Monday, 3 December 2018

Misi memburu Cermin mata murah dengan lens anti sinar UV untuk anak

Aku pakai cermin mata (spek) sejak tingkatan 3, adik beradik aku yang lain semua pakai spek, kami berlapan beradik, kalau ada yang jumpa adik beradik aku tak pakai spek, huh..dia sesungguhnya sedang pakai contact lenses..haha. Mak abah pun pakai spek, cuma mak dah tua baru pakai lah. Husband pakai spek dari zaman Universiti tapi dalam adik beradik dia, dia sorang jer pakai spek, ulat buku kot laki ku tu kan...

So, secara tidak langsung, sudah nampak monopoli pemakai spek dalam keluarga kami. Makanya, anak-anak aku, dua pertiga dah pakai spek. Bermula dengan silau dan kemudian bila cek lagi, memang kena pakai spek. Sorang umur 13 tahun dan sorang lagi umur 9 tahun.

Budak-budak ni, kalau kami belikan spek memang yang biasa-biasa jerlah sebab kalau beli yang mahal, patah..nangis wooo....Tapi, baru-baru ni dan sebenarnya sekarang pun kawan-kawan dok bercerita pasal kedai spek yang best. Eyes Optical Vision di Sungei Wang Plaza.



Untuk orang-orang yang pakai spek dan bila takde spek ni memang akan rasa kehilangan dan penglihatan pastilah kabur kan...Kedai spek adalah antara kedai yang kena kerap lah dikunjungi especially bila ahli keluarga hampir semua pakai spek ye dak?

Basically dari pengalaman berpuluh tahun memakai spek.. Pada akulah kan.. Yang mahal tu letaknya pada lens. Biasa kalau frame memang boleh dapat murah tapi bila kena tang lens, hmm... Garu kepala wei nak pikir untuk bayar. 

Ramai kawan aku dah ke sana...Murah dan bagus katanya dari segi servis dan jugak spek tu sendiri. dorang buat, setengah jam dah siap..harga yang biasa cecah RM1,000 lebih boleh dapat RM300 atau less lagi kat situ. Yang biasa power rendah yang buat spek dalam RM200-300 boleh dapat RM100 lebih jer termasuk lens tu harganya...Apaaaa?????

Korang boleh cuba tengok sini, sini, sini, sini...haaa semua dok kata best buat spek situ.

Disebabkan desakan kuat (lebih kepada terpengaruh sebenarnya) oleh 'iklan' kengkawan, makanya aku ambik kesempatan cuti sekolah ni, nak buat spek baru untuk anak aku, Kimi. Dia ni suka tengok tv dan tipon, main games huhu, jadi, mata dia tu memang terdedah lah pada cahaya gajet dan actually boleh jadikkan mata penat.

Gigih aku dengan anak-anak ke Sungei Wang Plaza harini. 

Eyes Vision Optical, Sungei Wang Plaza. 

Sampai kat Vision Optical yang terletak di Lot G096, Sungei Wang Plaza, mata  aku meliar menengok punya banyak pilihan frame.. Kedai tu kalau ikut saiz, dua lot.. Dan betul-betul setentang dengan Eyes Vision Optical tu pun kedai dari tuan yang sama, satu lot dengan penuh spek yang dilabelkan RM65. Nganga jap nengok.. Betul ke frame + lens cuma RM65???

Owner kedai, Jun menyambut kedatangan kitaorang, kedainya baru jer mula beroperasi jam 11 pagi, masa kami sampai dalam jam 11.10 pagi. Kedai ni bukak jam 11 pagi-9 malam setiap hari. Tapi memang dah ada customer lain yang datang. Jun suruh pilih frame dari kedai lot depan.. Mana-mana frame pun boleh. 

