Wednesday, 8 August 2018

Kisah Aku & Durian

Setiap tahun, salah satu musim yang aku tunggu ialah musim buah. Musim buah ni bermaksud yang penting ialah musim durian lah..Haha..Kalau nak tau, aku memang hantu durian.


Sejarah aku dengan durian?

Mak aku citer, masa mak mengandungkan aku dulu, di zaman lewat 70-an, mak ada kat Kanada,ikut abah yang sambung study kat sana. Masa mak ngandungkan aku tu, mak mengidam durian sebijik (sebijik tu maksudnya durian dengan kulitnya), kalau dulu, kat sana yang ada cuma yang dah dikupas, itupun susah dapat. Nak dijadikan rezeki baby kan (aku ler dalam perut mak aku masa tu), akhirnya setelah puas mencari, dapatlah sebijik durian yang harganya mahal ya rabbi. Mujurlah dapat, kalau idak...meleleh air liur aku kan masa baby.

Lepas tu, masa umur aku 20 tahun, aku terlibat dengan kemalangan kereta, tapi alhamdulillah no serious injury. Masa tu aku ngan kengkawan nak ke UUM tapi hari perjalanan tu nak stay dulu kat rumah kawan di Perak. First benda yang aku rasa nak makan, keesokan harinya selepas accident tu ialah aku teringin sangat durian. Tapi, disebabkan masa tu tak musim lagi...so aku dapat makan lambat sikitlah. Mujur masih panjang umur nak rasa.

Dan...setiap kali aku pregnant mesti ada rasa nak makan durian...haha....kalau masa musim buah oklah kan...dan alhamdulillah lah, ada rezeki merasa durian walaupun sikit. Durian takleh makan banyak, masa early pregnancy better avoid sebab Doktor O&G sendiri bagitau kat aku, durian dengan kopi ada enzim yang "merehatkan" rahim dan akibatnya, boleh bukak laluan dan menyebabkan keguguran. Enzim apa tu aku tatau lah.

Apapun, selagi masih musim durian, jom makan durian.....Petang kang nak singgah pasar malam beli durian..hehe. Alhamdulillah tahun 2018 ni menjadik sungguh durian.

No comments:

Post a Comment