Sunday 29 October 2017

Laman istimewa dalam Putrajaya

Putrajaya ialah tempat yang aku jejak setiap hari. Putrajaya ni bagi aku memang sebuah bandar yang serba serbi lengkap kemudahan. Dah nama pun pusat pentadbiran kerajaan, mestilah macam-macam ada kan. Kemudahan pun disediakan untuk kegunaan orang-orang yang memang tinggal di kuarters kerajaan dan jugak taman-taman perumahan dalam Putrajaya dan jugak untuk kawasan sekitar.

Putrajaya ni, bagi aku, selain bangunan dan landskap yang menarik, ada beberapa best kept secret yang mana ramai yang tak tahu atau tahu tapi tak pernah explore.

Kalau disebut tempat makan Taman Warisan Putrajaya Presint 16, ramai tahu nasi ayam dara dan roti john yang terkenal tu sampaikan nama tu boleh 'dijual' kat lain untuk meraih pembeli. Dari dulu aku selalu tertanya, kenapa nama Taman Warisan? Macam tak kena jer sebab buat jadik tempat makan. Tapi rupa-rupanya tempat makan tu hanyalah sebahagian kecil kawasan Taman Warisan yang digunakan. Kalau biasa ke sana.. Perasan tak bukit yang ada sebelah tempat makan tu?

Kalau nak tahu, secara keseluruhan taman tu ialah 35 ekar okay..bukan kecik tau. Jadi, kat mana sebenarnya "taman" tu?

Semalam, 28 Oktober 2017 aku dan berberapa rakan Kelab Blogger Ben Ashaari berpeluang menjelajah apa ada di sebalik pagar yang ada tepi bukit tu.

Aktiviti penjelajahan kami dengan menaiki buggy yang disediakan. Tiket masuk secara walk in ialah RM 8.50 untuk dewasa pemegang mykad dan RM 6.50 untuk kanak-kanak berumur 3-12 tahun.


Pintu masuk ni terletak atas bukit, kena naik tangga sikit dan ke kaunter tiket sebelum masuk. Kalau perlukan buggy, boleh tambah RM25 untuk sebuah buggy.

Sebelum masuk kami telah diberikan taklimat dan dimaklumkan kami akan 'terperanjat' nanti kalau dah masuk dan tengok apa yang ada. Makin excited nak tahu masa tu...Taman Warisan Pertanian ni dah dijenamakan semula berkonsepkan laman pertanian.


Perjalanan bermula di tengah panas tapi semua tak sabar nak jelajah kawasan. Pit stop pertama ialah plot padi. Yer! Padi tau di tengah-tengah Putrajaya. Kat situ diadakan permainan tangkap keli. Aku geli kot dan tak sanggup nak masuk bendang, ngengada sket.. Hehe. Dua orang geng #KBBA9 masuk.. Seronok tengok dorang menangkap keli.. Susah okay.. Kena tau tekniknya jugak.

Lepas tu kami dibawa tengok buah-buahan nadir. Nadir tu apa? Haa.. Buah-buahan nadir tu maksudnya buah-buahan yang jarang kita jumpa atau dalam bahasa inggerisnya rare. Salah satunya buah ni.. Aku tengok macam pumpkin (labu) jer tapi saiz kecik sangat plak dan kulit nampak lembut jer.

Rupa-rupanya itulah buah asam gelugur, sejenis buah dari spesis Garcinia atau kita biasa panggil manggis. Kenapa spesis manggis? Sebab ada kelopak-kelopak kat tangkainya macam  buah manggis. Inilah buah yang orang buat asam keping. Haha.. Nampak sangat aku tau makan jer. Rasa buah ni masam...dan katanya kalau makan buah ni selalu boleh kurus tau.


Lagi satu fakta pasal buah asam gelugur ni, walaupun dalam bentuk buah tapi tergolong dalam kategori rempah, macam cengkih, halba, dan. Lain-lain dan bukan dalam kategori buah-buahan atau sayur tau.

Bergerak ke depan sikit, kami diperkenalkan pulak dengan sejenis buah yang rupanya lagi sama macam manggis tapi warna merah muda. Ish... Pelik.. Eh mestilah pelik sebab ni pun buah nadir jugak. Nilah rupa buahnya.


Ta daaa... Nama buah ni buah beruas. Rasa? Masam manis, tapi hujungnya ada kelat pahit sikit, isinya ala manggis tapi manggis lagi sedap dimakanlah.

Selepas tu, kami dibawa tengok lada hitam. Biasa tengok gambar jer atau kalau yang biasa pegi Sarawak atau memang orang Sarawak biasalah jumpa kot.


Diberi merasa buah koko, berebut semua pakat nak rasa.. 


