Wednesday, 7 June 2017

Kisah Cicak & Bulu Merak


Rasanya semua rumah ada cicak kot.  Cicak ni yang paling tak tahan,  taiknya merata-rata. Selain tu ialah geli kalau tetiba dia melepet terjatuh atas kita,  pernah kena tak? Eweeee...Untuk aku plak, kalau dia duk sama dalam toilet, adusss, sangat tak selesa ok, rasa macam ada yang memerhati bila kita nak membuang, huhu. So gigih akan halau dulu dia keluar dari toilet...

Dulu-dulu tak pernah tau ada cara mudah nak halau cicak dari rumah.  Sehinggalah satu hari, kat area Petaling Jaya,  ada aunty jual bulu merak datang kat kami.  Dia kata bulu tu untuk halau cicak.  Aku masa tu just be like.. Ye ke? Sure ke?  Tapi disebabkan anak mintak, dia tengok bulu merak tu cantik,  so beli lah.  Sehelai atau sepelepah bulu merak tu RM5 tau.. Mahal kot.  So beli 2 jer, boleh jugak buat hiasan kat rumah.

Balik rumah,  letak dalam vase bunga kat ruang tamu.  Dan dalam masa beberapa hari tu monitor, betul ke cicak lari kalau ada bulu merak tu. Amazing! Memang area ruang tamu,  yang dekat-dekat dengan bulu tu clear dari tahi cicak. Wow!

Lepas tu aku percaya.  Share dengan adik beradik petua tu. Adik  gigih pegi carik bulu merak tu, sampai ke Batu Caves dia carik, biasanya bulu merak ni dikaitkan juga dengan penggunaan oleh orang India, tapi tak pasti guna untuk apa. Adik beli kat sana RM1  atau RM2 sebatang..wah...murahhh.....memang beli banyak..bila banyak boleh letak dalam semua bilik sampai ke bilik-bilik air. Supaya rumah bebas cicak.

Cubalah petua ni...InsyaAllah jadik. Secara semulajadi, cicak takutkan burung dan kebetulan corak pada bulu merak macam mata. Cicak lariksss....

2 comments:

  1. oh yeke.. murah kat batu caves kan.. rm1 ke rm2 je. boleh la carik

    ReplyDelete