Tuesday, 20 November 2018

Za'atar dan minyak zaitun sebagai makanan minda & asas kecantikan

Selain Premium Organic Olive Oil, Al Ard ada produk-produk lain yang bagus jugak. Macam yang aku intro dalam entry sebelum ni, kalau belum baca..cer jengah sini.  Kali ni nak share pasal dua lagi produk dari minyak zaitun ni. 

Campuran Premium Za'atar:

Za'atar merupakan campuran herba seperti thyme, sesame seed, minyak dan garam. Za'atar mengandungi zat mineral Vitamin A, Vitamin B6, Vitamin C, Riboflavin, zat besi, manganese, kalsium dan magnesium.

Za'atar membantu menguatkan daya fikiran, anti-kulat, anti oksidan, melancarkan peredaran darah, menyihatkan jantung, membaiki penglihatan, meningkatkan sistem imunisasi badan, mengurangkan tekanan dan membantu sistem pernafasan. 








Za'atar biasanya diambil dengan menabur campurannya ke dalam makanan atau disapu ke atas roti. Cadangan makanan yang boleh dicampurkan dengan Za'atar termasuklah telur dadar, salad dan sayuran, bebola daging, kebab dan juga diletakkan dalam perapan daging dan ayam. Za'atar ini diambil sebaiknya bersama minyak zaitun.

Di Palestin, Za'atar digunakan sebagai makanan penting persediaan anak-anak yang akan menduduki peperiksaan. Za'atar juga mampu memberikan mood positif pada seseorang dan juga mampu mencegah nyanyuk.  Memang elok digunakan seisi keluarga aku ni, dengan anak-anak yang bersekolah dan juga untuk aku dan suami yang terdedah kepada tekanan semasa bekerja. 

Sabun Minyak Zaitun Nablusi:

Untuk penjagaan kulit, aku memang suka yang ada minyak zaitun, contohnya pencuci muka, krim muka atau minyak sapuan badan. Bila dapat tau Al Ard ada sabun minyak zaitun ni, memang sukalah nak pakai. 


Sabun Nablusi ni homemade oleh petani wanita Palestin. Tak ada paraben, SLS, SLES, pengawet, pewarna tiruan dan juga pewangi. Bagus kan? Sabun minyak zaitun ni ada dalam bentuk cecair dan jugak buku. Sabun cecair tu boleh buat sebagai syampu sekali, senang dari rambut sampai hujung kaki guna sabun yang sama jer. 

Sabun ni boleh digunakan oleh bayi sehinggalah orang dewasa. Sabun zaitun Al Ard ni boleh membantu mengurang atau menghilangkan masalah kulit macam eczema, psoriasis dan jugak rosacea. Selain daripada tu, sabun ni jugak dapat memberikan kesan awet muda dan mampu memperbaiki kedutan di wajah yang disebabkan oleh cahaya matahari, pencemaran asap dan jugak pemakanan yang tak bagus. 

Best kan produk dari minyak zaitun macam ni. Kalau berminat nak beli, boleh carik kat Al Masoud Trading, Laman Seri, Seksyen 13 Shah Alam... Lokasi betul-betul bersebelahan Restoran Laman Grill. 

Jangan lupa ikuti maklumat di www.facebook.com/alardmalaysia. 




12 comments:

  1. Boleh laaa try kat anak kak nina yang sulung. Dia ada ekzema. Wangi tak?

    ReplyDelete
  2. Za'atar tu menarik. Pertama kali dgr boleh campur dlm makanan anak2...terbaik lah.

    ReplyDelete
  3. Lepas ni memang makan bujir pilih tyme by Al Ard la.

    ReplyDelete
  4. Tak pernah dengar sebelum ni.

    ReplyDelete
  5. Berkenan nak try yang campuran Za'atar tu.Biasa guna thyme untuk masak, tapi brand biasa beli kat hypermarket

    ReplyDelete