Tuesday 14 May 2019

Sebuah Kehilangan


Salam Ramadhan, 

Well, it’s been a while since my last posting kat sini. Apa jadik sepanjang aku senyap? Sebenarnya, ada perkara besar jadik dalam keluarga yang membuatkan aku terhenti seketika dari dunia blog. Aku tak pegi memana pun walaupun aku tau kalau aku takde, takde orang carik pun, kan? Hehe.
Apa jadik? Sejak akhir bulan Februari 2019 jiwa agak kacau, segalanya semakin merisaukan bila abah hilang pada minggu akhir Februari. Sampai buat report polislah dan viralkan kehilangan abah via soc med. Akhirnya abah dijumpai kat Hospital Kajang, mujur ada isteri pesakit katil sebelah abah dapat info abah hilang tu dan dia contact aku. Alhamdulillah, terima kasih atas bantuan semua masa tu. Kisah details aku taknak share, cukuplah bagitau ada jiran yang baik dah hantarkan abah ke hospital, mak ingat abah pegi masjid sebab masa tu azan Asar tapi sampai esoknya tak balik.
Masuk Mac, abah aku semakin tak sihat, dia terbaring jer kat rumah, nak pegi toilet pun susah. Mak pun cerita yang abah banyak benda yang dah tak ingat. Tapi sejak tu jugak mak dan abah selalu berbual macam-macam perkara. Gelak tawa lebih dari biasa…Tapi semakin menggusarkan anak-anak yang tengok condition abah. Semuanya trigger pasal adakah…Allahuakbar…macam-macam yang kami bincangkan pasal keadaan abah. Kurus abah, sangat jarang abah nak makan. Minum pun susah. Abah terbaring, dan macam-macam kata-kata dan perbuatan abah yang seolah-olah menunjukkan dia akan pergi tak lama lagi…

Masuk hujung Mac, kami nampak abah semakin lain. Sampailah 31 Mac 2019 (Ahad) abang aku cadangkan bawak abah ke hospital, abah setuju, abang panggil ambulans. Abah dibawak ke Hospital Kajang. Abang jaga abah kat wad setiap hari. Sehinggalah 5 April 2019 selepas azan Asar berkumandang, abah keputusan nafas. Perginya abah pada hari Jumaat, hujan turun selebat-lebatnya lepas abah meninggal. Moga rahmat buat arwah abah.


Lembik lutut bila masa tu aku sorang kat sebelah abah…Dari pagi abah dah tak sedar tapi aku ingat abah penat, abah tido. Kuat nafas abah, turun naik dada jugak kuat, setiap kali abah bernafas, dada berombak, tangan dan kaki abah pun gerak sama. Aku duduk tepi abah sambil tunggu mak datang semula untuk waktu lawatan sebelah petang (sebelah tengahari mak dah datang). Tak sempat mak nak datang semula.

Sambung nanti…kalau aku ada kekuatan

No comments:

Post a Comment