Zaman sekarang ni, antara word paling in ialah
viral, atau dalam kata lainnya, tular, isu-isu yang tengah hot, tengah
trending, yang sana-sini orang sembang pasal tu. Rasanya setiap hari ada jer
berita yang diviralkan.
Viral ni biasanya kalau berita-berita
negatif cepat sungguh orang sebarkan. Dapat-dapat jer terus share. Kadang tu,
tengok balik, yang tukang share tu bukannya baca berita tu sampai habis pun.
Ada jugak berita dah viral tu tak sepenuhnya pun dari berita asal. Maklumat tak
lengkap tapi sibuk jugak nak share.
Sepatutnya, kalau kita dapat berita tu,
baca bagi habis, hadam dan fahamkan. Kalau kita rasa betul, bolehlah share.
Kalau ragu-ragu baik jangan share. Dalam zaman akhir zaman ni, rasanya banyak
sangat berita yang meragukan dan boleh mengundang fitnah.
Tabayyun tu pulak apa? Biasa dengar
tak? Atau pernah dengar tak? Kalau tanya saya..Saya pun tak tau sebenarnya apa
benda tabayyun ni.
Tabayyun ni bahasa Arab untuk viral ke?
APA ITU TABAYYUN?
Tabayyun sebenarnya berasal dari
perkataan Arab dan ditafsirkan oleh Para Ulama' dengan maksud menyemak
kesahihan. Kesahihan ini biasa dikaitkan dengan penyampaian berita. Berita
disampaikan dalam pelbagai saluran komunikasi seperti lisan, penulisan, media
bercetak, secara online dan sebagainya. Untuk perkongsian kali
ni kita fokus pada media sosial. Media sosial pada era sekarang, sangat-sangat
meluas penggunaannya
Imam Asy Syaukani Rahimahullah
berkata, "Yang
dimaksud dengan tabayyun adalah memeriksa dengan teliti dan yang dimaksud
dengan tatsabbut adalah berhati-hati dan tidak tergesa-gesa, melihat dengan
keilmuan yang dalam terhadap sebuah peristiwa dan khabar yang datang, sampai
menjadi jelas dan terang baginya." (Fathul Qadir, 5:65)
KENAPA MESTI TABAYYUN?
Dalam zaman sekarang, capaian kepada
berita sangat mudah, perkongsian berita itu juga sangat-sangat mudah. Biasanya,
tak menyempat-nyempat semua kita nak share, berpegang pada prinsip Sharing
is Caring.
Tapi...apakah kita tentu sah maklumat
yang kita share tu betul dan boleh disebarkan? Bimbang-bimbang maklumat salah,
disebarluaskan, akibatnya, memberi impak negatif.
Sharing is caring without checking may
lead to Sharing is Scary...
KAITAN TABAYYUN DAN AGIHAN ZAKAT?
Berita seharusnya diteliti dahulu
kebenarannya bagi mengelakkan sebarang agenda tidak baik yang menjurus kepada
fitnah, penipuan dan memburukkan sesuatu pihak.
Dalam al-Quran, Allah SWT telah
berfiman dalam Surah al-Hujurat ayat 6;
Maksudnya: Wahai orang-orang
yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita,
maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kami tidak menimpakan
fasik membawa sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini-dengan sebab
kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu
telah lakukan. (Surah al-Hujurat: Ayat 6)
Imam Ibn Kathir berkata: Allah
memerintahkan agar kita benar-benar menyemak berita dari orang fasik dengan
mewaspadainya supaya tidak berlaku sebarang pendustaan dan kekeliruan.
Kebanyakan ahli tafsir menyebut, ayat di atas diturunkan kepada al-Walid bin
'Uqbah bin Abi Mu'ith ketika menjadi utusan Rasulullah untuk memungut zakat
daripada Bani Mustaliq.
