Tuesday 13 June 2017

Menu Simple Sahur 10 Ramadhan terakhir

Salam semua,

Sekejap jer dah nak masuk 10 Ramadhan terakhir untuk tahun ni kan. Salah satu cabaran untuk kaum ibu ni ialah memikir dan memasak menu sahur. Untuk akulah, sebabnya, makin lama makin kurang selera nak makan nasik dan semakin kekeringan idea nak masak apa. Option lain selain nasik kat rumah aku ialah pasta dan roti. Cuma biasanya aku pelbagaikan cara masak.

Pikir punya pikir, kenalah buat list menu apa yang simple tapi gerenti anak-anak suka (anak-anak akulah), anak orang lain, kalau tak cerewet dan selera sama, bolehlah cuba jugak yer.

Menu-menu ni semua dah pernah buat sendiri tapi gambar takde, so pinjam gambar kat google jer yer. Resepi-resepi ni insyaallah boleh siap dalam masa 15 minit (untuk keluarga kecil macam akulah untuk makan 4-5 orang). Bahan-bahan yang diperlukan pun semuanya kurang dari 10 jenis. Bilangan setiap bahan tu bergantung kepada berapa banyak nak masak.

1. Roti Telur Sardin

Bahan-bahan:
1. Roti
2. Telur
3. Sardin
4. Garam secukup rasa
5. Minyak masak

Cara Membuat:
1. Pukul telur dengan sedikit garam di dalam mangkuk.
2.  Letakkan sardin dalam roti, lipatkan.
3. Panaskan kuali dengan minyak masak.
4. Celupkan roti tadi dalam telur, goreng.
5. Hidangkan.

2. Pasta Aglio Olio

Bahan-bahan:
1. Pasta - spagethi, angel hair, fettucini atau sebarang pasta favorite
2. Bawang holland yang dipotong dadu
3. Chicken slice yang dipotong kecil
4. Italian herbs
5. Chicken stock
6. Pepper/chilli flakes
7. Sedikit minyak zaitun


Cara Membuat:
1. Rebus pasta sehingga masak, toskan.
2. Tumis bawang holland yang dipotong dadu sehingga naik bau.
3. Masukkan pepper/chilli flakes dan chicken stock.
4. Masukkan chicken slice yang dipotong kecil.
5. Masukkan pasta, gaul sekata. tutup api.
6. Hidangkan.


3. Cheezy Bread roll  

Bahan-bahan:
1. Roti
2. Bread crumb
3. Chicken slice
4. Telur
5. Sliced Cheese

Cara Membuat:
1. Pukul telur di dalam mangkuk.
2. Letakkan chicken clice dan chesse ke dalam roti, gulungkan.
3. Panaskan kuali dengan minyak masak.
4. Celup dalam telur dan dalam bread crumb.
5. Goreng roti tadi sehingga keemasan.
6. Potong 2 atau 3 supaya senang untuk dimakan,
7. Hidangkan.


4. Baked Bean Dinner Roll

Bahan-bahan:
1. Dinner roll/potato bread
2. Baked bean
3. Sliced cheese

Cara Membuat:
1. Belah dinner roll/potato bun.
2. Masukkan baked bean ke dalam roti.
3. Letak cheese di atas roti dan taburkan italian herbs.
4. Bakar pada suhu 250 celcius untuk selama 4 minit.
5. Keluarkan dari oven, hidangkan.

5. American breakfast

Image result for simple american breakfast
Bahan-bahan:
1. Sosej ayam
2. French fries
3. Telur
4. Buah Tomato
5. Minyak untuk menggoreng
6. Sos cili/tomato
7. Minyak masak untuk menggoreng

Cara Membuat:
1. Rebus sosej, toskan.
2. Goreng fries.
3. Goreng telur mata.
4. Goreng sosej.
4. Potong tomato.
5. Hidangkan.

6. Nugget Foldover 
Image result for nugget tacos

Bahan-bahan:
1. Nugget ayam
2. Buah tomato dipotong dadu
3. Keropok mister potato
4. Mayonis dan sos cili
5. Roti tortila

Cara Membuat:
1. Gorengkan nugget dan dipotong dadu.
2. Gaulkan nugget yang digoreng dengan buah tomato, mayonis dan sos.
3. Letakkan bahan-bahan yang dah digaul ke atas roti tortila.
4. Ramas keropok mister potato dan tabur ke atas bahan nugget tadi.
5. Gulung roti tortila dan bakar dalam oven (250 darjah celcius) untuk selama 5 minit.
6. Hidangkan.

7. Pancake dengan scrambled egg & sambal

Bahan-bahan:
1. Tepung naik sendiri.
2. Garam.
3. Telur.
4. Sambal ikan bilis (dimasak sendiri atau dalam tin).

Cara Membuat:
1. Bancuh tepung dengan garam dan air.
2. Buat pancake.
3. Kacau telur dan goreng (scramble egg).
4. Hidangkan pancake bersama scrambled egg dan sambal.

8. Croissant tuna

Bahan-bahan:
1. Roti croissant
2. Tuna.
3. Tomato/timun & bawang
4. Daun Salad

Cara Membuat:
1. Potong croissant.
2. Sapukan tuna.
3. Letakkan tomato/timun/bawang & daun salad.
4. Hidangkan.


9. Roti berlubang telur
Image result for bread with egg
Bahan-bahan:
1. Roti
2. Telur
3. Italian herbs

Cara Membuat:
1. Lubangkan roti di tengah-tengah menggunakan gunting.
2. Letakkan roti di atas tray leper.
3. Pecahkan telur ke dalam lubang roti.
4. Panaskan oven.
5. Bakar dalam oven pada suhu 250 darjah celcius untuk 4 minit atau guna function grill.
6. Hidangkan.


10. Marcaroni & cheese

Bahan-bahan:
1. Marcaroni
2. Sliced cheese
3. Serbuk parmesan cheese
4. Italian herbs
5. Sedikit garam

Cara Membuat:
1. Rebus marcaroni, toskan.
2. Semasa markaroni masih panas, gaulkan dengan sliced cheese, italian herbs dan garam.
3. Panaskan oven.
4. Bakar dalam oven 250 darjah celcius untuk 5 minit.
5. Tabur serbuk parmesan cheese,
6. Hidangkan.

Selamat mencuba!

14 comments:

  1. Menu yang simple.. Senang nak sediakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah.. Akak tak brp nak rajin.. Buat yg senang2 jer..

      Delete
  2. sahur biasanya lisa minuum air dan kurma je haaha

    ReplyDelete
  3. Wowww semua mudah disajikan bestnya

    ReplyDelete
  4. Menu camni memang laju anak2 makan..ehh..bukan anak2 je..1 famili Moha suka ni

    ReplyDelete
  5. Anak² ai memang makan nasi bila sahur. So masak memang sekali harung jer, untuk berbuka dan sahur. Tapi menu simple camni best jugak!

    ReplyDelete
  6. menu simple..tapi kalau sahur tu mesti nak nasi gakk :)

    ReplyDelete