Tahukah anda bahawa dalam tu ada pilihan lebih kurang 3 ribu pilihan frame dengan satu harga siap semua cuma RM65? Diulang suara.. 3ribu okay.. Tu belum termasuk frame branded lain yang dipamerkan kat kedai tadi. Memang rambang mata nak pilih. Lagi satu yang menariknya, setengah jam boleh siap katanya.. Fuh.. Mesti ready stok lens pun banyak ni. Benda macam ni memang ler menggembirakan sebabnya dahlah pilihan banyak, murah dan siap cepat wei... Nak nangis rasa sebab baru jer buat spek baru bulan lepas. Kalau tau memang tak terjah ke lain dah.. Datang sini jer. 

Pilih jangan tak pilih... Macam-macam brand ada..

Pilih frame tahan lasak.. 

Alpha Blue 420 Lens

Berdasarkan explaination Jun, aku sangat tertarik dengan lens Alpha Blue 420. Sebab apa? Apa kelebihan lens jenis tu? Kenapakah selama ini aku tatau?

Sabar... Sabar...jap aku kupas satu persatu yer.. 

Macamni.. Sebelum ni aku pernah jugak dengar pasal blue cut lens dari kedai-kedai spek famous, dan khabarnya blue cut ni boleh caras uv dari masuk ke mata. Maksudnya sesuai kalau digunakan untuk yang biasa mengadap komputer, mengadap handphone.. Tapi... Biasalah.. Harga memang ada tambah lah dari lens biasa kan. 

Tapi.. Masa Jun buat demo.. Beza blue cut lens yang ada di pasaran dengan Alpha Blue 420 memang terasa tipah tertipu teruslah dengan kisah blue cut lens sebelum ni. Jun gunakan led pointer light untuk tunjukkan beza, lens biasa, blue cut dengan Alpha Blue 420. Cermin biasa yang ditembak dengan cahaya dari pointer tu memang tembus cahaya  maksudnya memang takde protection dari sinar uv untuk tembus masuk ke mata kita. Cuba pulak blue cut lens, tembus gak..aik..sama jer macam lens biasa. Pastu bila turn test pada Alpha Blue 420..tak nampak cahaya tembus.. Oooo... Itu bezanya.. Bila ditembak cahaya dari depan.. Nampak pantulan cahaya biru pada kertas putih. Fuh.. Mujur wei sebelum ni tak terjebak beli blue cut lens tu. Sia-sia kalau beli. 

Istimewanya lagi lens ni registered atas nama Jun. Teruslah pilih lens tu untuk spek baru Kimi. Jumlah harga? RM 65 + RM 60 (Alpha Blue 420 lens).... Murah sesangat lah... Huhu. Lens tu pun memang elok untuk budak-budak sekolah. 



Definitely akan datang lagi buat spek aku sendiri, nak ajak asben.. Nak bawak mak abah.. Nak suruh adik beradik pegi situ nanti. 

Setengah jam siap... Yezzzaaaa.... Tadaaa... 
Bergambar dengan Jun.. Untuk maklumat lanjut boleh berhubung dengan William dari Eyes Vision Optical di talian 016-377 1304. 

Sunday, 2 December 2018

Magic Sponge

Lama dah viral pasal magic sponge ni. Sponge yang membuatkan kerja-kerja mencuci lantai.. Dinding dan sinki lebih mudah. Aku baru beli beberapa minggu lepas. Yer..memang dah lambat. Di saat orang dah lama guna.. Aku baru nak mula..

Sejenis yang tunggu ahli keluarga sendiri atau kawan-kawan dalam cycle terdekat bagi testimonial benda tu bagus baru nak carik. Hehe..

Apa yang bestnya magic sponge ni? Sejak dah beli.. Seminggu gak terperap jer sponge tu dalam plastik. Aku beli 100pcs..100pcs??? Haah kau... Sekali beli 100pcs. Murah jer..aku beli kat Shopee, 100pcs tu aku beli harganya di bawah RM10..termasuk postage adalah dalam RM15. Murah kan? So.. Expectation aku pun takdelah tinggi... Katakan sponge tu tak menjadik pun macam orang dok kata tu.. Disebabkan murah.. Tak ralat sangat kan? Ataupun sebenarnya sponge tu ada jenis-jenisnya yang aku tak tahu.

