Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

Saturday, 19 May 2018

Berpuasa dengan Lazz Susu Kambing

Bulan Puasa dah pun tiba. Untuk mak-mak macam aku ni, bila puasa ni antara perkara penting ialah make sure anak-anak bersahur dan jugak berbuka puasa dengan makanan dan minuman yang elok dan berkhasiat. Bukan apa, nak pastikan anak tu dapat cukup tenaga untuk berpuasa dan jugak nak mengelakkan kesihatan terganggu sebab salah makan.

Sebelum ni tengok ramai kawan aku beli Susu Kambing jenama Lazz, rata-rata bila tanya tu komen sedap, takde bau hamis…so aku pun try lah…Betul, sedap dan takde bau hamis kambing tak mandi. Hehe. Yang bestnya lagi, Lazz Susu Kambing ni ada empat perisa, Lazz Choco, Lazz CafĂ©, Lazz Orgamilk (perisa asli) dan juga Lazz Kurma. Memang aku dan family dah test semua perisa, semua sedap. Jadi bila dah stock up semua perisa boleh lah tukar-tukar perisa ikut selera masing-masing kan.

Anak aku yang kecik tu sebelum ni minum susu kambing jenama lain pun suka susu Lazz ni, so lega rasanya sebab dia dah pandai rasa kalau tukar susu. Kang asyik komplen jer susu tak sedap, mau bingit telinga aku. Haha…

Kelebihan LAZZ Susu Kambing semasa berpuasa
Memandangkan dah start puasa ni, kenalah jugak cek apa kelebihan susu Lazz ni untuk kita dan anak-anak. Sebelum ni yang tahu susu kambing memang makanan Sunnah dan boleh bagi tenaga, jom tengok kalau ada lagi kelebihan lain. Bila buat sedikit research, dapat tau Lazz susu kambing ni memang elok untuk anak dari umur 2 tahun sampailah warga emas. Ibu mengandung dan jugak ibu-ibu yang menyusukan anak pun sangat sesuai minum. Kalau dikaitkan dengan puasa, nilah kelebihannya:
- Susu kambing yang bersifat alkali dapat membuang toksin dari badan. 
- Badan berasa lebih ringan. 
- Melegakan sakit gastrik. 
- Membuang angin dalam badan. 
- Mengawal kenaikan berat badan dan nafsu makan. 
- Mengurangkan risiko penyakit kronik seperti sakit jantung, darah tinggi dan diabetes.      

Bagus kan semua kelebihan ni, salah satu tujuan ALLAH suruh kita berpuasa ialah untuk merehatkan perut kita dan waktu puasalah badan kita boleh bekerja untuk membuang toksin secara semulajadi. Toksin yang kita dok simpan dalam badan selama berbulan-bulan tu kalau dapat buang memang sangat best. Sesuailah dengan kelebihan Lazz Susu Kambing ni yang dapat membantu menyahtoksin atau detox. Bila toksin dah dibuang, badan sememangnya akan jadik lebih sihat dan mengurangkan risiko penyakit kronik. Tak rugi langsung amalkan Lazz susu kambing ni kan?

Waktu sahur memang akan bancuhkan secawan Lazz Susu Kambing dengan kurma untuk diri sendiri dan anak-anak. Waktu berbuka kalau tanak makan heavy terus pun aku bancuh dulu susu Lazz orgamilk ni makan dengan kurma 3 biji, solat Maghrib, kemudian sikit baru ambik makanan berat, jadi takde lah perut terkejut masuk makanan. 


Harga dan Cara Pembelian LAZZ Susu Kambing
Nak tahu harga Lazz Susu Kambing?  Ok, bagi semua perisa, dijual dalam kotak seberat 500 gm dengan harga macam kat bawah ni:


Cara pembelian pun senang jer, boleh buat pesanan melalui wasap ke http://www.wasap.my/60108232600/

atau online www.lazzdelivery.com

Untuk maklumat lanjut, boleh ke 


atau



Sumber info:
Laman web www.lazz.my

*Resepi Overnite Oat Lazz
Pernah terbangun lambat untuk sahur atau ada sakiy gastrik, Overnite oat ni makanan mudah untuk disediakan dan sesuai untuk yang ada gastrik. Sejukkan dalam peti ais dan waktu sahur dah tersedia untuk dimakan. Sedap...







