Monday 10 December 2018

Muzium Perak di Taiping

Dari Penang kami turun ke Perak, menetap satu malam di Taiping, Bandar Warisan.  Di Taiping ada Zoo Taiping, Taman Tasik Taiping, Bukit Larut dan Muzium Perak.

Muzium Perak di Taiping ni merupakan muzium pertama di Malaysia. Dibina pada tahun 1883. Fuh.. Lama kan? Bangunan bercat putih dengan rekabentuk bangunan lama sangat cantik pada aku.

Bayaran masuk cuma RM2 untuk dewasa dan percuma untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun. Teruja nak bawak budak-budak pegi muzium.


Percutian kali ini pun lebih kepada eksplorasi benda-benda yang jarang dibuat. Sebelum ni dah pernah pegi taman tema atau water park. 





Jom jengah sikit apa ada kat dalam? Muzium ni ada dua tingkat. Masuk-masuk kita akan nampak rangka kepala seekor gajah, rupa-rupanya gajah tu ialah gajah pertama dilanggar oleh keretapi di Perak masa awal beroperasi. 

Tingkat bawah berhampiran pintu masuk menempatkan peralatan lama yang biasa digunakan di negeri Perak dan jugak peninggalan artifak yang ditemui di Perak, selain tu, tingkat bawah jugak menempatkan rangka haiwan macam gajah, harimau, ular sawa dan jugak buaya. Banyak haiwan yang diawet dipamerkan macam seladang, spesis ular, spesis burung, spesis rusa, spesis tupai dan tikus dan sebagainya. Seram tengok seladang dari dekat.. Hehe. Walaupun tau itu cuma yang dah diawet. Besar sungguh.. 






Di tingkat yang sama juga ada bahan pameran berkaitan pakaian tradisional negeri Perak dan budaya kaum Melayu, Cina dan India. 
Tingkat atas pulak mempamerkan barang tinggalan orang asli, macam topeng, peralatan harian seperti dapur, dan barang perhiasan diri. 




Untuk maklumat lanjut boleh ke http://www.jmm.gov.my/ms/muzium/muzium-perak

No comments:

Post a Comment