Masa dapat dah parcel.. Tengok isi.. Kecik jer sponge tu..tak sampai sebesar tapak tangan. Rupa dia pun macam sponge putih letak dalam kotak kita beli barang fragile tu jer.. Cuma lembut.. 

Semalam masa mengemas rumah, aku test guna sponge tu... Huwaaaaaaa..... Bestnya weiiii!!!! Sapa cipta benda ni haaa? Memang senang nak cuci bilik air.. Kerak-kerak di lantai.. Dinding.. Keluar habis. Sinki-sinki termasuk kepala paip yang selalunya ada kesan sabun putih tak ilang tu kan.. Hilang tau.. Saiz sponge ni kecik jer dan konsepnya pakai buang.. Bila dah gonyoh-gonyoh tu.. Sponge dah kotor dan koyak.. Buang jer. Yang bestnya lagi, takyah pakai sabun.. Basahkan jer sponge tu, perah dah guna. Cuma aku tak pasti sponge ni biodegradable ke tak.. Kang guna banyak-banyak, buang, mencemarkan alam pulak. 


Ni aku test lap kesan permanent marker pen yang anak aku gunakan atas meja marble kat rumah.. Takyah tonyoh.. Lap dengan biasa jer.. Hilang teruih. 

Disebabkan guna sponge ni tak perlu sabun.. Memang elok sangat untuk yang ada allergik sabun. Beli.. Guna tau.. Korang boleh gak beli kat Mr Diy atau kedai Eco. 





Wednesday, 28 November 2018

Regangkan otot bersama SoStretch

Biasanya kita buat regangan sebelum senaman kan..dan biasanya kalau kita sakit-sakit badan, kita pergi urut. Kali ni nak share yang kita boleh jugak buat regangan otot tapi bukan dalam fasa persediaan untuk bersukan. Nak tau macamana? Meh nak share sini.

Baru-baru ni berpeluang ke SoStretch yang terletak di Aras 14, Menara IMC, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, menurut yang dah pergi ke sana macam big boss Ben Ashaari dan Kak Nina, sesi dilanyak bak kata Kak Nina tu nampak macam best gak. Dalam kepala ni dah terbayang ditarik dan dilipat macam sejenis massage tu (yang aku tak penah try sebab ngeri membayangkan nak kena lipat..haha).

Rupa-rupanya SoStretch ni terletak dalam bangunan pejabat. Aku ke sana hari Sabtu, memang sunyi dan kena daftar dulu di Lobi sebagai Pelawat, ambik kad dan baru boleh melepasi laluan ke lif untuk naik ke tingkat 14. 

Naik ke tingkat 14, kita akan jumpa surau, SoStretch ni terletak di hujung lorong. Kalau tak biasa boleh sesat lah sebab memang takde orang untuk bertanya. Dalam tangan dah standby handphone untuk call SoStretch untuk tanya lokasi. Menara IMC ni betul-betul depan Hotel Shangri-La dan jugak Hard Rock Cafe.

Sebelum mulakan sesi stretching, aku isi form dulu yang dalam tu ada maklumat perlu dipilih pasal apa yang kita harapkan atau bahagian badan mana kita nak fokus. Lepas tu kena salin pakaian kepada pakaian yang disediakan. Kalau tengok environment memang selesa, peralatan simple dan kemas. Dalam satu-satu masa maksimum boleh tiga orang sebab ada 3 katil yang dipisahkan langsir. 





Physiotherapist yang bagi treatment namanya Ros. Sambil buat stretching tu sempatlah bertanya sebenarnya kaedah ni asalnya mana dan sebagainya. Ros bagitau stretching ni asal dari Jepun, manager SoStretch sendiri dari Jepun. Mereka yang bekerja kat situ semua merupakan Physiotherapist (Jurufisio) yang belajar kemahiran stretching. Fisio ni biasanya untuk kita yang alami kecederaan pada mana-mana anggota badan, salah satu cara pemulihan kan?
Kiranya di SoStretch, kemahiran mereka bukan sahaja pada fisio tapi ada add on atau nilai tambah kat situ, stretching.

