Saturday, 8 December 2018

Bukit Bendera Pulau Pinang

Sekarang dah masuk musim cuti sekolah, ada yang bercuti keluar negara, ada yang ambik kesempatan bercuti dalam negara.

Cuti kali ni, aku dan keluarga ke Pulau Pinang. Pulau Pinang atau Penang, terkenal dengan nasi kandar, pasembor dan jeruk. Tapi percutian kami biasanya misi utama bukan untuk memburu makanan tapi lebih kepada aktiviti fizikal atau mencipta pengalaman baru untuk anak-anak.

Memandangkan percutian dirancang untuk 3 hari 2 malam kat sini,ada masa untuk naik Bukit Bendera. Selepas check in hotel di tengah bandar Georgetown, selepas Asar kitaorang ke Bukit Bendera atau dikenali jugak sebagai Penang Hill.

Plan asal pegi sana petang sebab nak tengok view Penang waktu malam dari puncak tertinggi tu.

Sesampai di kaki bukit, aku dah tak cam tempat tu, lain bebenor dari last time aku pegi... Yelah.. Lama dah tak ke Penang. Kalau pegi pun tak g naik Bukit Bendera.

Parking area dah disediakan dalam bentuk parking bertingkat, tingkat bawah sekali tu gerai-gerai makan dan souvenirs. Nampak lebih elok bila ada parking bertingkat sebab dulu parking yang disediakan depan station tren Bukit Bendera tu sangat limited.

Dah sampai situ, hujan mula turun.. Cuak gak tengok sebab takut licin. Kitaorang tak bersedia dengan payung pulak.. Cuma anak-anak semua pakai cap. Beli tiket, harga masih murah, RM10 untuk sehala bagi dewasa, dan RM5 untuk kanak-kanak. So, beli jer return tickets, senang.


Tempat beli tiket pun dah lain sangat.. Dah elok bangunan nya.. Train pun dah baru.. Laju wei naik atas. Agak cuak bila beberapa kali train tu benti, tapi takde apa pun sebenarnya. Ok jer.. Dulu train tu slow jer naik atas. 

Satu gerabak boleh muat 8 orang duduk dan 13 orang berdiri.

Sampai atas, masih hujan lebat. Kitaorang ke gerai-gerai yang juga dah diubahsuai dan cantik. Gerai makan dan souvenirs. Tapi masa tu dah pukul 6 lebih, banyak gerai dah tutup. Ada kedai ABC yang katanya famous, Kedai ABC Kak Nor. Pilihan makanan ada di tingkat atas manakala gerai minuman di tingkat bawah. Boleh pilih nak makan kat atas atau bawah.

Kami makan nasik goreng dan laksa. Sedapnya makanan panas waktu hujan yang sejuk tapi tetap beli gak ABC sebab dah alang-alang sampai kan.. Rugi pulak tak cuba.
Tak dapat nak explore taman cinta ni... Huhu...

Kami turun bawah dalam pukul 8pm. Last train jam 11pm.




No comments:

Post a Comment