Thursday, 27 September 2018

Makin best Cameron Highlands

Lama sungguh rasanya tak pegi Cameron Highlands. Seingat aku adalah dalam 4-5 tahun lepas kot last pergi. Lepas tu kami mula explore Fraser's Hill pulak start tahun 2016 dengan 2018. Kali ni dapat panggilan tugas ke cameron highlands, excited jugak nak ke sana, maklumlah dah lama tak gi kan..

Ke Cameron nak buat apa? Haa..biasanyakalau ke Cameron, orang teruja untuk tengok ladang teh, kebun sayur, kebun strawberi, kebun bunga, dan semestinya membeli belah buah-buahan, sayur-sayur dan bunga-bunga yang segar bugar. Dan....banyak port cantik untuk bergambar. 

Kalau nak nikmati teh panas untuk diminum bersama scones, waffles atau kek bolehlah stop di tepi jalan, ada beberapa ladang teh yang sediakan restoran. Best tau minum air panas dalam cuaca sejuk, nikmatnya lebih terasa. Teh pun ada macam-macam perisa, tapi yang paling famous ialah teh strawberi.

Untuk kali ni, aku takde rasa teruja untuk membeli belah tapi lebih pada to enjoy kenyamanan udara dan jugak keindahan alam..haaa..gitu....tapi sebenarnya dalam masa yang sama, timing pegi tak cantik wei, beberapa hari sebelum gaji ha, sakit tau. Mujur gaklah asben available, maka bolehlah berangkut dengan budak-budak.

Kalau memanjat Cameron biasanya memang akan naik ikut Simpang Pulai, jarak lebih jauh dari laluan Tapah tapi liku jalan tak sehebat Tapah. Anak pulak jenis mabuk kalau naik Cameron mesti muntah.


Sesampai kat sana suhu menunjukkan 15 darjah celcius, kalau kat bawah tadi dalam 32 darjah. Wah..bestnya....Kali ni akan bermalam di Hotel Capthorne yang dulunya nama Hotel Equatorial. Ini satu-satunya hotel yang ada swimming pool kat Cameron Highlands ni. Tapi swimming pool bukanlah open macam biasa tapi berada dalam bangunan dan berbumbung.

Kebetulan pergi kali ni hujan pulak, sampai-sampai sana singgah Nova Shopping Mall, yer..Cameron highlands dah ada shopping mall. Tidaklah besar tapi dalam tu ada banyak jugak tempat makan macam teh tarik Place, kedai makanan arab dan beberapa restoran lain. Selain tu ada farmasi Watson dan yang menarik untuk anak-anak, ada mini indoor theme park, mak pak..sediakan duit ajalah..huhu. stress jugak lah waktu tu dah lapar, nak makan, si Namee pulak sibuk nak main permainan yang ada.










Bangunan sebelah tu pun ala-ala indoor theme park.

Elok-elok dah main, tengah makan hujan turun lebat, wahhh...,makin sejuk suasana....hehe..lepas makan, check in hotel, Nova ni dekat jer dengan Capthorne tu, ni dah area Brinchang.

Sepanjang 3 hari 2 malam tu kami tak explore sangat tempat-tempat yang ada sebab datang ada meeting dan juga cuaca hujan...budak-budak babahnya bawak mandi kolam.

Ni gambar-gambar sekitar hotel.

























Hari ketiga before balik barulah membeli sikit buah tangan, itupun cuma strawberi dan keychain utk anak-anak dan jugak kawan-kawan dorang.

Shopping pun sebelah hotel jer, Kea Farm.













Ada empat perkara aku nampak yang banyak berubah:

1. Dah takde lori-lori angkut sayur yang buruk-buruk, semua guna pickup moden..memang sepanjang duk sana masa tu takde nampak satu pun.

2. Semakin banyak pilihan tempat makanan Halal, kalau dulu sangat limited selain makanan hotel, sekarang dah banyak.

3. Semakin banyak pusat agro pelancongan yang mana dalam satu-satu pusat tu ada tempat petik buah strawberi, jualan sayur dan buah, bunga, tempat makan dan jugak taman permainan kanak-kanak. Jadi, cuma pilih tempat mana nak pegi...

4. Penanaman dibuat lebih baik dengan cara lebih mesra alam berbanding beberapa tahun dulu. 

So, bagi aku.. CAMERON HIGHLANDS SEMAKIN BEST! 

So, kalau tercari-cari tempat nyaman dan selesa, bolehlah naik Cameron Highlands yer. Jem? Kena tengok timing...weekend memang padat dengan orang ramai. Ada yang rajin untuk buat trip sehari ke Cameron Highlands untuk menikmati suasana dan membeli belah. Tempat yang aku teringin nak jelajah ialah ladang teh Boh di Sg Palas dan Mossy Forest..tak taulah bila boleh pegi.

Ni salah satu pusat agro yang sempat singgah sekejap. Green View Garden ni terletak di jalan semasa menurun untuk ke Simpang Pulai. Hentian kedua terakhir kalau nak singgah. 






Kalau pergi Jumaat sehingga hujung minggu, jangan lupa singgah di Pasar Malam Brinchang yang famous, depan Balai Polis. Aku dan family kalau ke sana wajib beratur beli ayam goleknya yang sedap. 

Cameron Highlands ni khazanah negara kita, dulu kecoh pasal penjagaan alam tak dibuat dengan baik yang menyebabkan berlaku tanah runtuh di kebun sayur sampai ada kehilangan nyawa. So kalau kita pergi sana, janganlah nak buang sampah merata-rata dan membuat pencemaran. Sayangilah alam...

3 comments:

  1. Bestnya. Rindu pulak nak naik Cameron ni. Haida memang suka naik sini dari zaman kanak-kanak. Abah suka bw kami ke sini

    ReplyDelete
  2. Pegilah haida..layan cuaca best.. View cantik. Hilang kejap stress

    ReplyDelete