Physiotherapist akan buat simple test kat kita untuk melihat kelenturan atau fleksibiliti badan. Ada tiga test, satu tu aku kena pegang tuala kecik yang digulung menggunakan kedua-dua tangan yang ditegakkan ke depan tubuh dalam posisi duduk, dan kemudian, pusingkan tangan ke kanan dan ke kiri, sejauh mana boleh pusing. Yang kedua, ialah tundukkan badan untuk tengok sampai mana tangan boleh cecah lantai dan yang terakhir angkat kaki sebelah, kiri dan kanan dan tengok yang mana lebih stabil.

Stretching ni nampak simple dan biasa kita buat sendiri jer kan....tapi kalau orang buatkan, impaknya lagi ok kot. Kita pun boleh pilih nak light-light ke medium ke atau heavy stretching tu. Setiap gerakan yang dibuat, Ros akan bagitau kesan regangan tu kat area mana. Kalau ikutkan, tahap regangan dan rasa sakit juga berbeza mengikut orang. Ini juga bergantung pada fleksibiliti tubuh seseorang.

Sepanjang sesi tu, memang best rupanya diregang-regangkan..aku bagitau nak regangan di area bahu, area belakang dan juga betis (banyak berjalan). Physiotherapist mulakan dengan tangan dulu, best nya diregangkan...kemudian fokus pada badan, dan last tang kaki...Satu jam sesi, macam tak cukup pulak.
Ros kata ada sesetengah orang tak tahan sakitnya dan ada yang lena semasa sesi tu. Aku? Enjoy sungguh session tu...especially part belakang, lega rasanya diregangkan. Ros bagitau SoStretch ni baru pindah ke tingkat 14 sejak bulan September 2018. Sebelum ni dalam Klinik di tingkat 3. Target mereka memang pelanggan di kalangan staff dalam bangunan Menara IMC tu. Yelah, macam kita yang bekerja pejabat ni, selalu duduk tercongok depan pc kan, best nya bila badan tu boleh diregang sesekali.

Tapi, menurut Ros, stretching ni paling kerap pun boleh dibuat 2 kali sebulan, kalau banyak kali boleh memberikan risiko kecederaan. Ini kerana stretching akan melibatkan otot. Orang bersukan memang akan jaga bab ni, silap haribulan, terlebih regangan, soft tissues boleh injured...bahaya kan. Satu-satu sesi pun maksimum 90 minit, bersamaan satu jam setengah jer, tak lebih dari tu.

Ini harga rawatan kat sini: 

CG Balance Stretch 
Upper Body - RM80/30 minit
Lower Body - RM80/30 minit
Whole Body - RM160/60 minit , RM240/90 minit
Pelvic Adjustment - RM160/60 minit
Pelvic Adjustment + Upper or Lower Body - RM240/90 minit 
Improving Sport Perfomance - RM200/60 minit

Physiotherapy
Physioterapy - RM80/30 minit, RM150/60 minit , RM220/90 minit
Physio + Stretch -  RM 160/60 minit

Nak tau lanjut pasal SoStretch boleh tengok sini:
Web : www.sostretch.com
Instagram : https://instagram.com/sostretch
Facebook : https://www.facebook.com/sostretch/ 
bolehlah jengah untuk tahu sebarang promosi yang berlangsung. Sekarang ni memang ada promosi free sesi stretching untuk 15 minit bagi sesi lawatan pertama dan jugak RM5 untuk posture assessment. Kalau lah dekat ngan tempat aku ni mau selalu ke situ. Boleh call 03-2022 4818 untuk temujanji.
\

Tuesday, 27 November 2018

Kembara kerja ke Kota Kinabalu dan Kuching (3D2N) Part 2

Setibanya kitaorang di Kuching menaiki penerbangan jam 8am, driver dah menunggu. Dalam flight tak makan sebab dah kenyang, makanan tu aku tapau, dan walaupun flight tu sekejap jer...sempat shopping wei..haha.

Ni hasil shopping di udara aku haaaa...seronok stewardess tu...seat sebelah aku pun kosong..duk sorang jer.

