Wednesday, 16 May 2018

Selamat Hari Guru

Setiap kali Hari Guru disambut mesti penuh cerita pasal kenangan cikgu sekolah kan, ni untuk yang baya-baya akulah dan jugak yang dah habis sekolah. Cikgu ni selain cikgu zaman sekolah rendah, sekolah menengah, ada jugak cikgu di zaman universiti atau kolej kan. Nama panggilan berbeza, upgrade dari Cikgu kepada Pensyarah.
Dalam banyak-banyak cikgu, salah satu cikgu yang paling aku ingat zaman Matriks aku kat UUM ialah Cikgu Subjek Ekonomi aku. Sebab? Haha…nama Cikgu tu Cikgu Akmar, nama penuh..tetttt…aku lupo…Cikgu Akmar ni memang motherly tau, dia bebel pun “merdu” jer kitaorang dengor….
Dalam Subjek Ekonomi ni ada keluk Permintaan dan Penawaran (Demand and Supply), sejak sekolah menengah aku kurang paham caner nak lukis keluk tu, mujur masa SPM dapat A1 kau, haha....tapi aku rasa jawapan aku berkaitan keluk salah masa tu. So everytime ada exercise buat keluk atau kuiz, aku memang fail. Sampailah satu hari Cikgu Akmar ni jerit kat aku, "Wan...!!!! Kalau salah keluk ni, cikgu panggil Wan Empuk Wan Malini...."

Dan bila buat, ternyata aku gagal lagi....haha..sori cikgu, dan memang dijeritnya aku Wan Empuk!!!! sepanjang kelas pada hari tu. Bergegar kelas tapi aku sengih jerlah.. Muka bajet kiut. Lol...

Mujur dia tak hempuk aku sekali masa tu. Magiknya, selepas kejadian tu, aku dah paham dan pandai buat keluk...Syukurrrr...Dan semestinya ekonomi aku A hokay...dua sem berturut-turut. Thanks to Cikgu Akmar.

Ni contoh keluk Permintaan dan Penawaran tapi bukan aku lukislah, google image aja...

Banyak lagi kenangan dengan cikgu tapi entahlah tetiba teringat Cikgu Akmar masa pagi tadi kat radio ada slot ucapan untuk cikgu yang paling diingati.  Selamat Hari Guru kepada semua yang pernah mengajarku, segala ilmu kalian curahkan amat aku hargai. Semoga semua cikgu terus diberi kesihatan berpanjangan dan dirahmati Allah sentiasa. Aminnnn
Percayalah, sesungguhnya bukan senang jadik Cikgu ni, aku tengok pun horror okay nak ngajor bebudak....Tabik spring pada semua cikgu. 
Sebab tu setiap tahun Hari Guru aku usahakan setiap anak aku akan bagi hadiah pada semua cikgu dia yang mengajar. Sebolehnya taknak ada pilih kasih cikgu faveret dan tak sebab semua cikgu dah berusaha mendidik anak-anak aku. Maybe nak belikan barang mahal tak mampulah, aku cuma mampu beli ikut yang terdaya tapi percayalah cikgu, cikgu insan MULIA.

No comments:

Post a Comment