Wednesday 19 September 2018

Bunga Tecoma a.k.a Sakura Malaysia

Baru aku tau nama bunga yang ala-ala sakura yang akan menghiasi sesetengah tempat setahun sekali ni namanya Tecoma. Sebelum ni viral kat kedah. Tapi sebenarnya kat Putrajaya pun banyak... Pokok-pokok ni ditanam kat tepi jalan. Setakat ni ada dua warna bunga, pink dan jugak putih. 

Start viral pasal bunga ni di Putrajaya sejak seminggu lepas tapi masa tu aku cuti.. Bila naik keje baru tau laluan hari-hari aku g keje ada bunga sedang merimbun. Lokasi? Presint 2..sangat dekat ngan opis aku. Boleh baca gak pasal tecoma ni dalam entry Ben Ashaari dan Mas Saari

Maka hari ni gigih pi posing sat kat bawah pokok tecoma ni. Paksa kawan ikut dan jadi photog aku.. Haha. Tapi cuaca tak terang sangat.. Kalau lagi bersinar lagi cantik rasanya nak snap pic. 













Selain kat area Presint 2 ni... To be exact, lokasi kat open Parking Jabatan Imigresen ngan Palace Of Justice, orang kata kat Presint 14 pun ada.. 

1 comment:

  1. Cantik kan, ai hari tu nasib tak guling² cam hindustan, hahahaa!

    ReplyDelete