Kuih Raya tanpa perlu oven

June 19, 2017 Meliza Ibrahim 4 Comments

Puasa tahun ni cuma berbaki 5 hari jer lagi. Pantasnya masa berlalu.  Kalau persiapan raya baru nak disediakan,  memang dah last minute ni.

Macamana dengan kuih raya? Buat ke beli? Ada kawan-kawan yang rajin nak buat tapi takde oven.

Meh aku share 5 resepi mudah buat kuih raya yang tak perlu ada oven pun. Cuma perlu dapur dan peti ais.

Kat bawah ni aku kongsi 5 resepi yer.  Boleh cuba..

1. Cornflakes salut coklat

Bahan-bahan:
1. Cornflakes
2. Coklat masakan (any brand,  tapi aku suka Beryls)
3. Cup kui

Cara membuat:
1.  Cairkan coklat masakan atas dapur,  boleh guna kaedah double boil.
2. Tuang cornflakes dalam mangkuk.
3. Tuangkan coklat yang dah cair ke dalam mangkuk mengandungi cornflakes.
4. Gaul rata dan masukkan dalam cup kertas guna sudu.
5.  Susun atas dulang,  masukkan dalam peti ais untuk sejukkan/keringkan coklat.
6. Susun dalam balang kuih.

2. Cornflakes sambal


Bahan-bahan:
1. Bawang holland
2. Cili kisar/boh
3. Ikan bilis
4. Kacang (ikut kacang kegemaran)
5. Cornflakes (Guna jenama Nestle sebab tebal dan rangup atau cornflakes madu)
6. Gula
7. Garam
8. Minyak masak

Cara-cara.
1. Gorengkan ikan bilis sampai garing dan toskan.
2. Blendkan bawang holland bersama cili kisar/boh.
3. Tumis bawang dan cili.
4. Masukkan gula secukup rasa.
5. Masukkan garam secukup rasa.
6. Tumis sampai jadi sambal kering.
7. Masukkan ikan bilis dan kacang,  gaul rata.
8.  Padamkan api dan masukkan cornflakes.  Gaul sampai rata sambal.
9. Simpan dalam balang,  tutup balang bila dah sejuk untuk elakkan lemau.


3. Choco ball


Bahan-bahan:
1. Cornflakes/bertih beras
2. Coklat masakan
3. Almond hancur

Cara membuat:
1. Cairkan coklat masakan atas dapur.
2. Hancurkan cornflakes.
3. Tuang coklat ke dalam cornflakes/bertih beras.
4. Kepal-kepal sehingga jadi bulat
5. Golekkan atas almond hancur.
6. Sejukkan sekejap dalam peti ais.
7. Susun dalam balang.

4. Crispy chocolate bar



Bahan-bahan:
1. Bertih beras coklat (beli di kedai bakery)
2. Coklat masakan

Cara-cara membuat:
1. Letakkan bertih beras dalam mangkuk.
2. Cairkan coklat atas dapur
3. Tuang coklat ke dalam mangkuk mengandungi bertih,  gaul rata
4.  Letak dalam loyang,  tekan bagi mampat
5. Sejukkan dalam peti ais selama 10 minit.
6. Potong bentuk segi empat, susun dalam balang.

5. Nutella bar

Bahan-bahan:
1. Nutella
2. Biskut marie
3. Coklat masakan

Cara-cara membuat:
1. Hancurkan biskut marie,  boleh guna dry blender.
2. Gaulkan biskut dengan nutella dalam mangkuk.
3. Ratakan dalam loyang dan tekap supaya padat.
4. Cairkan coklat atas dapur.
5. Tuang coklat ke atas adunan nutella tadi.
6.  Sejukkan dalam peti ais selama 30 minit.
7. Potong dan hidang.

No oven,  tak bermakna tak boleh buat kuih raya tau..

You Might Also Like

4 comments:

  1. Best resepi ni... Mudah!
    Kak Nina biasa ambik tempahan biskut Raya. Lain kali nak order Roger laa... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke? Alaa.. Rugi sbb tatau.. Insyaallah lain kali...

      Delete