Wednesday, 14 March 2018

PRP untuk kecantikan wajah

Biasa dengar rawatan kecantikan atau aesthetic kan? Ada banyak jenis rawatan kecantikan ni. Sebelum ni aku tak pernah nak cari sebab tak pernah cuba, setahu aku yang paling biasa ialah facial, tapi itupun aku tak buat. Baru-baru ni berpeluang untuk dapatkan rawatan kecantikan di sebuah Klinik Aesthetic, melompat ke bintang lah nak cuba. Dah dapat peluang kan?
Peluang keemasan ni aku dapat bila kawan blogger, Cik Min yang suggest nama, boleh jugak baca review dia yang yang pernah ke sana di www.bebelancikmin.com. Menarik betul tengok rawatan yang dia dapat. Aaaa..mesti makin cantik kawan kita tu. Yang penting, klinik yang nak pegi ni Klinik berdaftar dengan Doktor dan petugas professional bukan sebarangan punya. Kalau sebarangan memang tak berani nak pegi, kalua main terjah jer, sua muka tetiba muka jadik herot ke apa ke sebab treatment tak ke naya kan. 

Klinik Kecantikan Top di Malaysia
Klinik apa yang aku nak pegi buat rawatan ni? Nama klinik tu ialah Klinik Premier. Klinik ni adalah antara klinik kecantikan terkemuka kat Malaysia tau… Ada beberapa cawangan Klinik Premier iaitu di Bangsar Baru, Taman Tun Dr Ismail, Puchong dan Ampang.

First step ialah buat appointment. Lepas dapat appointment, hari yang dinanti tiba, aku pun ke Klinik Premier cawangan Bangsar. Kat sana, Doktor bagi consultation rawatan apa yang sesuai untuk kulit aku sebab masa set appointment aku pun tak tau nak dapatkan rawatan apa, maklumlah tak pernah. Hehe..

Doktor cek muka dan bagi cadangan apa masalah kulit yang dihadapi dan rawatan apa yang sesuai. Doktor yang bagi consultation masa tu ialah Dr Jaswine Chew. Very nice Dr, comel jer, and of course kulit muka dia cantik. Rupa-rupanya banyak jenis rawatan kecantikan yang mereka tawarkan. Kalau kat klinik ni, ada lebih dari 50 jenis rawatan yang tidak terhad kepada muka sahaja. Boleh layari laman web https://premier-clinic.com/our-services/ untuk maklumat rawatan yang ada. Aku memilih untuk fokus kepada rawatan wajah.













Antara masalah kulit aku ialah liang pori yang besar, kulit muka berminyak di kawasan T, eye bag dan jugak parut chicken pox. Bincang-bincang, aku pilih PRP. Apa itu PRP? Haaa…jom study sama-sama sikitlah apa PRP ni.

Apa sebenarnya rawatan PRP? 
PRP ni ialah nama ringkas bagi Platlet Rich Plasma. Apa kebaikan PRP? PRP ni bukan sahaja boleh merawat cela pada wajah tapi turut boleh merawat macam-macam lagi antaranya kecederaan lutut, bahu, dan sebagai rawatan rambut gugur. Untuk wajah ni, akan bantu wajah lebih berseri-seri, mengurangkan parut, mengurangkan masalah pori dan sebagainya. Ada tiga langkah asas dalam rawatan PRP ni, iaitu mendapatkan darah kita sendiri, pengasingan platlet darah dan extract platlet-rich plasma untuk dimasukkan semula ke dalam kulit. Secara keseluruhan, prosedur PRP mengambil masa lebih kurang satu jam untuk selesai.

Mula-mula, petugas klinik akan sapu cream kebas kat muka sebab prosedur ni akan menggunakan jarum suntikan. Dalam setengah jam tu muka akan rasa kebas. Kemudian, Doktor akan datang dan ambik darah kita kat tangan macam nak derma darah, jangan risau, sebab yang ambik darah tu memang doktor terlatih. Selepas tu, darah tu dibawa untuk pengasingan dalam mesin khas.




