MyMellyThoughts

Love & Care

Thursday, 14 December 2017

Big Bad Wolf 2017 (MIECC)

Acara tahunan yang dinanti-nantikan oleh anak-anak setiap kali cuti sekolah hujung tahun dah tiba. Acara apa tu agaknya? Hehe..anak-anak setengah tahun pun dah tanya bila nak ada Big Bad Wolf (BBW), pesta buku terbesar di Malaysia tulah..lama benar dorang rasa nak menunggu hujung tahun.

BBW tahun ni bermula 8 Disember - 18 Disember, 24 jam tanpa henti lokasi masih Mines Convention Center (MIECC). Aku dan anak-anak dan dua anak abang (total 5 orang budak) berjaya ke BBW 10 Disember (Sabtu) lepas. Strategi biasa aku kalau nak ke BBW, gerak lepas subuh. Sampai sana banyak parking dan selesa sebab sejuk, tak berebut-rebut dengan orang kalau dah ramai nanti. Target macam biasalah, buku budak-budak ni jer. Mama takdenya sempat nak jeling buku-buku untuk dewasa. Kalau ada peluang maybe pegi lagi untuk carik buku bacaan sendiri.

Pagi hari kejadian, yang terlebih excited ialah budak-budak lelaki. Dua orang tu dah bangun dan bersiap pukul 4 pagi. Adoiiii...anak-anak...! Ini, kalau tak bawak g BBW memang meraung-raung ni.

Budak-budak yang dibawa, 3 lelaki, 2 perempuan. So, mereka ni berkepit lah masing-masing dengan sepupu. Anak yang kecik dengan mama jerlah. Tupun si kecik dah dapat buku satu, dia dah tanak, ajak balik. Pening dia tengok banyak sangat buku kot.





Duduk kat sana dalam 2 jam jugaklah, dari segi buku, memang ada banyak penambahan, terutamanya buku bacaan bahasa melayu dan bahasa cina. Novel fixi dan indie pun ada. Selain dari tu, buku-buku rujukan macam PT3 dan SPM pun ada jugak.

Tahun lepas maybe sebab pegi dah nak habis BBW, so tak nampak kesemua choices yang ada. Tahun ni makin banyak jugak buku children. Fokus anak-anak perempuan lebih pada buku bacaan macam novel, anak-anak lelaki, aim buku aktiviti.


Dari segi perbandingan harga, untuk buku-buku yang aku masih ingat yang ada tahun lepas ada dah naik antara RM2-3 setiap satu. Tapi, untuk buku-buku baru yang takde sebelum ni, penimatan sangat ketara, contohnya buku harga RM80 jadik RM15 jer.

Ni antara buku menarik yang ada. 









Selepas ambik-ambik buku, biasalah, akan pergi sorting dulu, cek balik yang mana boleh letak balik, letak jer sebab memang tanak dorang bazir, nanti beli tak baca, eh macam kena kat diri sendiri jer ni :p


Lagi satu aim aku kalau ke BBW ialah gift set untuk baby, macam cloth book, bath book atau set-set yang sesuai nak dijadikan hadiah. Biasanya kat BBW benda-benda macam tu dijual di luar dewan, tapi, sedih tau, untuk tahun ni takde dah jual kat luar. Luar tu hanya ada poster.

Selain BBW, ada jugak deretan gerai alat tulis kat luar, biasanya stop dna beli jugak sebab murah dari biasa. Tapi tahun ni dah tak larat kejar si kecik. Lepas game di Booth Digi, How Secure R U online?  Terus keluar nak carik breakfast dan jugak nak antar anak-anak buah ke rumah mak. Kalau mama nak belek-belek buku ni, kena ada next trip ler...hehe

at December 14, 2017 5 comments:
Labels: BBW2017, Cuti Sekolah, Kat mana

Thursday, 7 December 2017

Lukisan & Namee

Semenjak dua menjak ni, anak yang kecik, umur 3tahun lebih, Namee, suka melukis. Jumpa jer marker, kaler, pen.. Dia ambik kertas A4 then mula melukis. Selain dari biarkan dia layan y*utube jer..lebih baik dia melukis. Antara benda paling dia suka lukis ialah muka orang.

Kalau lukis abang dia, dekat bahagian pipi mesti ada bulat2. Bila tanya kenapa pipi abang mesti ada bulat tu, dia akan jawab, sebab abang gemuk. Amboi.. Ngata abang dia sedap jer yer.

