Tuesday 31 October 2017

Zakat Ekspres


Biasa tengok iklan bank komersial yang kata pinjaman ekspres? Kelulusan satu jam, kelulusan serta merta dan sebagainya.. Tapi itu pinjaman. Kalau orang bagi duit cash nak? 

Kalau nak tahu, Lembaga Zakat Selangor (LZS) pun ada servis ekspres tau. Kelulusan dalam masa 45 minit sehingga 2 jam sahaja. Cepat kan?

Kaunter Ekspres ni berfungsi untuk membuat agihan kepada penerima yang layak di Selangor. Bantuan kewangan diberi dengan kadar segera semasa ditimpa kecemasan/kesusahan. Bantuan kewangan yang diberikan adalah dengan kadar maksimum RM100. Dengan bantuan ni, dapatlah digunakan untuk membeli keperluan asas semasa terdesak seperti makanan, buat tambang dan sebagainya.

Sebenarnya, kaunter ekpress ini telah memulakan operasi di kaunter zakat di ibu Pejabat, Bangunan Zakat Selangor Shah Alam sejak 10 Februari 2009 lagi, kira-kira dah 8 tahun. Sekarang, LZS dah bukak Kaunter Ekspres Agihan Zakat di 19 lokasi yang aku share kat bawah.

Jenis-jenis Bantuan Zakat di Kaunter Ekspres

Jenis-jenis bantuan zakat yang boleh dimohon di Kaunter Ekspres :
1) Bantuan perubatan (fakir, miskin, muallaf, gharim);
2) Bantuan kecemasan runcit (fakir, miskin, muallaf, fisabilillah);
3) Bantuan keperluan pendidikan (fakir/miskin);
4) Bantuan musafir (Ibnu Sabil) – golongan yang terputus bekalan wang untuk keperluan asasi semasa dalam perjalanan;
5) Bantuan musibah (fisabilillah) – contohnya mangsa kebakaran, banjir, ribut, tanah runtuh dan sebagainya.

Syarat-syarat permohonan

Pemohon mestilah menetap di Negeri Selangor kecuali bagi mereka yang dalam perjalanan yang terputus bekalan kewangan disebabkan perkara-perkara yang di luar perancangan contohnya kena rompak atau hilang dompet.

Pemohon mestilah merupakan individu atau keluarga yang berada dalam kecemasan memerlukan keperluan asasi segera seperti seperti makan dan minum, perubatan, pendidikan, penginapan, pengangkutan.

Cara memohon

Pemohon perlu mengisi Borang Agihan Zakat dengan lengkap.

Perlu bawa apa semasa memohon?
Pemohon perlu membawa dokumen-dokumen ini untuk membuat permohonan.
·         Kad Pengenalan pemohon.
·         Salinan KP isteri dan tanggungan (jika ada).
·         Salinan kad nikah / surat cerai (status perkahwinan).
·         Dokumen sokongan berkaitan permohonan (contoh: kos perubatan hospital/deposit kemasukan untuk rawatan/ubat-ubatan, lain-lain dokumen bagi menyokong permohonan).
·         Slip gaji – jika tiada, perlu dapatkan pengesahan daripada penghulu/ketua kampung/pengerusi JKKK/nazir masjid/pengerusi surau/pihak IPTA/IPTS/pegawai gred A.


Bantuan diberikan di Kaunter Ekspres Agihan Zakat adalah untuk kes pertama kali sahaja. Sekiranya berkelayakan, bantuan seterusnya akan diberi secara berkala setiap bulan atau surat jaminan bayaran akan dikeluarkan jika diperlukan.

19 Lokasi Kaunter Ekspres Zakat Selangor

Ibu Pejabat Lembaga Zakat Selangor, Shah Alam
Cawangan Masjid Negeri Shah Alam
Cawangan Subang Jaya
Cawangan Seksyen 14, Petaling Jaya
Cawangan Puchong
Cawangan Klang Sentral
Cawangan Masjid Klang
Cawangan Tanjong Karang
Cawangan Sungai Besar
Cawangan Kuala Kubu Baru
Cawangan Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh
Cawangan Selayang
Cawangan Taman Melawati
Cawangan Bandar Baru Ampang
Cawangan Bandar Baru Bangi
Cawangan Kajang
Cawangan Bandar Baru Salak Tinggi
Cawangan Banting

Ada juga kes individu yang memohon bantuan ekspres berulang kali, maka untuk kes-kes macamni, pihak LZS akan mengambil langkah menyiasat dan menyemak semula keseluruhan keperluan pemohon. Jika berkelayakan, bantuan akan diberikan secara berkala setiap bulan atau surat kelulusan bantuan/jaminan bayar akan di keluarkan kepada pemohon untuk tempoh tertentu.


Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Talian Zakat Selangor di 1-300-88-4343
Bangunan Zakat Selangor
3-01-1, Presint ALAMi
Pusat Perniagaan Worldwide 2,
Persiaran Akuatik,
Seksyen 13,
40100 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
Facebook: www.facebook/zakatselangor
Sumber rujukan:http://www.zakatselangor.com.my/

11 comments:

  1. Perghhh... Mudah dan jimat masa ni. Tq for the info

    ReplyDelete
  2. Wahhh bagusnya camni..thanks mel for info

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus kan sebab senang nak tolong orang yg dalam kesusahan.

      Delete
  3. Tq atas info berguna, lebih mudah dan jimat masa dengan ada perkhidmatan camni.

    ReplyDelete
  4. Wahh ada zakat xpress pulak , bagus ni boleh share dgn org ramai .. tq for info kak

    ReplyDelete
  5. Bagus zakat express ni.. Kak Ti pun baru tau ada jenis bantuan macam ni..

    ReplyDelete
  6. Saya seorang pengangur tiafa perkerjaan tetap ada keluarga isteri fan 2 orang anak 1 sekolah 1lagi sepatutnya masuk tadika.Di sebabkan penyakit covid 19 ini saya dan keluarga dlm kesusahan.isteri terpaksa cuti tampa gaji selama 3 bln..Apa harus saya buat.
    Nak bagi anak makan pun susah.Harap kami dapat pertolongan..

    ReplyDelete