Saturday 8 July 2017

Ziarah Raya Friday's Social Club

Alhamdulillah siang tadi dapat berkumpul sempena ziarah raya ke rumah sorang geng lama dari tempat kerja pertama aku dulu.

Kat tempat lama tu aku keje selama 6 tahun 8 bulan.  Dari anak dara sampai anak dia,  baru keluar.

Kawan-kawan dari sana dah beberapa generasi tapi kami tetap klik.  Paling lama kawan dah 13 tahun,  yang lain paling baru kenal pun dalam 3-4 tahun jugak. Kali ni berkumpul kat rumah sahabat yang sedang cuti belajar.

Very nice house, husband dia yang banyak menghias.  Sokmo tengok gambar kat ig asben dia jer sebab suka gaya interior yang dipilih.  Minimalist... And a touch of Scandinavian.  Mostly perabot warna putih.  Simple and so niceeee.... Ergh.. Setiap sudut rumah dia cantik.  Admire sangat.



Berkumpul kali ni pun kira macam adhoc jer.  Semalam tetiba salah sorang dari kami suggest kat whatsappgroup pegi beraya ke rumahnya. Pum pang.. Pum pang dapatlah kumpul 9 orang ahli termasuk aku yang confirm boleh datang.

Tuan rumah masak lontong,  tambah satay yang dibeli kat Taman Warisan Putrajaya. Cream puff dan jugak ada surprise.. Birthday kek untuk yang sambut birthday bulan Julai.  Kebetulan tuan rumah pun july baby.  Ada 3 orang dalam geng yang celebrate birthday bulan Julai.

So,  kami potong kek sama-sama.  Terharu dengan sambutan awal dan secara tak langsung menumpang sebab tuan rumah pun besday bulan yang sama kan?  Hehe..

Anaknya keletah and cute sangat... Peramah....kata maknya mood baik,  jaranh dia peramah macam tu.. So adorable. Semoga persahabatan kami berkekalan sampai bila-bila.  Kawan baru tetap datang,  tapi yang lama takkan dilupa.


2 comments:

  1. Aiyarkkkkk awat letak gambar ahkak n mareld tgh menangis hahahhahaha....gambar kat blog tak sharp le mel

    ReplyDelete