Beberapa hari dalam minggu ni dia mula melukis ala-ala hantu. Imaginasi atau sebab banyak tengok halloween version songs pun tataulah.

Hari ni, dia lukis sebelum mandi Maghrib tadi. Aku rasa cute. Ada dua keping kertas.
Satu ni macam hantu satu lagi 'kucing'. Kenapa ada tanda ' ' kat perkataan kucing tu? Haa.. Cuba tengok ni.

Bila aku kata comelnya kucing adik. Dia kata "Tu bear adik lah", hehe. . Sori sayang, mama salah.. 

Semoga adik pandai lukis yer.. 


at December 07, 2017 No comments:
Labels: Anak-anak

Waktu yang best shopping coklat dan hadiah

Masuk bulan Disember, kemeriahan bagi yang menyambut Krismas memang terasa dengan dekorasi dan iklan di mana-mana sahaja.

Selain tu, memandangkan semasa Krismas, budaya yang diamalkan ialah memberi hadiah, maka banyak pilihan hadiah yang kita pun boleh tumpang beli. Sapa yang menyambut hari lahir, kawin, ulangtahun perkahwinan, untunglah time ni. Hadiah time sekarang biasanya sangat menarik dengan potongan harga atau datang dengan free gift. Waktu-waktu macam ni jugak sesuai kalau nak cari barang hantaran bagi yang nak kahwin.

Biasanya bila dah hujung tahun, hadiah disediakan dalam bentuk set dengan pembungkusan yang menarik. Biasanya aku memang menunggu waktu-waktu macam ni untuk beli coklat dan biskut yang biasanya dijual tanpa bekas tapi bila time ni ada dalam bekas-bekas yang cantik dan terhad. Selain dari tu, ada jugak yang datang dengan free gift yang dapat masa ni jer, pun terhad jugak.

Tempat-tempat yang biasa dituju untuk aku dapatkan koleksi menarik ni termasuklah Cold Storage dengan Jaya Grocer. Lokasi shopping mall yang meriah dengan jualan kalau di KL paling suka KLCC dengan Sogo.

Semalam ke Jaya Grocer DPulze Cyberjaya dan beli Pocky Sticks dalam tin, RM 10 untuk setiap tin, dalam tu ada 4 kotak pocky sticks. Ada 4 design tin dengan 4 perisa berbeza, coklat, strawberi, cookies and cream dan green tea. Kalau ikutkan ada satu lagi, banana tapi takde jual kat cawangan situ.


Selain tu, beli M&M comel ni, sejak tahun lepas dah ada M&M bentuk ornament tin ni tapi tahun ni ada tambahan warna tin, iaitu biru. So, beli biru. Warna lain, kuning, hijau dan merah. Satu tin berharga RM 8.90.

Kit Kat dalam tin ni jugak limited edition berharga RM 15.79. Dalam tu ada macam-macam perisa kit kat.


Tin-tin ni boleh simpan barang atau dibuat hiasan. Comel kan..

at December 07, 2017 3 comments:
Labels: Kat mana
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Sharing Thoughts

"Just sharing thoughts to those who cares.
Just enjoying life as it is.
Love is always enough to be shared."

About Me

Mymellythoughts.blogspot.com
View my complete profile

Kelab Blogger Ben Ashaari

Kelab Blogger Ben Ashaari

Jejak Entry

  • ►  2020 (6)
    • ►  November (4)
    • ►  October (2)
  • ►  2019 (15)
    • ►  December (8)
    • ►  May (2)
    • ►  March (3)
    • ►  January (2)
  • ►  2018 (55)
    • ►  December (10)
    • ►  November (9)
    • ►  October (10)
    • ►  September (4)
    • ►  August (2)
    • ►  July (2)
    • ►  June (4)
    • ►  May (6)
    • ►  April (2)
    • ►  March (3)
    • ►  January (3)
  • ▼  2017 (49)
    • ▼  December (3)
      • Big Bad Wolf 2017 (MIECC)
      • Lukisan & Namee
      • Waktu yang best shopping coklat dan hadiah
    • ►  November (7)
    • ►  October (3)
    • ►  September (6)
    • ►  August (3)
    • ►  July (4)
    • ►  June (9)
    • ►  May (14)

Search

Report Abuse

Pages

  • Home
  • About Melly

Blogger templates

Follow me on instagram

It's just my personal blog. No offense.. Simple theme. Powered by Blogger.