Wednesday 13 March 2019

Jangan Bunuh Diri Sayang

Pagi ni dikejutkan dengan berita, seorang remaja lelaki berumur 13 tahun cuba bunuh diri dengan cubaan untuk terjun dari tingkat 2 bangunan sekolah. Punca? Cinta tak berbalas, sebaliknya gadis dipuja memilih teman baiknya.

Ada nota yang ditinggalkan seolah-olah perbuatan cuba bunuh diri itu bukan kehendak tetapi tanpa disedari. Hmm...maybe bagi sesetengah orang yang tidak pernah mengalami, which actually aku sendiri pun tak pernah alami zaman sekolah dulu memang tak pernah bercinta. Apa yang terjadi pada si anak ini mungkin sebenarnya impak dari sesuatu yang lain.

Adakah kerana tidak sanggup membendung perasaan kecewa? Atau disebabkan malu? Atau sebenarnya dia merasakan rendah diri apabila di reject oleh si gadis tapi si gadis memilih teman baiknya? Peranan ibu bapa...selidik..peranan guru kaunselor, Pembimbing Rakan Sebaya, dekati anak ini...selidik sebaiknya.
Image result for suicide thought

http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/video-pelajar-cuba-terjun-dari-bumbung-sekolah-1.859342

Tahukah kita, sedarkah kita...dunia anak-anak kita berada kini dalam keadaan meruncing di mana mereka mudah terfikir untuk memilih jalan mencabut nyawa sendiri. Mungkin ada sesuatu yang tidak kita ketahui. Dalam membentuk kedewasaan dalam diri anak-anak remaja, mereka sememangnya perlu bergelut dengan perasaan, emosi dan perlakuan sendiri dalam menempuh alam remaja. Some may think it is stupid..kena reject sekali nak bunuh diri? No, don't say that...we never know what he have been through.

Jika dilihat kebelakang, berapa ramai sebenarnya anak-anak yang membunuh diri atau cuba membunuh diri ? Nauzubillah...harap sangat kita dapat bantu mereka. Atau sebenarnya di kalangan kita sebenarnya ada time bomb dalam bentuk masalah kesihatan mental? Sesuatu yang bukan gurauan.

Zaman mereka sama sekali tidak sama dengan zaman yang kita lalui. Ada anak yang membunuh diri kerana gagal UPSR..UPSR sayang, masih jauh perjalanan mu..sayang seribu kali sayang...

Perhatikan sekitar kita, ahli keluarga, rakan-rakan, jika mereka perlu kan kita untuk mendengar..dengar...perlukan nasihat kita, bantu seterdaya, berikan kata semangat, dan paling penting STOP JUDGING.

Setiap dari kita mempunyai tindakbalas yang berbeza terhadap tekanan dalam hidup. If you are strong and you can go thru anything, syukur Alhamdulillah. But, never expect that others are strong too just like you. Raikan perbezaan, hilangkan minda judgemental yang bertahun tertancap dalam kepala..buang..buang jauh-jauh.

1 comment:

  1. Terima kasih kerana berkongsi dan sekiranya memerlukan perkhidmatan pindah rumah boleh tanya saya

    ReplyDelete