Thursday 4 October 2018

Apa yang kita cari dalam hidup?

Tengahari semalam dapat call dari kawan sekolah, berdebar jugak bila kawan-kawan sekolah call, yelah, risau kalau-kalau ada berita kematian atau emergency yang melibatkan kawan yang kita kenali.

Rupa-rupanya member tu ajak makan. Kebetulan dia baru habis meeting di MOF, dia call aku dan sorang lagi kawan kitaorang. So, let's makan...lama jugak tak berjumpa kengkawan sekolah ni. Oh yer..sorang tu kawan dari sekolah rendah dan sorang lagi since sekolah menengah.

Aku namakan kawan aku yang call ni Anuar Zain lah (bukan nama sebenar) dan Siti Nurhaliza (juga bukan nama sebenar). Geng gila-gila masa sekolah. Kelas kami sebelah-sebelah, time Pendidikan Islam kami combine kelas sebab kami sekolah aliran biasa, ada campur non muslim dan ada Pendidikan Moral.

Selain mengimbas kenangan-kenangan lalu. Ada beberapa perkara yang kami bualkan yang buatkan aku teringat-ingat.

Sementara menunggu Siti sampai, Anuar sembang dengan aku, dan dia kata..

"Akukan...kerja...pastu aku sambung belajar..tapi..bila tengok balik, anak-anak aku..kesian"

Dan dia menceritakan kisah dia yang sangat busy bekerja, wife nya pun sama..Anak dia 4 orang,  dalam masa yang sama dia sambung belajar. Kerap balik lewat sehinggalah satu hari tu, dia terpaksa balik pukul 9 malam. Cikgu sekolah anak-anak dia (masa tu dua orang sekolah sama) bagitau dorang bawak anak-anak tu makan kat kedai mamak. Jadi, dia pun ke sana...Dari jauh dia nampak cikgu duduk meja sebelah anak-anak dia yang masih berbaju sekolah, waktu tu dah pukul 9 lebih, cikgu-cikgu sedang riuh sembang dan anak-anak dia makan roti kosong, muka tercengang-cengang berdua beradik. Tiba-tiba sayu rasa hati dia, dia balik..bincang dengan isteri...rancang semula perjalanan hidup dorang sekeluarga. Keputusan besar yang dia buat, suruh isteri berhenti kerja, uruskan anak-anak dan rumah. Dia bekerja dan dalam masa yang sama dia habiskan study. Alhamdulillah...sikit-sikit rezeki dia naik, dia susun atur kewangan dan sebagainya. Sekarang, dia dah kerja yang tinggi levelnya di sebuah syarikat besar. Sekarang dah 3 tahun sejak isteri dia resign.

 Kita kerja teruk-teruk, sambung belajar lagi untuk capai apa yang kita nak..tapi kita terlupa apa keperluan anak-anak kita. Sayu beb aku dengar.....

Cerita selingan lain, dia cerita kawan baik isterinya, dulu suami isteri kerja bagus, memang gaji besar dan sebagainya, diduga Allah, si isteri sakit buah pinggang...Selepas beberapa lama sakit, dorang ambik keputusan balik kampung di daerah Jelebu dan bersawah. Kehidupan dorang twisted 360 darjah, dari hidup di KL dengan kehidupan yang selesa terpaksa berpindah ke rumah sewa kampung yang daif...Tapi, kawan si isterinya tu sangat tabah dan positif. Setiap hari dia update gambar apa yang dia masak di rumah. Anuar tunjuk contoh masakan, ikan goreng, ulam-ulaman dengan tempoyak...Ya rabbi, tersentap naluri aku wei..adakah aku kalau diuji sebegitu akan jadik sekuat wanita tu?

Anuar pesan jugak, dalam hidup kita, dah umur-umur macam ni, ikatan silaturrahim yang akan bagi "live" pada kita, untuk kita merasa hidup. Betul...aku sangat bersetuju dengan dia. Tak sangka kami dah nak masuk 40s...

Moralnya, kehidupan kita sekarang tak semestinya selamanya macam ni, mungkin ada masa dan ketika perubahan besar akan berlaku, sama ada kepada yang lebih baik atau yang sebaliknya...Balik dari jumpa dorang aku terfikir-fikir..apa yang kita cari dalam hidup?

Image result for path in life
Biarpun dulu masa sekolah kami agak nakal, tapi alhamdulillah..we are what we are now..kami bukan dari sekolah yang ada nama, kami cuma sekolah biasa, yang letaknya di atas bukit di sebuah kawasan perumahan yang kalaupun aku sebut mungkin orang tak tau, tapi..kami menjadi..alhamdulillah..syukur sekali lagi. Bila dengar kisah-kisah kawan lain ada yang terlibat dengan dadah, meninggal sebab lumba haram dan sebagainya, gerun aku memikirkannya. Kes-kes yang macam-macam masa tu di sekolah. Minggu pertama sekolah Form 1, ada kes budak form 4 merogol..ya rabbi...takutnya...budak-budak nakal, merokok, ponteng, bergaduh antara kaum..bertumbuk depan pagar sekolah..terlibat dengan samseng. Bila dikenang-kenangkan buat aku terpikir, macamana aku boleh survive sekolah tu masa tu? 

Apapun, kesimpulannya, meskipun kita sekolah biasa, kita bukan tak boleh jadik yang luar biasa..kan? Lagi satu, carilah redha mak ayah dari kecik sampai bila-bila selagi kita hidup...kuncinya letak dalam doa mak ayah...Dan kita, kalau dah ada anak-anak, doa yang baik-baik untuk dorang. Semoga semua terpelihara...aminnn. Alfatihah buat kawan-kawan kami yang dah dipanggil mengadap Illahi.

No comments:

Post a Comment