Wednesday, 28 November 2018

Regangkan otot bersama SoStretch

Biasanya kita buat regangan sebelum senaman kan..dan biasanya kalau kita sakit-sakit badan, kita pergi urut. Kali ni nak share yang kita boleh jugak buat regangan otot tapi bukan dalam fasa persediaan untuk bersukan. Nak tau macamana? Meh nak share sini.

Baru-baru ni berpeluang ke SoStretch yang terletak di Aras 14, Menara IMC, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, menurut yang dah pergi ke sana macam big boss Ben Ashaari dan Kak Nina, sesi dilanyak bak kata Kak Nina tu nampak macam best gak. Dalam kepala ni dah terbayang ditarik dan dilipat macam sejenis massage tu (yang aku tak penah try sebab ngeri membayangkan nak kena lipat..haha).

Rupa-rupanya SoStretch ni terletak dalam bangunan pejabat. Aku ke sana hari Sabtu, memang sunyi dan kena daftar dulu di Lobi sebagai Pelawat, ambik kad dan baru boleh melepasi laluan ke lif untuk naik ke tingkat 14. 

Naik ke tingkat 14, kita akan jumpa surau, SoStretch ni terletak di hujung lorong. Kalau tak biasa boleh sesat lah sebab memang takde orang untuk bertanya. Dalam tangan dah standby handphone untuk call SoStretch untuk tanya lokasi. Menara IMC ni betul-betul depan Hotel Shangri-La dan jugak Hard Rock Cafe.

Sebelum mulakan sesi stretching, aku isi form dulu yang dalam tu ada maklumat perlu dipilih pasal apa yang kita harapkan atau bahagian badan mana kita nak fokus. Lepas tu kena salin pakaian kepada pakaian yang disediakan. Kalau tengok environment memang selesa, peralatan simple dan kemas. Dalam satu-satu masa maksimum boleh tiga orang sebab ada 3 katil yang dipisahkan langsir. 





Physiotherapist yang bagi treatment namanya Ros. Sambil buat stretching tu sempatlah bertanya sebenarnya kaedah ni asalnya mana dan sebagainya. Ros bagitau stretching ni asal dari Jepun, manager SoStretch sendiri dari Jepun. Mereka yang bekerja kat situ semua merupakan Physiotherapist (Jurufisio) yang belajar kemahiran stretching. Fisio ni biasanya untuk kita yang alami kecederaan pada mana-mana anggota badan, salah satu cara pemulihan kan?
Kiranya di SoStretch, kemahiran mereka bukan sahaja pada fisio tapi ada add on atau nilai tambah kat situ, stretching.

Physiotherapist akan buat simple test kat kita untuk melihat kelenturan atau fleksibiliti badan. Ada tiga test, satu tu aku kena pegang tuala kecik yang digulung menggunakan kedua-dua tangan yang ditegakkan ke depan tubuh dalam posisi duduk, dan kemudian, pusingkan tangan ke kanan dan ke kiri, sejauh mana boleh pusing. Yang kedua, ialah tundukkan badan untuk tengok sampai mana tangan boleh cecah lantai dan yang terakhir angkat kaki sebelah, kiri dan kanan dan tengok yang mana lebih stabil.

Stretching ni nampak simple dan biasa kita buat sendiri jer kan....tapi kalau orang buatkan, impaknya lagi ok kot. Kita pun boleh pilih nak light-light ke medium ke atau heavy stretching tu. Setiap gerakan yang dibuat, Ros akan bagitau kesan regangan tu kat area mana. Kalau ikutkan, tahap regangan dan rasa sakit juga berbeza mengikut orang. Ini juga bergantung pada fleksibiliti tubuh seseorang.

Sepanjang sesi tu, memang best rupanya diregang-regangkan..aku bagitau nak regangan di area bahu, area belakang dan juga betis (banyak berjalan). Physiotherapist mulakan dengan tangan dulu, best nya diregangkan...kemudian fokus pada badan, dan last tang kaki...Satu jam sesi, macam tak cukup pulak.
Ros kata ada sesetengah orang tak tahan sakitnya dan ada yang lena semasa sesi tu. Aku? Enjoy sungguh session tu...especially part belakang, lega rasanya diregangkan. Ros bagitau SoStretch ni baru pindah ke tingkat 14 sejak bulan September 2018. Sebelum ni dalam Klinik di tingkat 3. Target mereka memang pelanggan di kalangan staff dalam bangunan Menara IMC tu. Yelah, macam kita yang bekerja pejabat ni, selalu duduk tercongok depan pc kan, best nya bila badan tu boleh diregang sesekali.

Tapi, menurut Ros, stretching ni paling kerap pun boleh dibuat 2 kali sebulan, kalau banyak kali boleh memberikan risiko kecederaan. Ini kerana stretching akan melibatkan otot. Orang bersukan memang akan jaga bab ni, silap haribulan, terlebih regangan, soft tissues boleh injured...bahaya kan. Satu-satu sesi pun maksimum 90 minit, bersamaan satu jam setengah jer, tak lebih dari tu.

Ini harga rawatan kat sini

CG Balance Stretch 
Upper Body - RM80/30 minit
Lower Body - RM80/30 minit
Whole Body - RM160/60 minit , RM240/90 minit
Pelvic Adjustment - RM160/60 minit
Pelvic Adjustment + Upper or Lower Body - RM240/90 minit 
Improving Sport Perfomance - RM200/60 minit

Physiotherapy
Physioterapy - RM80/30 minit, RM150/60 minit , RM220/90 minit
Physio + Stretch -  RM 160/60 minit

Nak tau lanjut pasal SoStretch boleh tengok sini:
Web : www.sostretch.com
Instagram : https://instagram.com/sostretch
Facebook : https://www.facebook.com/sostretch/ 
bolehlah jengah untuk tahu sebarang promosi yang berlangsung. Sekarang ni memang ada promosi free sesi stretching untuk 15 minit bagi sesi lawatan pertama dan jugak RM5 untuk posture assessment. Kalau lah dekat ngan tempat aku ni mau selalu ke situ. Boleh call 03-2022 4818 untuk temujanji.
\

8 comments: