Saturday, 29 July 2017

Belated


Disebabkan lama sangat post ni bertapa dalam draft mode, sampai rasanya dah basi tapi tetap nak kongsi wei...sampai tajuk pun aku tukar sekali.

13 Julai aritu birthday aku yang ke 38. Kat opis, dapat surprise dari anak2 buah.. Awwww.... So sweeettt.. Nak nangis rasa wei. Dorang berkomplot kata ada benda urgent.. Suh naik opis kul 12. Aku tengah makan jamuan raya rasa nak tercekik makan takut ada isu besar.. Naik opis.. Tadaaa.... Dengan faveret kek dr SR, Choc indulgence. Huhu..terima kasih semua.. Terharu sangat..



Kalau orang buat surprise party untuk orang yang sambut birthday tu biasa kan.. So tahun ni kita nak buat lain dari orang, so walaupun sebenarnya aku yang buat surprise untuk suami dan anak-anak. Rare tak?

Acaner agaknya tu? Aku ambik cuti 14 Julai sebab nak prepare... Tapi tak bagitau suami.

Suami berbengkel kat KL since Rabu sampai Jumaat,  sob sob.. So besday aku Khamis dia whatsapp jer wish happy birthday.

Booked hotel kat De Pulze Cyberjaya, Citadine Apartment Hotel.

Check in... Setup bilik.

 



Pesan ngan asben ambikkan anak-anak balik petang tu dan suruh mandi siap-siap,  pakai baju cantik.  Aku balik.. Hmm semua tak mandi lagi... Sobs.. Cepat-cepat suruh siap... Lepas maghrib keluar. 

Anak-anak excited... Mama lagi excited nak surprisekan... 

Tergelak anak-anak tengok preparation mama,  
Kimi tanya,  "Ni kan birthday mama,  kenapa mama pulak surprisekan kitaorang?" 

Yelah,  dah takde sapa nak surprisekan mama.. Sobs..haha..ngada kan.. Takdelah.. Jawapan aku, 

 "Takpelah,  lain sikit,  anak-anak kan kecik lagi,  jadi takkan nak booking hotel.. "

Hotel Citadine ni best,  nice room..complete iron,  iron board,  dapur,  pinggan mangkuk semua sebab apartment type kan.  Strategic location.  Tapi satu jer,  takde pool untuk budak-budak,  adult size jer ada. 




1 comment:

  1. sekarang nak deco2 dah senang, bole beli diy je

    ReplyDelete