Sunday 8 November 2020

Creamy Cauliflower Soup


Semalam berjaya mencuba satu resepi baru iaitu Creamy Cauliflower Soup yang senang nak disediakan, cuma gunakan bahan yang mudah nak dapat:

Bahan-bahan:

1. Cauliflower

2. Bawang putih diracik

3. Bawang merah diracik

4. Kiub ayam

5. Air

6. Sedikit Minyak masak untuk menumis

7. Sedikit pepper

8. Tepung jagung untuk pekatkan kuah

Cara-cara:

1. Tumiskan bawang putih & bawang merah.

2. Masukkan cauliflower dan kiub ayam.

3. Kacau dan tuang air. Jangan banyak sangat.

4. Bila cauliflower dah lembut, masukkan dalam blender dan blend sampai lumat dan jadi puri.

5. Masakkan sekejap atas dapur dengan tambah sedikit lagi air.

6. Masukkan air tepung jagung.

7. Masukkan pepper dan boleh jugak tambah italian herbs. Kacau sampai likat dan menggelegak, tutup api.

8. Boleh dimakan macam tu atau cicah dengan roti atau biskut tawar...so yummy...

Bebudak pun suka. Dah risau dorang tak makan sebab sayur kan, haha..ok lulus, boleh buat lagi nanti.


Friday 6 November 2020

Bila kulit tangan kering disebabkan hand sanitizer

 Norma baharu membuatkan kita kerap mencuci tangan lebih dari biasa. Untuk mudah, guna hand sanitizer yang senang dibawa ke mana-mana dan juga mudah disediakan di mana-mana.

Hand sanitizer mengandungi alkohol yang mana penggunaan yang kerap menyebabkan tangan aku kering dan kasar. Kalau ikutkan, sebelum Covid pun memang aku biasa guna hand sanitizer, memang sokmo standby dalam kete dan jugak dslam handbag. Tapi sekarang, memang lebih kerap guna.

So, untuk pastikan tangan tak terus kering dan kasar aku gunakan cream. Yang aku dok guna sekarang, lepas kawan office perkenalkan ialah jenama Rosken. Jenis Dry Skin Repair.

Boleh beli kat mana-mana farmasi. Ada saiz 75ml dan 25ml. Setakat ni, inilah the best cream untuk kulit kering. Harga pun masih reasonable. Tak ingat pulak aritu beli berapa ringgit. Cream ni boleh guna pada tangan, seluruh badan dan jugak muka.


(Catatan berdasarkan pengalaman penulis sendiri)



Thursday 5 November 2020

Tip-tip Kekal Waras semasa Pandemik Melanda

Cara penerimaan dan dealing dengan keresahan serta kebimbangan menghadapi pandemik yang melanda sekarang, Covid-19 adalah tak sama bagi setiap orang. Ada yang okay jer dan ada yang kerap panik dan terkesan.

Awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kita semua masih tertanya-tanya bagaimana, apa dan sebagainya berkenaan camna nak teruskan kehidupan tapi setelah berbulan, kita dah lalui PKP, kemudian PKPB (Bersyarat), ada juga yang dah lalui PKPD (Diperketat) dan terbaru ialah PKPP(Pemulihan). Dalam peringkat Pemulihan ada lebih ramai orang semakin paham macamana nak berhadapan dengan Pandemik ni tapi dalam sedar tak sedar adakalanya, masih memberikan kerisauan, kegusaran dan kadangkala megundang panik kepada kita terutamanya bila kita tengok kes yang tak surut-surut, cecah 1000 lebih kes sehari, kes baru tau bukan kumulatif (kes terkumpul). Bilangan kematian juga ada kalanya melebihi 10 orang.

Apa yang kita boleh buat untuk kekal tenang atau term lain, kekal waras dalam menghadapi semua ni. Ini apa yang aku praktis tapi maybe tak sesuai untuk semua orang. Apapun yang basic, setiap dari kita kena kenali diri sendiri, kena tahu apa yang akan trigger (cetuskan) rasa resah/bimbang yang melampau. Kita kena tahu ni sebab kalau tahu ni, lebih mudah untuk kita manage perasaan tu.

Antara tip yang boleh dikongsikan ialah:

Elakkan tengok, baca (visual/bahan bacaan) yang menggusarkan, contohnya catatan berkenaan Pandemik yang menimbulkan rasa resah melebihi biasa. Pilih apa yang anda nak tengok dan baca atau fahami.

Sentiasa berkomunikasi dengan orang yang dipercayai dan yang tidak menambahkan kegusaran kita berkenaan Pandemik ni. Komunikasi penting untuk kita meluahkan apa yang kita rasa, sekurang-kurangnya kita akan rasa lebih lega bila dah terluah.

Kita juga boleh jadi pendengar yang baik kepada orang lain jika mereka memilih untuk bercerita dengan kita, hulurkan 'ketenangan' buat mereka.

Cari aktiviti yang boleh ubah fokus kita dari Pandemik. Macam yang kita tengok sekarang ramai yang bercucuk tanam, memasak dan sebagainya. Itu salah satu cara bagus untuk kita alih fokus walaupun bersifat sementara. Minda kita kadangkala memerlukan masa untuk 'rehat' sebelum kembali kepada persoalan pokok yang berat. Otak yang tak cukup rehat kadangkala akan trigger masalah kesihatan lain.

Bertanya lah khabar orang di sekeliling kita? Didoakan semua dipermudahkan urusan harian dan semoga cepatlah Covid ini dihilangkan...aminn


Dalam menghadapi Pandemik, kekal tenang is good tapi jangan sampai terlalu tenang sampai kita abaikan apa yang mesti dibuat contonya pengamalan norma-norma baharu, pakai pelitup muka, kerap cuci tangan dan penjarakan sosial. Be safe, Stay Safe.



(Coretan ini hanya dari pengalaman hidup dan pengetahuan penulis sendiri.)

Wednesday 4 November 2020

Jangan Lupa Cuci Berus Make Up

 Berus makeup biasa cuci berapa kali sebulan? Atau tak pernah cuci? Oh no! Jangan tau...kena cuci, seelok-eloknya seminggu sekali. Kalau tak basuh, kekotoran tulah kita dok tenyeh lagi kat muka, sayang wooo muka...

Biasanya aku cuci jer dengan sabun mandian badan atau shampoo. Tapi tahap kebersihan tu aku tak pasti betul ke keluar semua kotoran atau tak. Tapi baru-baru ni baru perasan kat Daiso ada jual cecair pencuci berus makeup. Cara guna? Simple...

Just letak cecair dalam bekas untuk celup berus-berus yang ada. Aku mix sket dengan air, nak tuang bebanyak kang cepat abis plak, haha...Dah celup2 tu sampai keluar kotoran, bilas dengan air paip dan keringkan.

Nilah rupa cecair tu..Just RM5.90 harganya. 150ml sebotol.

Antara isi kandungan cecair ni Air, Ethyl Alcohol, dan Syrfactant. So jangan lupa jugak cuci tangan bersih-bersih lepas guna, takut tangan rosak.