Cuti Hari Malaysia kali ni diperuntukkan untuk masa bersama anak-anak dan jugak geng Kelab Blogger Ben Ashaari 9 (KBBA9). Kiranya harini Bloggers Day Out merangkap Family Day KBBA9 jugaklah.
Kali ni dekat aja, kat Seri Kembangan. Lokasi sebenar Farm In The City ni adalah di Jalan Prima Tropika Barat 1, Pusat Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor.
Beroperasi setiap hari kecuali hari Selasa, dari jam 9.30 pagi sampai 6.00 petang. Harga tiket?
Kalau pegi satu keluarga ada pakej yang disediakan. Bayaran masuk untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak ialah RM135 dengan siap makanan haiwan, dan souvenirs. Kalau tak beli pakej, makanan haiwan dijual dengan harga RM10 satu baldi.
Ramai geng blogger yang dapat join aktiviti kali ni. Meriah! Parking pagi tadi masa sampai (yang pertama sampai.. Hehe) dan waktu tu Farm In The City pun belum bukak.. Maka dapat parking betul-betul depan pintu masuk.
Kenapa best pegi tempat macam ni? Bestlah sebab boleh tengok, pegang dan bagi haiwan makan. Dah biasa duk bandar.. Tengok ayam pun budak-budak excited kan?
Sebelum masuk, kita group photo dulu. Dan disebabkan group kami ramai, maka kami dipecahkan kepada 2 groups, Group A dan Group B. Setiap group ada seorang guide. Best bila ada guide sebab pergerakan kita lebih teratur dan semestinya dapat info pasal haiwan-haiwan yang ada dalam tu.
Kalau nak listkan haiwan yang ada kat sini jenuh jugak tapi selain haiwan yang kita biasa tengok macam lembu, kambing, ayam itik, merpati, kura-kura dan kuda, ada jugak spesis haiwan yang rare ada kat sini macam walabi (kangroo kedua terkecik di dunia), caiman (buaya terkecil di dunia), ular sawa kuning, marmoset, penyu dinosaur dan jugak meerkat. Oh ya.. Lagi satu.. Yang famous kat sini.. Alpaca. Alpaca ni spesis haiwan macam unta, ramai orang terkeliru dengan llama. Llama tu yang suka ludah kat orang.. Alpaca ni tak meludah.
Penyu dinosaur
Caiman crocodile
Ular sawa
Walabi
Marmoset
Merak putih
Meerkat
Alpaca
Pony ride untuk kanak-kanak dengan ketinggian melebihi 90cm dan berat 40kg dan ke bawah boleh naik kuda padi dengan bayaran token RM7.
Kawasan dalam sini teduh sebab dipenuhi pokok, tapi masih lah berpeluh, dinasihatkan agar pakai pakaian yang longgar dan selesa dan jugak kasut yang sesuai. Lantai dalam kawasan tu waktu kami pegi basah, sebab hujan agaknya malam tadi.
Kids have soooo much fun and so do mama.. 😁
Selain bagi haiwan gemuk (bagi makan sampai depa tak larat nak makan), budak-budak boleh cuba tangkap ikan dalam longkang. Tapi jangan risau.. Longkang ni bersih.

no
Eksplorasi harini selesai jam 12 tengahari. Terima kasih Farm In The City.. Untuk korang yang tercari-cari tempat nak bawak anak di hujung minggu atau waktu cuti sekolah, boleh masukkan Farm In The City ni dalam list tempat nak pergi.
Layan gambar lagi...