Tuesday, 20 November 2018

Minyak Zaitun Premium

Minyak zaitun memang terkenal dengan macam-macam khasiatnya sama ada untuk kesihatan tubuh badan dan jugak kecantikan. Minyak zaitun ni pulak ada yang boleh dimakan dan ada yang tidak. Antara jenis minyak zaitun yang paling kerap kita boleh jumpa ialah minyak zaitun untuk rambut, wajah, masak dan makan.

Minyak zaitun yang digunakan untuk memasak tak boleh dimakan macam tu saja tau. Aku pun baru tau...ingatkan boleh jer ambik sikit, telan. Sebenarnya, untuk hasilkan minyak zaitun ikut jenis kegunaan ni, proses yang perlu dilalui adalah berbeza. 

Baru-baru ni berkesempatan jugak menimba sedikit ilmu dengan Ms. Lila dari Al Masoud Trading yang terletak di Laman Seri Business Park, Seksyen 13 Shah Alam. Menurut Ms. Lila, minyak masak yang kita biasa guna memang tak boleh ambik direct (makan terus) sebab proses yang digunakan adalah berbeza. Terima kasihlah Ms Lila sebab rajin melayan hari tu... 

Al Ard Premium Organic Olive Oil ni dibuat menggunakan Extra Virgin Olive dari Palestin dan diproses menggunakan first cold process. First cold process ni bermaksud ianya melalui proses secara perahan sejuk mengikut Standard piawaian International Olive Oil Council. Minyak zaitun yang digunakan adalah dari buah awal musim dari pokok zaitun yang berusia sehingga 500 tahun. Buah zaitun ini dari jenis Nabali, Roomy dan Sauri akan dipilih dan diproses dalam tempoh 24 jam selepas dipetik. Ladang tanaman zaitun ni terletak di Nablus, sebelah Tebing Barat Palestin.


Kalau tengok dari pembungkusan, Al Ard Premium Olive Oil ni dibotolkan dalam botol kaca gelap. Ini sebenarnya dibuat bagi mengelakkan minyak terdedah kepada UV dan jugak untuk memastikan kualiti dan khasiat terpelihara.

Cara Pengambilan Al Ard Premium Olive Oil:

1. Minum satu sudu makan, sebelum sarapan pagi atau satu sudu makan sebelum tidur, sebaiknya ketika perut kosong. Elakkan minum air dalam tempoh 3 minit selepas minum minyak zaitun.

2. Campurkan ke dalam makanan yang dah siap dimasak sebagai dressing.

3. Boleh juga disapukan pada roti dan boleh dicampur dengan cuka kurma atau cuka anggur.

4. Sapukan pada kulit di badan bagi menghilangkan kesan parut, kulit kering, masalah eczema, radang kulit, masalah sendi dan lutut serta baik untuk rambut  (melebat dan menghitam).

Produk lain Al Ard:

Selain Minyak Extra Virgin Oil ni, Al Ard juga ada beberapa produk lain termasuklah Organic Extra Virgin Olive Oil, sabun minyak zaitun Al Ard Nabulsi, minyak habbatus sauda Palestin dan campuran Premium Za'atar Palestin. 

Dalam entry seterusnya aku kongsi pasal Campuran Premium Za'atar dengan sabun Nablusi. 

Untuk maklumat lanjut berkenaan Al Masoud Trading dan Produk Al Ard, boleh ke FB page di www.facebook.com/alardmalaysia.




Susah nak datang ke kedai? Online pun ada kat shopee

18 comments:

  1. Cantik packagingnya , nampak ekslusif dan banyak khasiat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik kan.. Packaging terbaik ni untuk make sure minyak dalam tu tak rosak.

      Delete
  2. Minyak zaiton memang bagus di amalkan. Ada jual online tak? Macam jauh lak nak ke Shah Alam bersma deretan kanak-kanak riang ni. Huhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh beli kat shopee kak nina..bawah produk Al Masoud.

      Delete
  3. Minyak zaiton memang bagus di amalkan. Ada jual online tak? Macam jauh lak nak ke Shah Alam bersma deretan kanak-kanak riang ni. Huhuuu

    ReplyDelete
  4. Sal pun tengah consume .. badan rasa ringan dan tak meletihkan

    ReplyDelete
  5. Alhamdullillah, Syarikat Pengeluar Al'ard ini telah menerima Anugerah Pengeksport TERBAIK Palestine 2017.. ini adalah salah satu Bukti bahawa mereka menghasilkan produk Minyak Zaitun yang Berkualiti Tinggi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..kami pun tak was-was nak beli produk berkualiti macam ni.

      Delete
  6. wah mcam best jer. nak try beli satu

    ReplyDelete
  7. Minyak zaitun ni mmg packaging dia cantik sgt..Khasiat pun sgt banyak utk kita.

    ReplyDelete
  8. Terbaiklah minyak zaitun ni, kita pun nak amalkan jugak!

    ReplyDelete
  9. Sebelum ni pakai virgin coconut oil.. Nak cuba jugaklah yang ni...

    ReplyDelete
  10. Boleh le nanti nak beli sapu dekat parut. Bagus juga ye kegunaan olive oil ni

    ReplyDelete