Monday 16 April 2018

Harga Coklat Langkawi

Baru-baru ni ke Pulau Langkawi sebab berBengkel. Lokasi Bengkel, Pekan Kuah. Aim aku selain berbengkel tu, mestilah coklat. Pinggan mangkuk.. Periuk belanga...Batik... Pelikat.. Minyak gamat aku tak minat sangat nak beli. 

Kebetulan juga ada kawan-kawan kirim coklat. Aku Bengkel 3 hari, sempatlah 3 kali berulang ke HIG (Haji Ismail Group) Mall tu. Apa yang menariknya kat situ semua ada under one roof. Last aku ke Pulau Langkawi ni adalah 8 tahun lepas kot. Lama dahlah.

HIG mall ni ada dalam 4-5tahun kot. Selain mall untuk shopping, ada hotel, bazaar dan food court dalam kawasan yang sama. Bagi aku, senang. Tak payah pening nak ke lain.

Transport pun senang, Grab aja.. Teksi mahal...huhu.

Memandangkan aku beli coklat so sini aku nak share harga coklat yang ada setakat masa aku pergi last week.

Range coklat ni harga kat HIG. Kalau kat lain maybe ada beza sikit antara lebih mahal atau murah dalam 40 sen - RM1 beza.
 Kinder Bueno. Sekotak ada 8 paket. RM21.90. 3 paket RM9.90.
Whittaker 3pcs/packet RM9.90 3 packet RM29.

Seterusnya, coklat Ferrero Roche. Untuk 16 biji, sekotak harganya RM 17.90/sekotak dan RM86.00/5 kotak.


Untuk yang 30 biji, sekotak RM29.90 dan kalau beli 3 kotak RM86.00.


Kali ni tak beli ferrero roche sebab malas nak bawak kotak-kotak tu.


Lain-lain, pack Celebration RM14.90, Bean Boozled dalam RM7.00 lebih untuk kotak kecik 20 flavors.


Bounty Minis, Snickers Mini dan Mars Mini Pack, semuanya RM12.90 each pack. Hershey's Kisses RM15.50 per pack.

Mini Ritter Sport berharga RM10.50 dan Ritter Sport Rm5.50 setiap satu. Gambar atas ni ialah hasil tangkapan aku dan kiriman kawan-kawan. Balik dari Langkawi beg penuh coklat....hehe..sekali sekala kan.





4 comments:

  1. bestnya borong coklat! hihi..

    ReplyDelete
  2. it's article, there is A good news to all Samsung lovers there is new smart phone Samsung galaxy j8 in market. read all about it and its all specifications. samsung-galaxy-j8

    ReplyDelete