bermaksud sesuatu produk dikilangkan oleh seseorang untuk orang lain di bawah jenama orang tersebut. Produk OEM ni ada yang bagus ke? Aku selalu skeptikal pasal produk OEM sebab pernah dengar isu produk timbang kilo yang merosakkan kulit atau wajah pembeli. Eii..Ngeri... Tapi, pernah dengar tak pasal ZY Phytho? ZY Phytho Holdings secara asasnya menjalankan aktiviti perniagaan sebagai pembekal bahan mentah kepada peneraju industri produk kecantikan dan kosmetik. 

Pada mulanya aku dapat tau pasal ZY Phyto dari seorang rakan blogger KBBA, Shehan. Kat blog Shehan, linknya kat sini https://goo.gl/ZV9Paj ada share pasal produk OEM ni. Dan yang lagi best, Shehan join pengembaraan ZY Phyto ke Kashmir. Menarik betul sampaikan aku pun rasa nak tau lanjut pasal syarikat ni.


ZY Phyto telah ditubuhkan pada tahun 2007. Dengan tagline syarikat KING OF OEM - ONE STOP BUSINESS CENTRE, ZY Phytho telah membuktikan bahawa perniagaan pengilangan produk kecantikan dan komestik bukan sesuatu yang mudah dan bukanlah dibuat tanpa menekankan kualiti produk. 

ZY Phyto merupakan sebuah syarikat sepenuhnya milik Bumiputera. Syarikat ini menyediakan bimbingan kepada para usahawan yang ingin mempunyai produk kecantikan dengan jenama sendiri. Terdapat 9 syarikat naungan ZY Phyto Group of Companies yang terdiri daripada ZY Phyto Tech Industries Sdn. Bhd, ZY Phyto Cosmetic Sdn Bhd, ZY Phyto Herbal Science Sdn Bhd, ZY Academy Sdn Bhd, ZY Printpack Sdn Bhd, ZY Phyto Marketing Sdn Bhd, ZY Phyto East Coast Sdn Bhd, Yayasan Qaseh ZY Phyto dan Emily's Cattery.

Semasa awal beroperasi pada tahun 2007, syarikat ini bermodal kapital sebanyak RM3000 dengan operasi sangat minimum menggunakan kaedah manual. Dalam tempoh 10 tahun menjalankan perniagaan, ZY Phyto telah memperolehi aset bernilai sehingga melebihi RM30 juta.

Peneraju Syarikat
ZY Phyto dterajui oleh En. Zaidi Yusoff selaku CEO syarikat. Melalui minat yang mendalam dalam bidang perniagaan, En. Zaidi Yusoff memulakan perniagaan herba kecantikan. Di bawah pimpinan strategik beliau, ZY Phyto kini semakin berkembang maju dengan anak-anak syarikat yang menyediakan pelbagai cabang perniagaan iaitu ZY Phyto Cosmetic Science, ZY Phyto Herbal Science, ZY Phyto Academy, Saudagar Herba, Boss Ventures dan Malaya Wellness.

Puan Sharifah Ameelia Akma Mohd Ramly pula telah dilantik sebagai Pengarah Eksekutif ZY Phyto Tech Industries Sdn Bhd sejak tahun 2007. Pn. Sharifah sangat optimis dan percaya terhadap keupayaan syarikat untuk menjadi pengilang yang terkenal.
CEO dan Pengarah Eksekutif ZY Phyto. 
(Kredit gambar: Sinar Harian) 

Latarbelakang Syarikat
Berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang pengilangan, ZY Phyto telah membangun sebagai sebuah syarikat pengilangan yang dipercayai oleh ramai usahawan. 

Syarikat ini mempunyai mesin yang canggih dan menepati standard Good Manufacturing Product (GMP) dalam semua proses penghasilan daripada peringkat formulasi, penyelidikan dan pembangunan, rekabentuk, pengeluaran, pembungkusan, sehinggalah kepada penghantaran. Mesin yang digunakan juga mampu menghasilkan produk dalam kuantiti yang besar. ZY Phyton diperkukuh dengan penyelidikan saintifik yang dijalankan secara usahama dengan universiti tempatan seperti UTM, UKM dan USM.

Usahawan yang berminat untuk menjadi klien syarikat boleh datang secara walk-in ke Galeri Jualan atau membuat temujanji. Klien akan diberikan pilihan untuk memilih produk seperti makanan kesihatan, teh, kopi, kosmetik dan produk penjagaan kulit.

Berkenaan status halal, klien tak perlu risau kerana semua produk yang dikeluarkan memperolehi pensijilan halal daripada JAKIM. Produk OEM mereka ni bukanlah sebarang produk kan..tak perlu ragu dengan produk yang dihasilkan oleh ZY Phyto.

Untuk maklumat lanjut, boleh lawati laman web syarikat di www.zyphyto.com

  • Berita pasal ZY Phytho ni pun banyak disiarkan di akhbar macam Sinar Harian, Utusan Malaysia dan Kosmo.