Pernah tak korang tetiba tertidur tanpa sedar? Contohnya masa driving, tetiba rasa macam “hilang” beberapa saat? Keadaan ni dinamakan MicroSleep.
Apa sebenarnya MicroSleep ni? MicroSleep ni dikatakan sebagai tidur secara tiba-tiba di luar sedar kita dan boleh jadik kat mana-mana pada bila-bila masa. Biasanya MicroSleep ni jadi bila kita terlalu letih sebab tak cukup tidur. Kenapa aku fokus semasa berpuasa. Yelah, masa puasa kita kan lebih mengantuk dan letih dari hari-hari biasa, tak cukup tidur dan jugak lapar.
Semasa kita berpuasa, badan agak letih bila setiap hari kita akan bangun untuk sahur lebih awal dari waktu yang biasa kita bangun dan di sebelah malam mungkin tido agak lewat dari kebiasaan juga kerana bulan ini lah peluang untuk kita beribadah sebanyak mungkin, InsyaAllah. Kesan daripada itu, badan yang letih kadang-kadang menyebabkan kita mengantuk.
Sebelum ni aku ada dengar pasal kawan-kawan yang tetiba tertidur semasa memandu dalam bulan puasa. Bahaya kan? Semoga tak terjadi pada kita semua dan alhamdulillah kawan-kawan aku tu takde apa. MicroSleep ni jugak biasa terjadi pada orang yang kerja shift malam atau yang ada masalah tidur macam insomnia dan sleep apnea atau apa-apa keadaan yang menyebabkan kurang tidur atau tak cukup tidur.
Sumber gambar: www.dekra-solutions.com
MicroSleep kebiasaanya boleh terjadi selama beberapa saat sehingga dua minit. Dalam tempoh masa tu, kalau kita sedang kendalikan mesin tajam atau memandu kenderaan, fuh, ngeri kalau dibayangkan.
Tak cukup tidur memang akan meningkatkan risiko berlakunya MicroSleep yang seterusnya boleh menyebabkan kemalangan semasa bekerja dan kemalangan kenderaan. Beberapa tragedi besar pernah terjadi disebabkan oleh microSleep ni ialah bencana nukelarChernobyl dan letupan Challenger pada tahun 1986, tumpahan minyak Exxon Valdez dalam tahun 1989, dan beberapa kemalangan kapal terbang. Takut kan?
Walaumacamanapun, dalam kita berpuasa kerja tetap kena pergi dan anak-anak yang bersekolah kenalah pegi sekolah kan. Jadi, macamana nak pastikan kita cukup rehat supaya tak terjadi MicroSleep ni?
Mengelakkan MicroSleep semasa memandu waktu berpuasa:
1. Elakkan memandu dalam keadaan mengantuk.
3. Tidak memandu berseorangan, boleh bergilir memandu.
4. Kekalkan kerterjagaan minda, boleh dengar radio atau bunyi-bunyi yang membuatkan kita sentiasa peka tapi jangan pula gunakan handphone semasa memandu.
Mengelakkan Microsleep semasa belajar atau bekerja waktu berpuasa:
1. Kekal peka melalui cara berinteraksi dengan orang di sekeliling.
2. Gerakkan badan sekiranya berada di tempat yang sesuai, contohnya mengerakkan tangan memusing pen atau pensel di meja.
3. Berehat sebentar dari belajar atau bekerja.
Lain-lain tip gaya hidup semasa berpuasa:
1. Seboleh mungkin dapatkan tidur atau rehat yang mencukupi.
2. Makan makanan berkhasiat yang membekalkan tenaga seperti makanan yang mengandungi Karbohidrat kompleks dan juga protein. Jangan mengambil alkohol. Mak ayah boleh pastikan anak-anak dapat makanan berkhasiat sepanjang berpuasa.
3. Ambil supplement yang mengandungi Vitamin B dan C.
4. Tidak digalakkan mengambil minuman berkafein dengan jumlah yang banyak semasa berpuasa kerana mungin menyebabkan dehidrasi pada badan kerana akan kerap membuang air. Ambil sekadar perlu sahaja.
Dan selebihnya, kita bertawakal dan berserah pada Allah.
Sumber Rujukan:
Saya ada masalah micro sleep ni. Komen saya, buat lah apa pon dalam kereta seperti dengar radio ke bukak tingkap ke, saya tetap akan tertidur juga kerana ia berlaku secara automatik. Saya dalam dilema skarang ini bagaimana saya hendak memandu ketika berpuasa kerana micro sleep yang lebih teruk ketika berpuasa. ����
ReplyDeleteYa Allah, kesiannya. Dah dapatkan treatment? Kat hospital ada sleep study yang maybe boleh bantu.
DeleteYa betul tu saya keje pandu van,time bulan puasa ni kalau memandu,buat la apa pun microsleep ni serang secara tiba..selalu terjadi dlm keadaan sedar..2 saat je pun boleh bahayakan diri sendiri dengan orang lain...
Delete