Saturday 25 May 2019

Menghilangkan kelesuan badan dengan e-Genki

Dalam kita berpuasa, memang sangat biasa untuk badan kita jadi sedikit lemah dan letih. Sejak minggu pertama puasa badan aku dah sakit-sakit dari tengkuk sampai belakang. Selain kerja kat rumah, kerja kat opis pun quite banyak walaupun bulan puasa. 

Bila dapat tau pasal satu rawatan yang dinamakan e-Genki aku memang teruja nak cuba, timing pun cantik, saat badan meraung calling for help kan?

e-Genki ni menggunakan teknik rawatan menggunakan aliran elektrik dan kombinasi akupuntur. Seram kan bunyinya, mula membayangkan elektrik dan jarum? Memula tu rasa macam, eh ok ke? Agak-agak sakit tak? Haha..maklumlah tak pernah lagi.

Aku pegi cawangan Setia Alam. Appoitment dibuat untuk sesi pertama yang bermula jam 11 pagi. E-Genki ni dalam bangunan Healthland Wellness Center Setia Alam. 



Satu badan diurut selama satu jam. Rupanya elektrik padding diletakkan pada belakang pinggang dan semasa urutan dibuat... Terasa elektrik tu di point2 tertentu badan yang bermasalah. Jangan risau, takde pun renjatan elektrik berlaku atau sebarang jarum digunakan. Hanya menggunakan tangan tukang urut. 



Selepas selesai urutan, belakang badan dilumur dengan lumpur hitam yang hangat. Sesi ni pun satu jam. Lumpur ni boleh buang toksik dalam badan. 



In total, rawatan ni ambik masa 2 jam.. Bestnya. Semasa urut memang ada certain tempat yang bermasalah akan rasa sakit.. Dan selepas urut, leganya rasa.. Macam nak mintak masa tambahan jer rasanya. Yang mengurut bukan calang-calang orang, khabarnya level master kat negara China yang terlatih sahaja akan dihantar ke E-Genki Malaysia. 

Kalau berminat boleh untuk mencuba boleh contact  cawangan E-Genki seperti di bawah. Boleh cuba dulu dalam 5-10 minit rawatan ni dan selepas tu boleh decide to proceed. 

👉Healthland Taman Desa
+6014 368 8595
👉Healthland Sri Petaling
+6014 368 8636
👉Healthland Setapak
+6014 368 8492
👉Healthland Desa Park City
+60 17-236 9928
👉Healthland Taman Segar
+6014 618 9698
👉Healthland Aman Suria
+60 16-931 6936
👉Healthland Setia Alam
+60 14-9148072

Orang yang tak boleh ambik rawatan ni ialah ibu mengandung dan orang yang baru operation. Selepas rawatan juga dinasihatkan jangan mandi atau duduk dalam bilik beraircond untuk tempoh masa dua jam. 




Untuk maklumat lanjut boleh lah pegi sini www.facebook.com/egenkimy dan juga boleh tengok video kat sini https://www.facebook.com/watch/?v=391824868075234

Ok, kat sini aku jugak nak bagi baucer RM100 pada 10 orang yang nak, boleh komen NAK VOUCHER e-GENKI kat bawah atau emel ke crystalroses33@gmail.com. Cepat tau! 

Terima kasih e-Genki kerana menghilangkan kelesuan badan aku.. 




2 comments: