Friday 29 June 2018

Kereta rosak? Jangan panik..Auto Assist ada

Bayangkan, kita tengah driving...tetiba kereta problem. Panik tak? Kalau aku memang paniklah, haha..especially kalau masa tu aku dengan anak-anak jer. Kereta ni boleh jadik problem macam-macam, contoh temperature naik, enjin mati, bunyi enjin kuat/mengaum, kereta tersennguk-sengguk, dan sebagainya. Sapa pernah experience keadaan macam ni? Ok, kalau jadi macam ni, apa yang kita boleh buat?

Pertama sekali, kalau kereta rosak dan kita tak confident untuk teruskan perjalanan, berhentilah di tepi jalan di mana selamat dan nyalakan hazard light. Kalau enjin mati tetiba tengah jalan, nyalakan hazard light supaya orang aware. Lepas tu untuk bagi orang tau/nampak kete tu rosak, bukak bonet depan...letak tanda tiga segi tu di belakang kereta dan kita jauhkan diri dari tengah jalan, sebaiknya pegi ke tempat yang selamatlah. 

Tindakan seterusnya, call sesiapa untuk mintak bantuan. Ok, untuk kes aku baru-baru ni, temperature naik sampai merah, aku memang particular bab temperature ni sebab bahaya woooo....kang kalau jalan gak terbakar enjin ke apa, naya wei. So apa yang aku buat ialah, berhenti di bahu jalan.

Lepas berhenti, aku contact orang-orang yang penting untuk maklumkan condition masa tu contohnya suami, keluarga terdekat, bos atau team pejabat tempat kerja. Lepas tu aku call Auto Assist under Insurans yang aku beli. Ok, kebanyakan insurans kete sekarang menyediakan perkhidmatan auto assist kalau kenderaan kita rosak, tak kira kat mana. Pastikan kita alert pasal ni. Aku pun lupa pasal tu tapi mujur adik ingatkan. 

Aku guna Etiqa, yang menariknya, Etiqa dah sediakan mobile apps tau sekarang, memula aku try call tapi rupanya nombor yang aku guna tu nombor lama, dah tak aktif. Bila aku browse etiqa.com.my baru tau ada mobile apps. So aku download apps tu kat phone guna Google Play. Dah download, aku logkan ke auto assist untuk bantuan tow kereta. 

Dalam apps ni ada dua condition yang membolehkan kita contact auto assist, iaitu kalau kemalangan (accident) atau kereta rosak (break down). Untuk mula log permohonan kita, masukkan no plat kereta dan cek location (secara default phone yang ada GPS akan tunjukkan current location kita). Lepas tu pilih sama ada sebab kemalangan atau kereta rosak. Lepas isi, tekan arrow next kat map, secara automatic request kita akan di send dan immediately apps akan respon/bagi tau siapa akan contact kita. Sepantas kilat jugak kita akan dapat call dari agent yang akan tanya condition kita dan sebagainya.

Bila butiran yang diperlukan dah confirmed, kita tunggu updates pasal tow truck yang akan datang. Kita boleh maklumkan bengkel mana kita nak tarik kereta tu. Since aku kena aritu area dekat dengan rumah lagi, so aku bagitau nak ke bengkel yang biasa aku pergi. 

Seterusnya, apps akan bagi nama syarikat tow truck yang akan datang tu dan kita cuma perlu tunggu dorang plak call kita untuk exact location dan sebagainya. So, apa yang kita boleh ialah tunggu. Coverage jarak untuk perkhidmatan ni kena cek jugak, tapi aritu sebab dapat tow truck dari kawasan berhampiran, tak sampai rasanya jarak yang akan menyebabkan aku di caj. Selain tu, caj yang mungkin akan dikenakan ialah caj tol sehala sahaja, yang ni agent memang akan maklumkan supaya kita sediakan duit jika diperlukan nanti.



Kebetulan masa jadi tu time orang pegi kerja, tow truck agak lambat sampai tapi orang tu contact dan maklumkan ETA dan jugak call untuk makluman kita. Masa yang diambil aritu lebih satu jam. Bila sampai, tow truck terus tarik bawak ke bengkel yang nak pegi. Untuk kali ni no charges at all sebab takde tol.



Berapa kerap boleh guna servis ni? Setiap hari pun boleh tapi maksimum sehari sekali ajalah. 



Alhamdulillah kete dah ok, dan untuk korang, kalau kereta rosak, jangan call tow truck biasa, charges dorang kadang melampau, call jer ur car insurans company untuk bantuan. Tanya juga charges yang mungkin ada.


Monday 18 June 2018

Pakej Menunaikan Umrah bersama Juara Travel 2018

Ada tak yang tercari-cari pakej umrah dan haji tahun ni? Semestinya nak pergi dengan agensi yang boleh dipercayai kan? Ada sebuah agensi ni dah berpengalaman selama berbelas tahun dalam bidang ni. 

Selain pakej Umrah dan Haji, agensi ini juga menawarkan pakej pelancongan tanpa risau kena tipu dek caj-caj tersembunyi yang selalu ada.


Semua kriteria di atas tu boleh dipenuhi oleh Juara Travel tau. Nanti cepat-cepat terjah IG dorang tau lepas baca posting ni kat www.instagram.com/juarahq. Jangan lupa follow terus untuk info terkini. 


Sempena Raya tahun 2018 ni, Juara Travel ada buat Promosi Raya 2018. Kita boleh pilih pakej umrah yang mana nak antara Pakej Umrah VIP Ekonomi, Pakej Umrah Awal Safar dan juga Pakej Umrah Cuti Sekolah. Yang menariknya, Juara Travel akan bagi diskaun sebanyak RM100 setiap orang yang dah buat bayaran deposit berjumlah RM500 seorang sebelum 13 Julai 2018 (Jumaat).



Jangan risau untuk ambik pakej dengan Juara Travel sebab syarikat ni berlesen. Harga pakej yang ditawarkan juga adalah berpatutan.

Apa kelebihan lain kalau ambik pakej dengan Juara Travel? Haa...ni senarai kelebihan Juara Travel:
  • Keperluan kursus disediakan secara berjadual bagi memudahkan jemaah mempersiapkan diri dengan menghadiri kursus Umrah.
  • Juara Travel juga mempunyai Muassasah sendiri atau pengelola visa, jadi lebih mudah untuk berurusan.
  • Program penuh di tanah Suci disediakan untuk jemaah sebagai rujukan.
  • Jadual penerbangan 'confirm terbang" jug dijanjikan oleh pihak syarikat dalam memastikan jemaah akan sampai ke Tanah Suci.
  • Penggunaan alat bantuan (receiver) semasa perlaksanaan ibadah umrah juga akan diberikan kepada jemaah.
  • Jarak hotel yang dekat dengan tempat beribadah.
  • Mutawif atau pembimbing yang berilmu.
  • Barisan staf di Madinah dan Mekah yang profesional.

Ada jugak kawan-kawan yang dah pernah menunaikan umrah dengan Juara Travel bagi testimoni, sangat berpuas hati dengan pakej yang ditawarkan. Updates perjalanan dan aktiviti jemaah di Tanah Suci juga mereka sediakan di FB rasmi Juara Travel di www.facebook.com/juaratravelHQ untuk rujukan para jemaah dan keluarga di Malaysia.

Untuk mendaftar:
Hubungi Pejabat: 03-92267105
atau
Whatsapp: 
http://www.wasap.my/601156511424
http://www.wasap.my/60193888710

Emel: infojuara@gmail.com

Untuk maklumat promosi yang sedang berlangsung, jangan lupa lawati dan follow IG mereka di www.instagram.com/juaraHQ atau lawati laman web di www.juaratravel.com.my.


Laman web Juara Travel

Jom sebarkan info ni pada geng-geng lain, tak kisahlah family ke, geng surau ke, geng taman ke, geng pejabat sebab tawaran dorang ni memang menarik.

Monday 11 June 2018

Balang kuih raya

Sedar tak sedar tinggal 4 hari jer lagi nak puasa. Cepat kan masa berlalu? Lagi empat hari ni ada yang masih pulun menyiapkan kuih raya, membeli baju raya, menjahit dan sebagainya. Tapi, tau tak apa lagi benda penting semasa Raya? Setiap kali raya adalah masa ziarah menziarahi kan? Semasa raya kita hidang kuih kan pada tetamu. Kuih raya yang muncul bila raya jer, yums..terbayang pulak kuih favourite aku, sugee almond..adusss...

Haaa...kuih-kuih raya korang yang berbelas jenis tu letak dalam apa untuk hidang kat tetamu? Mestilah balang kuih kan? Kan? Ke susun atas pinggan cantik masa hidang. untuk aku, aku pilih balang, senang. Letak dalam balang kedap udara, susun atas meja, tetamu datang boleh makan, tapi biasa kat rumah aku, budak-budak dan bapak budak dalam rumah yang habiskan...haha

Balang kuih yang macamana korang suka? Balang kuih ni pun ada macam-macam dalam pasaran. Dibuat dari kaca, seramik, besi dan plastik. Untuk aku, pilihan biasanya balang plastik jer. Sebab? Sebab aku selalu tengok budak-budak mai rumah macam susah nak bukak balang kaca dengan seramik. Besi pulak, tahun ni ok, tahun depan dah karat.  Dan lagi satu tak puas hati sebab tak nampak kuih apa duk dalam, kena bukak dan tengok..haha.

Sudahnya aku beli balang plastik ajalah. Kalau rajin aku hias penutup balang tu dengan renda atau kain, kalau tak, aku biarkan aja togel.

Lagi satu kenapa aku pilih balang plastik ialah sebab, aku tanak mak bapak yang mai umah aku kerisauan balang kuih tu akan pecah masa anak-anak dorang makan kuih raya. Kiranya aku nak pastikan tetamu aku worry free. Aku pun suka kalau g umah orang yang hidangkan kuih raya dalam balang plastik aja, lega rasanya. Kalau balang kacalah, aduussss..standby tepi tempat kuih ler jawabnya nak monitor anak-anak bukak, budak-budak ni selalunya suka pegang penutup balang yang mana sekelip mata boleh terlerai dari body balang tu dan sepantas kilas boleh jatuh ke lantai dan berderai woo....sakit jantung I nanti...

Contoh balang-balang kuih raya.
Puasa & Aidilfitri bakal kunjung tiba tak lama lagi kan 💁🏼✨
.
.
Next plan what would it be 🤔 Ade yg cari cari HAMPER RAYA tak?? Boleh dijadikan hadiah balik ke rumah mertua, hadiah nak bodek boss cuti lebih , nak bagi hadiah pd bakal pak mertua atau thanksgiving untuk company pun boleh 🙋🏼🎁
.
.
Insya Allah 15/5/18 kakak dah mula beroperasi bg yg berhajat ya. Tak payah pening2 pikir nak bg ape utk HAMPER RAYA 👉🏻👈🏻😉 Details nnt kakak update utk sample. .
.
#kuihrayasedap #kuihraya2018 #kuihrayamurah #kuihrayahomemade #cadburrychocolate #hamperraya #hampermurah #hamperaqiqah #hamperlebaran #rayagift #hamperrayamurah #hamperrayaletops #homemadecookies #homemadecakes #hampercompany #hampercompanyevent #balangkuihraya #balangkuihraya #balangkuihrayamurah #balangkuihrayacantik #balangkuihrayaberhias #ikeamalaysia #kaisonmalaysia. Sidecar Slide by 💐 F@sH@ 💐 @fydafarisha

Related image

Image result for balang kuih raya

Related image
So, contoh balang kuih raya yang aku biasa gunakan macam ni. Murah pun yer dan worry free..kalaupun pecah, ganti jer lain. hehe..kalau bagi kuih kat orang dalam balang macam ni pun aku penerima tu takyahlah pening kepala nak kena pulangkan. Dan...balang kuih ni akan muncul baru setiap kali raya sebab waktu lain aku dah guna untuk isi benda lain, hilang atau memang bagi kat sesapa. Hassle free balang kuih for me kan?

Image result for balang kuih raya plastik

Eh tapi jangan ingat aku hasut korang jangan beli balang kuih raya yang cantik tau, aku suka tengok balang cantik, tapi prefer yang lebih praktikal. Maybe ada dari kaca atau seramik yang tak pecah bila jatuh, atau ada jenis balang stainless steel kan, tapi harga mesti cantik sangat. Pilihan masing-masing kan? Lagi satu aku sangat suka kalau beli kuih raya yang memang dah tersedia dalam balang cantik, so kat rumah hidang aja yang tu...


Thursday 7 June 2018

Festival Ramadan Putrajaya 2018

Hujung-hujung puasa ni ada lagi kawan-kawan yang belum beli baju raya, sampi raya, barang keperluan raya, perfume raya, selipar raya, dan macam-macamlah. Festival Ramadan Putrajaya 2018 masih berlangsung tau. Jangan lupa, pegi jer depan Palace of Justice Presint 3 Putrajaya tu. Macam-macam ada jual. Artis pun ramai yang bukak gerai jualan kat situ.

Festival ini bermula dari 17 Mei sehingga 14 Jun 2018, dari jam 12.00 tengah hari hingga 12.00 tengah malam di kawasan Persiaran Perdana Presint 3, Kompleks Perbadanan Putrajaya dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) bertujuan menjadikan Putrajaya sebagai lokasi alternatif untuk mendapatkan barangan keperluan Ramadan dan Aidilfitri serta mengimarahkan sambutan bulan Ramadan di Putrajaya.


Mensasarkan 1 juta orang pengunjung, festival kali ini akan melibatkan keseluruhan 160 peniaga dan menjanjikan kelainan dengan penglibatan seramai 30 barisan selebriti popular termasuk Erra Fazira, Ella, Kaka Azraff, Sofi Jikan, Haiza, Saiful Apek, Ramlah Ram, Fasha Sanda dan ramai lagi yang membuka gerai jualan produk masing-masing.  Festival ini turut menyediakan cabutan bertuah dengan hadiah yang lumayan dan persembahan ‘busking’ oleh para artis popular masa kini.


Nak tau artis mana yang jual apa tak? Kat sini antara beberapa artis yang mengajak kita sama-sama ke sana..apa lagi..? Joms...tengok apa kata dorang..



Datin Alyah

"Menjual barangan kosmetik dan contact lens. Barangan kosmetik seperti lipstick, serum, foundation, body suit dan barang-barang  yang di endorse termasuk produk saya.
Sambutan Alhamdulillah, amat memberangsangkan dan tidak dijangka. Hari-hari saya pergi booth dan lihat ramai orang.Boleh tengok kuasa pembeli memang tinggi.

Perbezaan berniaga bulan Ramadan, lebih meriah. Di Putrajaya ini, sebelah bazar barangan,  ada bazar makanan  Ada 400 gerai, jadi sebelum orang beli makanan, mereka akan singgah. Terima kasih pihak penganjur kerana beri peluang pada saya berniaga on ground. Kerana kalau berniaga Online boleh buat di rumah atau di mana-mana, tetapi ini offline, dan inilah peluang yang baik diberikan pihak penganjur. Peluang yang saya inginkan kerana  beri pengalaman pada diri untuk berniaga.


Saya sangat teruja berniaga di bulan Ramadan. Walaupun berpuasa di sampng rutin yang sangat sibuk, tetapi saya tetap diberikan peluang berniaga. Saya sesuaikan diri menjaga masa sebaik mungkin dan saya akan berada di Putrajaya selagi ada waktu lapang. Hampir setiap malam."


Sarah Fazny 
"Ada macam-macam  jualan hari raya dari pada selebriti dan orang awam , contohnya baju raya, tudung, aksesori dan kuih raya. Selain itu ada cabutan bertuah dan baucar diskaun dari pihak penganjur. Bagi Sarah yang buat homemade cookies, di samping itu bila meniaga,  kita berkongsi citarasa kita, sebab selalunya khalayak suka tengok apa yang artis pakai. Sebab itu, Sarah jual apa yang Sarah pakai atau makan.  Sarah jual cookies resipi family turun temurun seperti Biskut Sarang Semut Coklat , dan ada juga jual baju stylist/designer Hashtag Sri Hartamas and luvres serum yang Sarah pakai sebelum bersolek.


FRP ini memudahkan orang ramai yang berada di Putrajaya dan kawasan berdekatan untuk membuat persedian awal bagi menyambut Syawal. Tidak perlu jauh-jauh  ke Kuala Lumpur sebab di sini semua ada. Daripada barangan solek, kuih muih raya, pakaian serta kelengkapan raya yang lain semua ada."

Haiza Kool FM
"Booth Haiza ini berkonsepkan 'under one roof', semua ada seperti cookies Mad About Cake,My Haiza Parfum,Cakar Ayam Kudapan Citarasa My Haiza dan Baju Kurung Preloved

Haiza berniaga di bawah satu jenama iaitu My Haiza. Ada Cakar Ayam Kudapan Citarasa My Haiza, Parfum My Haiza, kuih dan kek raya Mad About Cake dan juga seleksi baju kurung terkini. Haiza juga jual baju tradsional terpakai (preloved) dengan harga yang boleh ditawarkan lagi. Kebanyakan baju-baju ini, Haiza pakai sewaktu membuat persembahan. Jadi daripada membazir tidak terpakai lagi, eloklah Haiza kongsikan dengan orang ramai."


Lan Solo
"Butik Lan Solo / produk pakaian - seisi keluarga. Kurma Lan Solo / produk makanan - kurma, buah2an kering & kekacang. Alhamdulillah.. tahun ini merupakan tahun ke 3 saya ber bisnes produk pakaian,  sambutan sangat-sangat baik.Produk makanan baru cuba tahun ini namun  nampak positif jugak Berniaga pada bulan Ramadhan memang sangat-sangat  berbeza dengan bulan-bulan yang lain. Kebanyakan orang yang datang butik/booth akan terss membeli segala keperluan raya. Kalau bulan-bulan lain, lebih kepada survey, cuci mata dan jalan-jalan."

Hanez Suraya
"Hanez berniaga tudung @everyday_kl by Hanez Suraya dan @sambalbilisomakden by Hanez Suraya.Sambutan Alhamdulillah sbb kami dh ada followers sendiri so kita shout kat media sosial dan tarik mereka dtg ke booth. Berniaga bulan ramadhan ni seronok sbb org shopping xde limit lepastu dorg suka nak match2 kan baju n tudung mcm sambal plak mmg sesuai utk bulan puasa ni. Benda paling senang nak makan dan sediakan utk sahur."


ELLA
"Pengunjung tak harus melepaskan peluang utk meluangkan masa berbelanja denga harga mampu dan barangan berkualiti baik sempena menjelangnya aidilfitri. Booth ELLA menawarkan jualan hebat rangkaian produk2 kesihatan dan kecantikan ELLA  , rekaan jubah2 ekslusif cintaabaya , baju melayu mampu milik dan juga barangan peribadi  ‘prelove’ ELLA."

Aiman Tino 
"Saya ingin menyeru kepada semua pengunjung untuk hadir bersama-sama meramaikan Festival yang bakal dilangsungkan ini kerana banyak produk-produk yang menarik dan diskaun yang diberikan sangat hebat untuk menjelang syawal yang tidak lama lagi. Selain drpd itu, saya sendiri akan turut berniaga dan mencuba pengalaman berniaga di musim ramadan ini. Seperti yang semua sedia maklum, baru-baru ini saya baru melancarkan satu syarikat iaitu Manno Resources Sdn Bhd. Sebagai permulaan, kami akan mengeluarkan Jus Manno dan Jus Manno Junior yg berasaskan ramuan semula jadi."

Lain-lain artis yang turut membuka gerai:



Iftar bersama di tempat terbuka.


Selain membeli belah, pengajur juga sediakan tempat berbuka puasa di laman yang dikhaskan. Terdapat 300 gerai yang menjual juadah berbuka puasa di Bazar Ramadan Putrajaya bermula dari 4.00 petang hingga 8.00 malam. Selain daripada itu, terdapat 12 buah gerai dan 14 unit food truck yang menjual pelbagai juadah berbuka dari jam 4.00 petang hingga 12.00 tengah malam. Pengunjung boleh memilih untuk berbuka puasa dan moreh di Laman Iftar berkonsepkan outdoor cafe di Kompleks PPj. Menarik kan? Bukan selalu boleh berbuka kat tempat open air macam ni selalu.


Solat Tarawih dan ceramah.

PPj turut bekerjasama dengan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) untuk program keagamaan dan kerohanian seperti Solat Tarawih bersama Imam dari Mesir, bayaran zakat fitrah “drive thru” dan ceramah agama pada setiap hujung minggu di bulan Ramadan dari jam 6 hingga 7 petang di MTMZA.

PPj akan meneruskan kempen-kempen bersama Alam Flora Sdn. Bhd. seperti Kempen Elakkan Pembaziran Makanan, Kempen Pengurusan Sisa Organik Melalui Pengkomposan, Kempen Pengumpulan Minyak Masak Terpakai daripada Bazar Ramadan dan Kempen Keselamatan Makanan.

Bagi mengeratkan hubungan pelbagai pihak, PPj juga turut menganjurkan Program Bubur Bersama Komuniti sempena sambutan Nuzul Al-Quran yang menggabungkan kerjasama antara PPj, Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Wilayah Persekutuan dan Kejiranan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Lembah Pantai.

Festival Ramadan Putrajaya 2018 ini dianjurkan secara usahasama PPj dengan syarikat Global Ace Resources Sdn. Bhd.

Rujukan: Siaran media 30 SELEBRITI TERKENAL BUKA GERAI DI FESTIVAL RAMADAN PUTRAJAYA 2018