Bayangkan, kita tengah driving...tetiba kereta problem. Panik tak? Kalau aku memang paniklah, haha..especially kalau masa tu aku dengan anak-anak jer. Kereta ni boleh jadik problem macam-macam, contoh temperature naik, enjin mati, bunyi enjin kuat/mengaum, kereta tersennguk-sengguk, dan sebagainya. Sapa pernah experience keadaan macam ni? Ok, kalau jadi macam ni, apa yang kita boleh buat?
Pertama sekali, kalau kereta rosak dan kita tak confident untuk teruskan perjalanan, berhentilah di tepi jalan di mana selamat dan nyalakan hazard light. Kalau enjin mati tetiba tengah jalan, nyalakan hazard light supaya orang aware. Lepas tu untuk bagi orang tau/nampak kete tu rosak, bukak bonet depan...letak tanda tiga segi tu di belakang kereta dan kita jauhkan diri dari tengah jalan, sebaiknya pegi ke tempat yang selamatlah.
Tindakan seterusnya, call sesiapa untuk mintak bantuan. Ok, untuk kes aku baru-baru ni, temperature naik sampai merah, aku memang particular bab temperature ni sebab bahaya woooo....kang kalau jalan gak terbakar enjin ke apa, naya wei. So apa yang aku buat ialah, berhenti di bahu jalan.
Lepas berhenti, aku contact orang-orang yang penting untuk maklumkan condition masa tu contohnya suami, keluarga terdekat, bos atau team pejabat tempat kerja. Lepas tu aku call Auto Assist under Insurans yang aku beli. Ok, kebanyakan insurans kete sekarang menyediakan perkhidmatan auto assist kalau kenderaan kita rosak, tak kira kat mana. Pastikan kita alert pasal ni. Aku pun lupa pasal tu tapi mujur adik ingatkan.
Aku guna Etiqa, yang menariknya, Etiqa dah sediakan mobile apps tau sekarang, memula aku try call tapi rupanya nombor yang aku guna tu nombor lama, dah tak aktif. Bila aku browse etiqa.com.my baru tau ada mobile apps. So aku download apps tu kat phone guna Google Play. Dah download, aku logkan ke auto assist untuk bantuan tow kereta.
Dalam apps ni ada dua condition yang membolehkan kita contact auto assist, iaitu kalau kemalangan (accident) atau kereta rosak (break down). Untuk mula log permohonan kita, masukkan no plat kereta dan cek location (secara default phone yang ada GPS akan tunjukkan current location kita). Lepas tu pilih sama ada sebab kemalangan atau kereta rosak. Lepas isi, tekan arrow next kat map, secara automatic request kita akan di send dan immediately apps akan respon/bagi tau siapa akan contact kita. Sepantas kilat jugak kita akan dapat call dari agent yang akan tanya condition kita dan sebagainya.
Bila butiran yang diperlukan dah confirmed, kita tunggu updates pasal tow truck yang akan datang. Kita boleh maklumkan bengkel mana kita nak tarik kereta tu. Since aku kena aritu area dekat dengan rumah lagi, so aku bagitau nak ke bengkel yang biasa aku pergi.
Seterusnya, apps akan bagi nama syarikat tow truck yang akan datang tu dan kita cuma perlu tunggu dorang plak call kita untuk exact location dan sebagainya. So, apa yang kita boleh ialah tunggu. Coverage jarak untuk perkhidmatan ni kena cek jugak, tapi aritu sebab dapat tow truck dari kawasan berhampiran, tak sampai rasanya jarak yang akan menyebabkan aku di caj. Selain tu, caj yang mungkin akan dikenakan ialah caj tol sehala sahaja, yang ni agent memang akan maklumkan supaya kita sediakan duit jika diperlukan nanti.
Kebetulan masa jadi tu time orang pegi kerja, tow truck agak lambat sampai tapi orang tu contact dan maklumkan ETA dan jugak call untuk makluman kita. Masa yang diambil aritu lebih satu jam. Bila sampai, tow truck terus tarik bawak ke bengkel yang nak pegi. Untuk kali ni no charges at all sebab takde tol.
Berapa kerap boleh guna servis ni? Setiap hari pun boleh tapi maksimum sehari sekali ajalah.
Berapa kerap boleh guna servis ni? Setiap hari pun boleh tapi maksimum sehari sekali ajalah.
Alhamdulillah kete dah ok, dan untuk korang, kalau kereta rosak, jangan call tow truck biasa, charges dorang kadang melampau, call jer ur car insurans company untuk bantuan. Tanya juga charges yang mungkin ada.
betul2, try cri yang boleh dipercayai dlu.
ReplyDeleteLagi satu sebab bahaya, esp kita pompuan, mcm2 leh jadik kalau main ambik jer servis ntah dari sapa-sapa kan?
Delete