Cara penerimaan dan dealing dengan keresahan serta kebimbangan menghadapi pandemik yang melanda sekarang, Covid-19 adalah tak sama bagi setiap orang. Ada yang okay jer dan ada yang kerap panik dan terkesan.
Awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kita semua masih tertanya-tanya bagaimana, apa dan sebagainya berkenaan camna nak teruskan kehidupan tapi setelah berbulan, kita dah lalui PKP, kemudian PKPB (Bersyarat), ada juga yang dah lalui PKPD (Diperketat) dan terbaru ialah PKPP(Pemulihan). Dalam peringkat Pemulihan ada lebih ramai orang semakin paham macamana nak berhadapan dengan Pandemik ni tapi dalam sedar tak sedar adakalanya, masih memberikan kerisauan, kegusaran dan kadangkala megundang panik kepada kita terutamanya bila kita tengok kes yang tak surut-surut, cecah 1000 lebih kes sehari, kes baru tau bukan kumulatif (kes terkumpul). Bilangan kematian juga ada kalanya melebihi 10 orang.
Apa yang kita boleh buat untuk kekal tenang atau term lain, kekal waras dalam menghadapi semua ni. Ini apa yang aku praktis tapi maybe tak sesuai untuk semua orang. Apapun yang basic, setiap dari kita kena kenali diri sendiri, kena tahu apa yang akan trigger (cetuskan) rasa resah/bimbang yang melampau. Kita kena tahu ni sebab kalau tahu ni, lebih mudah untuk kita manage perasaan tu.
Antara tip yang boleh dikongsikan ialah:
Elakkan tengok, baca (visual/bahan bacaan) yang menggusarkan, contohnya catatan berkenaan Pandemik yang menimbulkan rasa resah melebihi biasa. Pilih apa yang anda nak tengok dan baca atau fahami.
Sentiasa berkomunikasi dengan orang yang dipercayai dan yang tidak menambahkan kegusaran kita berkenaan Pandemik ni. Komunikasi penting untuk kita meluahkan apa yang kita rasa, sekurang-kurangnya kita akan rasa lebih lega bila dah terluah.
Kita juga boleh jadi pendengar yang baik kepada orang lain jika mereka memilih untuk bercerita dengan kita, hulurkan 'ketenangan' buat mereka.
Cari aktiviti yang boleh ubah fokus kita dari Pandemik. Macam yang kita tengok sekarang ramai yang bercucuk tanam, memasak dan sebagainya. Itu salah satu cara bagus untuk kita alih fokus walaupun bersifat sementara. Minda kita kadangkala memerlukan masa untuk 'rehat' sebelum kembali kepada persoalan pokok yang berat. Otak yang tak cukup rehat kadangkala akan trigger masalah kesihatan lain.
Bertanya lah khabar orang di sekeliling kita? Didoakan semua dipermudahkan urusan harian dan semoga cepatlah Covid ini dihilangkan...aminn
Dalam menghadapi Pandemik, kekal tenang is good tapi jangan sampai terlalu tenang sampai kita abaikan apa yang mesti dibuat contonya pengamalan norma-norma baharu, pakai pelitup muka, kerap cuci tangan dan penjarakan sosial. Be safe, Stay Safe.
(Coretan ini hanya dari pengalaman hidup dan pengetahuan penulis sendiri.)