Di Kuching masa sampai cuaca memang sangat cantik. Langit biru...awan berkepul-kepul..khabarnya semalam hujan lebat. Alhamdulillah masa kitaorang sampai tu cuaca cantik.

Dah selesai kerja kat pejabat Negeri Kuching. Kami check in di Hotel Grand Margeritha. Lokasi memang betul-betul depan monumen kucing yang famous tu. Last time aku pegi Kuching memang sangat-sangat berbeza,sama gak macam KK...lain nau. Kuching aku pernah jejak sekali jer sebelum ni dalam tahun 2006 ke 2007, lama sangat dah.

Grand Margherita ni betul-betul sebelah Sungai Sarawak yang kita boleh seberang (bukan dengan berenang, kena ngap buaya nanti..) untuk beli kek lapis yang terkenal tu. Dulu naik bot jer..cross tu dalam 50sen jer..skang katanya RM1..stilll...murahnya..memang kalau naik bot seberang tu macam tak sempat pun enjin bot nak panas..dah sampai..hehe. Kalau naik kenderaan darat, jauh sket lah kena pusing. Tapi sekarang dah ada option lain jugak..jalan kaki melalui Jambatan Al Hana. Very nice jambatan tu..bila cross akan sampai berdepan dengan Dewan Undangan Negeri Sarawak yang tersergam indah.

Dulu aku pegi Kuching memborong kain pua kumbu buat hiasan kat rumah, tapi sekarang dah tak minat dah, puas dah agaknya..hehe.

Petang hari pertama tu boleh pulak hujan..lebat. Tapi aku ngan partner gigih gak nak jalan. So kitaorang beli baju hujan kat Watsons dan pakai..posing depan patung Kuching..haha...


Bila hujan berhenti kami jalan-jalan ke seberang naik kete kawan pada salah sorang anak buah aku. Survey dan test kek lapis di Mira Cake House dan Dayang Salhah. Sambil mengira berapa buku nak beli esok sebelum balik. Masa patah balik ke seberang, kami naik bot. Excited gak..hehe...Tapi hari nak balik kami beli di Warisan, Mira dan jugak Dayang Salhah. Yang sedap, kek lapis dibuat dari butter.


Petang tu memang dihabiskan di sekitar Kuching Waterfront tu sahaja sampai dah masuk awal malam. Kami berjalan ke Top Spot nak carik lobster..maklumlah, tak kesampaian hajat di KK. Segan punya pasal kan...




Alhamdulillah ada lobster. Aku pesan dua air sebab terlampau penat berjalan...Air fresh orange dan jugak teh ais..erghh...punah diet..haha..

Bestnya makanan...harga masih ok tapi mahal sikit dari KK. Untuk total makan bertiga malam tu RM190.

Yang menarik dan rare ialah Pancake Oyster..punya besar keropoknya....sedap..dicicah dengan kicap istimewa. Harga satu pancake tu RM20. Tak habis kami makan. Menu malam tu ialah ikan kerapu sweet sour, lobster bakar bercheese, lobster masak apa tah lagi satu, udang galah celup tepung, soup dengan midin goreng belacan (yummeh). Aku makan sampai sakit perut, actually dah start masuk angin kot..pastu pi tibai dua gelas air tu...habis makan, tersandar dan rasa nak terkeluar balik apa aku makan...ish..pi toilet cecepat dan aku burp...lepas tu baru lega...

Balik bilik malam tu rasa nak bergolek sebab kekenyangan..haha...dah dekat pukul 10 malam masa tu. Bandar Kuching mula sunyi, tak sehidup bandar KK. Malam tu.....tido lena....esok pagi masih boleh bergolek-golek dulu sebelum check out...sebab tak rushing. Flight petang.




Monday, 26 November 2018

Kembara kerja ke Kota Kinabalu dan Kuching (3D2N) Part 1

Baru-baru ni atas keperluan kerja berpeluang ke Kota Kinabalu dan juga Kuching. Bertolak hari Selasa dan dijadual balik Khamis.



