Monday, 25 September 2017

Badan Lebih Segar dengan Jamu Asam Kunyit Madu

Jus asam kunyit madu (JAKM) ni khabarnya banyak khasiat terutamanya untuk kesihatan dalaman perempuan. Sebelum ni biasa jugak tengok orang jual tapi belum pernah cuba. Baru-baru ni berpeluang mencuba JAKM homemade, keluaran Forreen Secret. Yang specialnya, owner hantar sendiri kat kita tau...Delivery dan stok fresh. Puan Azrina dan suami hantar.

Selepas "berkenalan" dengan JAKM, baru tau rupa-rupanya JAKM ni bukan untuk orang perempuan sahaja tau, lelaki pun boleh minum jugak. Perempuan mengandung sahaja tak boleh minum.

Bahan yang digunakan dan persediaan dibuat secara tradisional. JAKM ni homemade dan tiada bahan pengawet. Aku memang suka kalau takde bahan pengawet. Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat JAKM ni ialah ibu kunyit, halia, asam jawa , temu kunci, madu, saffron, habbatussauda, gula melaka. Setiap ramuan ni mengandungi manfaat yg tersendiri.

Secara asasnya, ibu kunyit mampu menyembuhkan luka dalaman, mengempiskan perut, mencantikkan kulit, anti bakteria. Halia boleh mengeluarkan angin dari badan. Temu kunci untuk kesegaran badan dan menambahkan tenaga,menghilangkan kelesuan dan letih-letih badan. Saffron bagus utk penjagaan dan kecantikan kulit. Habbatussauda boleh menstabilkan gula dalam darah, dan meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Madu untuk tingkat daya ingatan, anti kanser, tingkatkan kesuburan suami isteri dan manisan pengganti gula. Gula melaka pula sebagai pemanis bersifat antioksidan juga mampu mencegah serangan asma.

Khasiat JAKM

Kalau nak disenaraikan khasiatnya, banyak tau. Cuba baca ni:
1) Membantu menurunkan berat badan;
2) Merawat masalah kulit;
3) Mencerahkan kulit secara alami;
4) Menaikkan aura seri wajah;
5) Merawat haid tidak teratur & darah kotor;
6) Menstabilkan kolesterol dalam darah;
7) Membuang Angin Dalam Badan;
8) Merawat ibu-ibu dalam pantang/lepas bersalin;
9) Melambatkan proses penuaan (awet muda);
10) Merawat luka jahitan lepas bersalin;
11) Merawat masalah rahim/peranakan;
12) Merawat masalah bau badan;
13) Mengatasi masalah keletihan;
14) Mengurangkan masalah gastrik;
15) Mengatasi migrain/kerap sakit kepala;
16) Menstabilkan gula dalam darah;
17) Meningkatkan kesuburan suami isteri;
18) Mencegah batuk/selsema/asma;
19) Melancarkan sistem pencernaan; dan
20) Menurunkan paras kolesterol.

Aku sendiri dah rasa kesannya selepas minum JAKM ni. Aku percaya setiap orang mungkin lain cara penerimaan dan cara tindak balas badan dengan apa yang diambil. macam aku sendiri, berdasarkan pengalaman, selepas botol kedua aku konsume, badan terasa segar, especially bila bangun pagi, tak rasa berat, badan rasa ringan jer. Bab membuang, sebelum ni memang takde masalah, tapi bila ambik JAKM ni, lagi lancar. Detox bagus ni tau, buang segala angin jahat dalam badan. Hehe. Batuk yang dah dekat sebulan pun dah hilang, Alhamdulillah.

Duduk di rumah hujung minggu buat-buat kerja rumah, sampai malam masih rasa cergas, penat tak delah macam sebelum ni, rasa macam dah tua sangat baru buat kerja setengah hari kena berehat.

Pasangan suami isteri yang mencuba untuk mendapatkan zuriat sangat baik amalkan ni. Dua-dua boleh minum.

Aturan Pengambilan JAKM

Sebotol JAKM ni 360 ml dan berharga RM12 di Semenanjung dan RM14 di Sabah/Sarawak tidak termasuk kos pos/penghantaran. Aturan minum, lebih kurang 60ml sekali minum, dua kali sehari, sekali pagi dan sekali malam. Jika diamalkan ikut aturan ni, sebotol boleh betahan lebih kurang 3 hari. Sebulan, 10 botol diperlukan. Goncang sebelum minum. Untuk memastikan kesegaran simpan dalam peti sejuk dan boleh bertahan selama 2-4 minggu. Rasanya? Sedap...masam manis dan sedikit pahit di hujung, pahit-pahit halia jer..Personally, aku suka rasa yang sejuk, so memang simpan dalam peti ais.

Soal Jawab JAKM

Ada beberapa soalan yang biasa ditanya pasal JAKM yang aku nak kongsi kat sini

Salah satu soalannya, kalau hari-hari minum kunyit bukan boleh keringkan darah?

Jawapannya: Kandungan ibu kunyit dalam JAKM tidak sebanyak jus kunyit yang orang lepas bersalin minum tu, jadi takkan kering darah, insyaAllah.

Soalan lain, Macamana kalau minum terlebih? Sebab sedap, jadik minum jer, gulp...gulp... :)

Jawapannya: Takpe, takkan ada kesan sampingan kalau terlebih. Badan kita pun akan buang yang mana berlebihan dengan syarat, organ dalaman kita berfungsi dengan baik untuk membuang lebihan.

Lagi satu soalan yang sering ditanya ialah JAKM boleh tak diminum semasa datang bulan?

Jawapannya: Boleh. Tapi kalau dilihat pendarahan terlalu banyak sebab JAKM ada fungsi merawat haid tak teratur dan darah kotor, maka boleh berhenti minum buat sementara waktu.



Untuk maklumat lanjut atau tempahan, boleh check it out di:

IG: https://www.instagram.com/i.am.anirza/
FB: https://www.facebook.com/azrina.samsudin
https://www.facebook.com/jusasamkunyitmadu/

Atau boleh jugak hubungi melalui telefon 010-818 1796.

21 comments:

  1. wahh, senang nak bawak ke mana2 ni . minum air yg sihat untuk kekal segar.

    ReplyDelete
  2. Nak try jugak .. semua minum asam jus kunyit ni haaa

    ReplyDelete
  3. Teringin nak rasa cek oiiiii. Dok tengok je orang lain minum ni. hahahah.

    ReplyDelete
  4. Sedap kan.... Tak sangka sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kak nina.. Tak sangka plak sedap.. Ingat pahit ke mcm ubat..

      Delete
  5. Suka dengan jakm ni! Angin keluar buat badan rasa ringan!

    ReplyDelete
  6. Mas nak cuba jugak minum masa berpantang nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesuai sangat kak mas. Dah bersalin jangan lupa bgtau kita yer.. Take care

      Delete
  7. Moha dah repeat order..terlajak sedap plus berkesan kat diri sdri.. bagi jiran2 rasa terus diorang pun order๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„

    ReplyDelete
  8. Moha dah repeat order..terlajak sedap plus berkesan kat diri sdri.. bagi jiran2 rasa terus diorang pun order๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„

    ReplyDelete
  9. Dok tengok kengkawan post pastu balik rumah pun tengok cousin minum rasa macam nak cuba.. tapi tekak ni masalah sikit dengan yg jenis cecair ni..

    ReplyDelete
  10. Rasa segar je badan lepas minum JAKM nie..

    ReplyDelete