Dalam kisah ni, al-Walid bin 'Uqbah bin
Abi Mu'ith ni sebenarnya utusan yang dihantar oleh Rasulullah tapi dia membawa
berita palsu yang kutipan zakat tak dapat dibuat sebab Bani Mustaliq nak bunuh
dia, sedangkan sebenarnya dia yang takut. Bani Mustaliq baru memeluk agama
Islam dan ingin menunaikan zakat. Bani tersebut yang menunggu kedatangan
Rasulullah untuk mengutip zakat, mula tak berpuas hati bila takde sapa jumpa
dengan mereka untuk kutipan.
Disebabkan tak puas hati, wakil Bani
Mustaliq berjumpa dengan Rasulullah. Semasa pertemuan tersebut, Rasulullah
bagitahu bahawa Baginda telah menghantar utusan. Setelah diselidiki lebih
lanjut, barulah terbongkar bahawa al-Walid tadi dah menyampaikan berita palsu
berkenaan Bani Mustaliq. Percanggahan berita tersebut dari situasi sebenar
boleh mengundang kemarahan pihak yang berhubung.
Sebagai penyampai berita, seseorang itu
juga harus bertanggungjawab ke atas berita yang disampaikan olehnya.
Keadaan seumpama di atas boleh kita
kaitkan dengan situasi yang berlaku sekarang. Perkara berkenaan agihan
zakat yang amat-amat dituntut dalam Islam, Lembaga Zakat berperanan membuat
agihan zakat.
Contoh yang pernah viral adalah tuduhan
di media sosial yang mengatakan Lembaga Zakat Selangor (LZS) lambat memberi
zakat kepada keluarga yang terpaksa duduk di bawah jambatan. Hakikatnya,
maklumat tak sampai kepada pihak LZS.
Kalau kita tengok kat FB page LZS, ada
netizen yang bagi komen yang lebih kurang macam ni,
“Ada asnaf ni susah, anak ramai, rumah
berlubang, itu ini. Pegila cari dorang tu"
Ada jugak yang komen, “Saya ada kawan
muaalaf, Zakat tolonglah bagi bantuan…”
Tu jer ke? Takde langsung maklumat
sebenar pasal asnaf tu. Macammana agaknya Lembaga Zakat nak carik
mereka-mereka ni? Lembaga Zakat ni ada kuasa ke atau gajet nak detect asnaf ni
ada kat mana? Kalau ada bolehlah buat macam kita guna Waze nak carik tempat
kita nak pergi.
Cubalah bagi details, nama penuh,
nombor kad pengenalan, lokasi tepat di mana mereka tu berada, nombor untuk
dihubungi kalau ada dan boleh jugak ditambah dengan gambar (sebagai bukti).
Hubungi pihak LZS melalui saluran yang betul.
Adakalanya, LZS tidak mendapat info
berkenaan insan-insan yang memerlukan bantuan tapi dengan semberono telah
dituduh tidak menjalankan tugas.
Apa kata, sebagai orang awam yang
berhati mulia, sama-sama kita bantu LZS dengan memberikan info yang lengkap
tentang yang memerlukan. Janganlah semata-mata menjerit dalam media sosial.
Kalau setakat menularkan berita di media sosial bukanlah satu jalan
penyelesaian.
Cuba kita bandingkan jugak, dah berapa
banyak sumbangan zakat yang telah sampai kepada asnaf dengan asnaf yang masih
tak terima bantuan? Lembaga Zakat tak pernah sekat untuk agih zakat pada
mana-mana asnaf pun sebab duit tu memang hak asnaf. Bantu lah pihak Zakat untuk
membantu golongan yang memerlukan. Lepas ni, kita viralkan lebih lagi berita
positif yer....
Berita yang tak betul mencemar imej LZS
dan menyusahkan agihan dibuat kepada insan yang memerlukan. TABAYYUN lah dahulu
sebelum menyampaikan berita berkenaan tindakan LZS.
Terima kasih kepada yang menyokong
Zakat Selangor. MEMBANTU mereka yang memerlukan adalah peranan dan
tanggungjawab kita bersama.
#zakatselangor
#samamembantu
#semaksebelumsebar
#zakat
gambar dkt kaitan tabayyun tu lari..kna btl kan...:)
ReplyDeleteBagus maksud tabayyun...jgn berprasangka buruk. Good sharing
ReplyDelete