Showing posts with label perak. Show all posts
Showing posts with label perak. Show all posts

Thursday, 13 December 2018

Masjid Ubudiah Kuala Kangsar, Perak

Buat kali pertama aku menjejakkan kaki di Kuala Kangsar, Bandar Diraja Perak dua hari lepas. Banyak bangunan berwarna kuning yang menggambarkan simbolik warna diraja. Rekabentuk bangunan di Kuala Kangsar ni dan rumah asal negeri Perak menarik pandangan aku.


Dari Taiping, husband sengaja memilih untuk ke Kuala Kangsar ni sebab berniat nak solat di Masjid Ubudiah tulah. Dikhabarkan sebagai salah sebuah Masjid terindah di Malaysia, Masjid Ubudiah Kuala Kangsar memang terkenal. Tapi sayangnya aku tak dapat masuk sebab waktu tu waktu solat Jumaat. Hajat husband nak solat kat situ terlaksana juga. Tapi tak dapatlah aku tengok keindahan interior design masjid tu. Semoga ada kesempatan lain. 

Dengan cuaca yang cantik, kelihatan masjid yang berusia lebih 100 tahun (dibina pada tahun 1913) tu memang tersergam indah. Rekaan dibuat oleh seorang arkitek kerajaan pada zaman tu, Arthur Bennison Hubback. Arkitek yang sama yang membuat rekaan stesen keretapi Ipoh dan Kuala Lumpur. Masjid ini dibangunkan semasa zaman pemerintahan Sultan Perak ke28, Sultan Idris Murshidul Adzam Shah I Ibni Almarhum Raja Bendahara Alang Iskandar Teja.

Masjid Ubudiah ni terletak bersebelahan makam diraja Perak dan berhampiran dengan Galeri Sultan Azlan Shah (sayang sebab tak dapat masuk galeri, tutup awal pulak hari tu). Husband bagitau dalam kawasan masjid tu ada rumah 'adabi' sekali tapi dia terlupa nak snap gambar.. Rumah 'adabi' tu maksudnya rumah yang macam dalam iklan rempah adabi sajian zaman silam tu.. Alaaa.. Rugi kan asben tak ambik gambar.

Ni aja gambar masjid dan kawasan sekitar Kuala Kangsar yang dapat ambik. 




Beberapa kali mengelilingi bulatan kecik ni sebab mencari kedai makan mee udang yang berkesudahan gagal ditemui. 


Galeri Sultan Azlan Shah

Tak dapat mee udang, mujur ada laksa sarang dan laksa special (laksa dibungkus dalam telur) Pak Ngah ni. 





Monday, 10 December 2018

Muzium Perak di Taiping

Dari Penang kami turun ke Perak, menetap satu malam di Taiping, Bandar Warisan.  Di Taiping ada Zoo Taiping, Taman Tasik Taiping, Bukit Larut dan Muzium Perak.

Muzium Perak di Taiping ni merupakan muzium pertama di Malaysia. Dibina pada tahun 1883. Fuh.. Lama kan? Bangunan bercat putih dengan rekabentuk bangunan lama sangat cantik pada aku.

Bayaran masuk cuma RM2 untuk dewasa dan percuma untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun. Teruja nak bawak budak-budak pegi muzium.


Percutian kali ini pun lebih kepada eksplorasi benda-benda yang jarang dibuat. Sebelum ni dah pernah pegi taman tema atau water park. 





Jom jengah sikit apa ada kat dalam? Muzium ni ada dua tingkat. Masuk-masuk kita akan nampak rangka kepala seekor gajah, rupa-rupanya gajah tu ialah gajah pertama dilanggar oleh keretapi di Perak masa awal beroperasi. 

Tingkat bawah berhampiran pintu masuk menempatkan peralatan lama yang biasa digunakan di negeri Perak dan jugak peninggalan artifak yang ditemui di Perak, selain tu, tingkat bawah jugak menempatkan rangka haiwan macam gajah, harimau, ular sawa dan jugak buaya. Banyak haiwan yang diawet dipamerkan macam seladang, spesis ular, spesis burung, spesis rusa, spesis tupai dan tikus dan sebagainya. Seram tengok seladang dari dekat.. Hehe. Walaupun tau itu cuma yang dah diawet. Besar sungguh.. 






Di tingkat yang sama juga ada bahan pameran berkaitan pakaian tradisional negeri Perak dan budaya kaum Melayu, Cina dan India. 
Tingkat atas pulak mempamerkan barang tinggalan orang asli, macam topeng, peralatan harian seperti dapur, dan barang perhiasan diri. 




Untuk maklumat lanjut boleh ke http://www.jmm.gov.my/ms/muzium/muzium-perak

Sunday, 9 December 2018

Night Safari di Zoo Taiping

Bandar Warisan Taiping terkenal dengan Taman Tasik Taiping yang indah dan juga Night Safari Zoo Taiping.

Dari percutian 3 hari 2 malam di Penang, kami turun ke Taiping. Masuk jer kawasan Taiping, terasa tenang. Tak banyak kenderaan dan bukan bandar yang besar. Booking hotel yang terletak dalam Taiping Mall. Dengan cuaca mendung, terasa sejuk jer Bandar Warisan ni.


Selepas check in, kami turun makan malam sebelum ke Night Safari yang terletak salam 2km jer dari hotel. Taiping Mall pun sunyi jer waktu petang, cuma terdengar persiapan event sempena sambutan Krismas jer agaknya di ruang utama lobi mall.

Tak serabut.. Bestnyaaa... Haha. Selepas makan, kami gerak ke zoo. Sampai kat sana, alhamdulillah parking masih banyak kosong. Bayaran masuk parking RM3. Night Safari akan dibuka jam 8 malam. Jadi, solat maghrib dululah.

Depan kaunter tiket ada replika haiwan bersaiz sebenar.. Tengok dalam gelap, agak menyeramkan. Ada replika badak sumbu Sumatera, harimau, seladang, buaya, dan orang utan. 



Dekat situ juga ada kedai menjual cenderamata. Tempat makan ada jugak tapi dah tutup malam, yang bukak cuma Marry Brown, oklah kan.. Surau dan tandas ada disediakan jugak kat situ.

Tiket Night Safari berharga RM20 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak 12 tahun dan ke bawah. Mini train boleh naik free. Yelah, naik tren senang sikit, dahler malam kan, first time pulak tu pegi, taktau selok belok zoo tu lagi.

Adalah beberapa keluarga yang sama-sama menunggu kaunter tiket bukak. Lepas bukak, dah beli tiket, masuk dan semua menuju ke tempat tren.




Dalam 10 minit menunggu kami mula naik tren. Ada dua tren malam tu.

Ni serba sedikit haiwan yang nampak malam tu.

Malam kelam..driver akan bagitau nak tengok sebelah kiri atau kanan dan bagitau haiwan apa yang akan kita nampak. Driver gunakan lampu suluh. Antara haiwan malam yang paling banyak ialah pelbagai jenis rusa, harimau kumbang, badak air, badak sumbu, tapir, zebra, zirafah dan gajah. 

Jarak perjalanan ialah 2.5km. Masa perjalanan dengan tren lebih kurang setengah jam. Bila sampai destinasi akhir, semua diminta turun dan boleh sambung jalan kaki berpatah balik untuk tengok haiwan sampai jam 12 tgh malam atau jalan jer depan sikit dah sampai pintu keluar. Kami pilih keluar sebab tak berani pulak dalam gelap nak jalan.. Haha.. Lagipun dah penat, cukuplah tu.. Balik tido.. Zzzzz....