Lepas tu kami dibawa ke tempat demonstrasi proses menoreh dan penyediaan getah keping. Dulu sebenarnya kalau ikut sejarah, Putrajaya ni Ladang Getah yang luas dan nama asal ialah Prang Besar. Ada beberapa jenis getah yang asal dari sini dan dinamakan sempena Prang Besar. Kat sini ditunjuk kaedah traditional guna pisau motong yang dari dulu penoreh gunakan. Satu-satu pokok mampu mengeluarkan getah selama 25 tahun dan lepas tu akan dibuat penanaman semula. Getah yang dikeluarkan di Malaysia sememangnya terkenal kerana kualitinya.

Demo menoreh getah guna pisau toreh.


Getah yang ditoreh awal pagi biasa dalam jam 4-5 pagi adalah yang paling baik sebab pokok getah paling produktif masa tu dan akan keluarkan susu getah. Sebelah petang, getah yang dah bertakung dalam cawan di ambik.
Lepas tu, getah akan direndam dalam air dan cuka getah atau formic acid supaya susu getah tu beku. Cuka getah ni bahaya ok, jangan main sebab boleh melecurkan kulit.


Sus getah yang dah beku dileperkan guna mesin penggelek ni.


Dah langkah akhir, kepingan getah diasapkan dan dijemur supaya kering. Lepas tu baru boleh dijual untuk dikilangkan.


Selesai demo, kami dijamu buah-buahan segar.. Memang sedap sangat.. Fresh!



Selepas makan buah, ada demo cara-cara mendapatkan madu kelulut. Aku ingat madu kelulut datang dari lebah, rupa-rupanya tak. Kelulut tu sejenis serangga warna hitam. Fakta menarik pasal kelulut, kelulut ada 'GPS' sendiri untuk balik ke sarang dia yang disediakan walaupun semua sarang sama jer rupanya. Madu kelulut juga katanya lebih baik dari madu lebah. Wow...baru tau.

Madu kelulut kat sini diusahakan Tuan Haji Roslan yang by profession sebenarnya artikek dan sorang kawannya yang by professionnya, engineer. Hebat kan?



Last stop selepas tu ialah anjung, atau satu tempat macam platform yang mana kita boleh tengok pemandangan Putajaya. Nampak Parcel D... Masjid Merah dan kawasan-kawasan perumahan.


Cantik sangat pemandangan dari atas tu. Aktiviti lain ialah bowling kelapa.. Seronok baling.. Tapi tak kena pin.. Pin nya dibuat dari buluh dan bola dari kelapa yang dah dibotakkan sikit kulitnya.

Seronok! Tergelak-gelak kitaorang..

Sambil-sambil berjalan jumpa lah macam-macam pokok macam pokok petai, pokok kopi, pokok kedondong, rambutan, bacang, dan macam-macam lagilah. 3 jam macam tak cukup nak belek semua pokok yang ada.



Tapi pesanan untuk yang nak pegi, bepakaian yang sesuai dan kasut yang selesa untuk berjalan banyak. Kalau pegi time panas, bawaklah payung, pakai topi ke.. Atau boleh jgk bawak kipas.

Sebagai penutup, makan! Sajian kami disediakan Katerer Felda D'Saji. Sedapnya beriani dengan lauk-lauk yang sedap. Haa.. Felda D'Saji ni dah luaskan sayapnya ke Putrajaya dan Bangi. Nanti aku share dalam post lain. Tungggu tau.. Menarik untuk yang nak kahwin. Tungguuu...

Terima kasih Puan Sashi & team dari Putrajaya Floria Sdn Bhd & Felda D'Saji.

Untuk info tentang Taman Warisan Pertanian Putrajaya ni, boleh trngok kat sini:


Atau hubungi talian: 03-8888 2722

Email: info@tamanwarisan.my






13 comments:

  1. Menariknya satu pengalaman yg best kn2

    ReplyDelete
  2. Seronoknya..sayang tak dapat join. Tapi insyaAllah akan pergi juga nanti

    ReplyDelete
  3. serious nya muka tu..padahal nak makan buah koko je..huuuu

    ReplyDelete
  4. Kena bawak anak-anak plak ni...mesti mereka seronok.

    ReplyDelete
  5. Kalau bawak family datang sini pun best kan.. Menarik sangat Taman Warisan ni..

    ReplyDelete
  6. Rupanya ada tempat aktiviti menarik kat Putrajaya ni, nanti bolehlah ke Taman Warisan ni bawa anak².

    ReplyDelete
  7. best pegi sini,nanti nak pegi lagi la.bawak anak pun seronok ni.

    ReplyDelete
  8. Port ni dulu memang glemer time Putrajaya baru nak membangun, disinilah saya selalu melepak

    ReplyDelete