Thursday 9 August 2018

Tapau Makan Tengahari Isnin sampai Jumaat di Putrajaya

Biasanya tengahari makan kat mana? Kalau korang kerja kat Putrajaya ni korang mesti biasa gi cafe kat pejabat kan? Tapi, macam aku, cepat bosan makanan kat opis ni. Haha, makanya aku mencari-cari option yang ada di sekitar. Opis aku di Presint 2. Untuk makluman korang, senang sangat sebenarnya nak carik pilihan makanan yang berbeza setiap hari. Meh aku listkan, tempat jualan (bukan cafe) yang ada setiap hari sepanjang minggu tapi tidak termasuk hujung minggu. Jualan yang dimaksudkan ni biasanya dikendalikan oleh Puspanita agensi kerajaan. Jualan ni bukan makanan jer ada, pakaian dan kelengkapan rumah pun ada. Ni listnya:

Isnin
1. Menara Usahawan Presint 2
Image result for menara usahawan

Image result for menara usahawan
Selasa
1. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Presint 2
2. Pasar Tani Mega Putrajaya (tapak parking depan MOF) Presint 2

Image result for jualan di dataran gemilang
Rabu
1. Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) Presint 2
2. Menara Usahawan Presint 2

Khamis
1. Kementerian Belia dan Sukan (KBS)/Kementerian Sumber Asli (NRE), Presint 4
2. Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Presint 5

Image result for pasar tani mega putrajaya 2018
Jumaat
1. Dataran Gemilang Presint 5
2. Pasar Tani Mega Putrajaya (tapak parking depan MOF) Presint 2
Image result for pasar tani mega putrajaya 2018

Kalau bosan makanan cafe opis bolehlah jengah tempat ni ikut harinya yer. Kalau minggu gaji lagi banyak tempat ada jualan tapi aku takde jadualnya...Selamat menapau.

Gambar-gambar sumber google sebab kalau tapau makan aku tak ingat nak snap gambar, laparrrr...

No comments:

Post a Comment