Berjaya jugak bercuti ke Pulau Tioman start Jumaat lepas, 12hb sampai 14 hb Mei 2017.
First time jejak ke Pulau Tioman. Setau aku biasa orang gi Tioman ni naik Berjaya Air. Bila sendiri nak pegi baru gali info how to get there.
Pilihan bercuti ke Pulau Tioman ni was decided few days before by Mr hubby. Dia survey, aku booking hotel via booking.com. Tapi, sehari sebelum ke sana, resort yang dah book tu call and gave better offer, in term of price, dikurangkan, bilik yang sama tp less price. So, cancel yang di booking.com.
Jumaat tu, anak-anak dipontengkan sekolah 😊. Sekali-sekala, jangan tiru aksi ini.
Bertolak dr rumah seawal 4am Jumaat tu, akan naik feri kat Jeti Tanjung Gemok. Ada dua jeti feri yang boleh bawak ke Tioman, Tanjung Gemok dengan Mersing.
Asben decide to go to Tanjung Gemok. Target nak naik feri jam 11.30am. Sampai jeti, beli tiket sehala ke Kampung Genting, Pulau Tioman, harga RM 35/dewasa, RM30/kanak2 umur2 tahun dan ke atas.
Nak beli tiket return sekali tapi awal sangat feri yang available, jam 9 am dari sana. Mcm rugi nnt tak cukup masa. So beli tiket dari kaunter Feri Bestari dan beli tiket balik dr Feri Dragon Star.
Naik feri boleh pilih nak turun Kampung Tekek atau Kampung Genting. Kami pilih Kampung Genting, sampai Jeti Kampung Genting nnt pihak resort akan pick up guna boat pulak. Exciting yah.. Naik feri.. Naik bot.
Yang tak berapa best cuma jeti Kampung Gemok tu panas, orang ramai. Anak pun dah meragam, buat bising itu ini..
Berpeluh2..musyuk dah masa menunggu. Panggilan masuk ke departure hall dibuat dengan menyebut warna boarding pass yang kaunter tiket bagi sekali dengan tiket.
11.30 patutnya dah jalan, tapi delay...jam 12 gak lah rasanya baru naik feri.. Lemau nunggu.. Penuh feri dgn groups.
Perjalanan 1 jam setengah dr Jeti Tanjung Gemok ke Kampung Genting. Kat Kampung Genting, sampai dah kul 2 lebih. Pindah ke boat resort, perjalanan naik bot dari jeti Kg. Genting cuma 10 minit. Cuaca cantik.. View... Subahanallahhhh.. CANTIK sangat!!!
Makin tak sabar nak sampai.. Anak2 pun eksaited.. Alhamdulillah semua tkde yang mabuk laut.
Sampai resort dah dekat jam 3pm. Tunamaya Resort & Spa. Breathtaking view... Huhu... Jatuh chenta!
Ok.. Nak tido dah, nanti sambung.
No comments:
Post a Comment