Selasa tu naik flight pagi dan tiba di KK sekitar tengahari, terus masuk pejabat di KK untuk tujuan lawatan tapak. Selesai di pejabat utama, kami ke UTC KK pula. Dengan perut lapar gila...Aduhai..semoga tak masuk angin. Alhamdulillah semua berjalan lancar, selesai sebelum waktu pejabat tamat.

Petang masih bersisa beberapa jam sebelum waktu dinner yang dah janji dengan team digunakan untuk berjalan dari area hotel yang kami stay, Hotel Klagan ke kawasan pasar. Berbeza sungguh KK dari yang aku ingat lebih 5 tahun yang lalu.



KK sangat "hidup" sangat ramai orang. Kawasan perniagaan meriah. Kami menyusur dari Pasar Phillipine sampai ke Pasar Todak. Kami survey tempat makan seafood dengan perut yang menjerit-jerit mintak diisi. Tapi teruja tengok barang jualan di pasar..especially hasil laut yang menarik perhatian. Terlupa lapar sekejap...

Harga? Nak nangis dengar....Ikan satu kilo siap masak RM30. Udang sekilo RM17 siap masak....kalau kat KL? Nangis nak bayar wei...Teringin sangat makan lobster, lobster rata-rata dalam RM70-90 satu kilo, still ok harganya. Dalam hidup tak pernah rasa lobster, teringin....Kalau ada rezeki, adalah malam nanti. Ada satu jenis ikan tu warna biru..Ikan bayan namanya..setau aku bayan tu sejenis burung yang jugak berwarna biru...cantiknya ikan biru tu..kalau dapat rasa ok jugak bah...




Dah habis seround jalan, dengan sedikit hasil shopping (sedikit sebab time pegi tengah bulan..sakit sketlah)..balik ke hotel tunggu driver ambik untuk bawak ke tempat makan. Apa paling utama, orang utan kiriman Namee (si anak bongsu) dapat dah kat pasar, harga RM40.


Rupa-rupanya driver bawak ke Pasar Todak jugak, Todak ni dapat nama sebab ada satu monumen ikan todak kat tengah-tengah roundabout jalan utama kat bandar KK tu. Malam tu kami bertujuh orang, termasuk dua orang driver. Dah plan siap-siap nanti share lah untuk makan. 

Pemilihan makanan aku serah jer pada dorang, tapi malu pulak masa tu nak rekues lobster..huhu..sudahnya tak makan lobster..takpelah...lenkali insyaAllah. Ikan biru pun takde kat gerai yang kami pilih untuk makan tu, pun tak mengapa sebab driver tempatan mesti tau gerai yang ok dan halal kan.

Makan dengan kenyangnya weiiii..sendat perut rasanya.. menu ada dua jenis ikan..ikan kerapu sweet sour, ikan sebelah grill, sotong celup tepung, udang butter, oyster telur masin dan sayur kangkung belacan. Makan punya makan...kenyangnya ya Allah...Bila bayar, jumlahnya RM200..wow, lebih kurang RM30 satu kepala, considered oklah kan termasuk air. Kenyang sampai esok ni. 

Haha...Oh ya, masa kami keluar ke tempat makan dah start hujan. Hujan semakin lebat masa tengah makan. Masih berdoa, pasar malam masih ada lepas makan, nak shopping lagi. Esok awal pagi kami dah kena ke Airport, flight jam 8am untuk ke Kuching pulak.

On the way balik hotel, mintak driver singgah jap depan pasar Phillipine. Masa tu dah pukul 9 lebih, alhamdulillah masih ada kedai yang bukak...

Pagi-pagi pukul 4 lebih dah terjaga, mandi...tunggu subuh, siap dan jam 6am tepat g breakfast. Nak kena gerak ke Kota Kinabalu International Airport (KKIA) jam 6.30am. Cantik view tempat makan yang terletak di tingkat 11 bangunan Hotel. Kami dapat bilik aras 10, upgrade bilik sebab aras 7 yang sepatutnya kami dapat dah penuh.

Alhamdulillah perjalanan flight dari KK ke Kuching sangat smooth..landing pun terbaik. Cuaca sangat cantik kat Kuching, part 2 aku kongsikan kembara kerja di Kuching pulak yer.