Malam ada Gala Dinner tu aku sampai rumah pukul 12 lebih. Yelah.. Dah AJK Keceriaan merangkap Kebersihan.. Maka kemas dewan dulu.. Mujur ramai yang membantu. Ok.. Boleh move on dari kisah dinner.. Skang nak citer pasal program gotong royong anjuran AEON kat sekolah anak.
Sabtu 9 Mac ada gotong royong kat sekolah anak no. 2, dalam surat sekolah expected 400-500 orang datang yang mana murid-murid darjah 4 dengan 5 almost wajib datanglah. Anak aku darjah 4, walaupun letih giler tapi takpelah, sesekali. Aktiviti gotong royong start kul 8.30 tapi kami lambat sket sebab singgah kedai beli plasyik sampah dengan sarung tangan.
Namee si kecik excited dan belajar new word, gotong royong.. Asik sebut perkataan tu jer.. Hehe.. Dan lagi dia excited nak pakai sarung tangan. Sampai sekolah dah pukul 9 lebih. Orang dah ada yang dah sampai dulu ada yang menanam pokok.. Menyapu.. Mengutip sampah.. Rupanya sarung tangan dengan plastik sampah penganjur provide.. Takpelah.. Since dah bawak sendiri.. Guna jer yang sendiri. Oh yer.. Bag dengan makanan dan minuman pagi pun diberi sorang satu.
Cuaca memang panas... Pukul 10 lebih diorang dah panggil untuk stop dan berkumpul kat kawasan perhimpunan bawah bumbung.. Fuh.. Baru sekejap memang basah keti.. Haha..
Ada sesi fotografi untuk semua..
Selesai bergambar, ambik packed lunch and zasss... Kami balik rumah.. Rasa nak tido sangat... Sudahnya.. Tak tido gak..sebab balik umah PIL.. Fuh.. Memang non stop.. Rasa nak pengsan pun ada.. Haha
Total kehadiran aku rasa tak sampai 200 kot.. Sian.. Huhu
No comments:
Post a Comment