Bila dah selesai proses pengasingan, Doktor akan mulakan prosedur memasukkan platlet tersebut ke dalam kulit. Macam aku nak buat rawatan wajah, so doktor akan fokus kat muka, bergantung pada berapa banyak platlet yang dapat, maka sebanyak itulah yang akan dicucuk masuk ke dalam kulit. Untuk memasukkan platlet dalam kulit ada dua cara iaitu sama ada gunakan needle (direct injection) atau blunt needle. Aku bersedia untuk cuba dua-dua cara. Jarum yang digunakan bukannya besar pun tapi halus aja. Semasa kulit dicucuk ada rasa sedikit tidak selesa tapi muka dah sapu krim kebas, so ok jer untuk aku.

Dr. Jaswine cucuk tu sangat pantas dan proses tu ambik masa tak sampai 20 minit rasanya. Macam cuk..cuk..cuk siap…hehe. Bila tanya semula, berapa needle stick kat muka? Ada 4 blunt needle kat kedua-dua pipi dan dalam 20 di bahagian dahi. Sebenarnya kalau lebih banyak platlet dapat lagi banyak cucuk yang boleh buat, dan hasilnya boleh cantikkan lebih banyak area.





Hasil Rawatan
Kesan rawatan tu actually boleh nampak on the spot, masa sebelah pipi dah siap, tengok cermin, nampak perubahan. Yang dah cucuk tu nampak lebih cerah dan pipi naik sket, selain tu eye bag berkurangan, aaa..suka..suka..Salah satu yang bagusnya kat sini, setiap prosedur yang dibuat akan diterangkan oleh doktor atau petugas, so takdelah kita dibiarkan tertanya-tanya kan..Doktor pun dah bagitau, kesan lebih ketara dalam 4-5 hari. Downtime atau kesan sampingan? Hanya kesan cucuk jarum tu dalam beberapa jam dah hilang, kalau nak tutup boleh tutup dengan makeup.

Harga?
Boleh dapatkan quotation dahulu dari Klinik Premier, untuk maklumat lanjut, boleh ke laman web www.premier-clinic.com.

Kalau ada peluang, memang nak repeat supaya lebih cantik dan anggun, gitu…Terima kasih Klinik Premier. Kalau u ols nak cuba, boleh bagitau nama Mel / Meliza Ibrahim untuk tawaran menarik kat Klinik Premier ni. Tak rugi, kecantikan kan hak milik setiap insan…XOXO


Maklumat lanjut? Boleh hubungi mereka:

TTDI:
31,Jalan Wan Kadir 2, Taman Tun Dr Ismail, 60000, Kuala Lumpur.*Same row as Pizza Hut and next to Maxis and Digi centre BANGSAR:40, Jalan Telawi, Bangsar Baru, 59100, Kuala Lumpur.*Same row as Post Office and next to Raj Banana Leaf mamak stall

PUCHONG:G-15, IOI Boulevard, Jalan Kenari 5, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor* Same row as RHB Bank and Paparich Restaurant 

KL CITY:A-0-8 Megan Avenue 1 , 189 Jalan Tun Razak , 50400 Kuala Lumpur*Opposite new China Embassy (China Visa application place)General Contact Details : +6012-6625552

Wednesday, 27 September 2017

Cuba Rasa-rasa

Aku ni jenis yang mudah terpengaruh dengan iklan atau viral pasal makanan dan minuman.  Jom tengok makanan dan minuman apa yang aku dah cuba baru-baru ni.

1. McFlurry Durian

Sebagai hantu durian,  aku wajib cuba.  Nasib baik sempat rasa sekali.. Sebab sokmo abis kat outlet McD. Harga agak mahal tapi berbaloi mencuba, RM8 satu. Dan memandangkan musim durian dah habis,  McD suh tunggu tahun depan pulak.. Arghh lama weiii..




RATING RASA: 4. 5/5.

Kalau tertonggok atas tu durian fresh lagi umph tapi susah nak kekalkan kesegaran,  silap-silap jadik tempoyak pulak nanti kan.

2. Farm Best Kurma Fresh Milk

Famous susu kurma ni.  Khabarnya elok sebagai milk booster untuk ibu-ibu yang masih menyusukan anak.  Untuk orang-orang lain,  khasiat susu dan kurma adalah bagus.


RATING RASA: 3/5.

Aku prefer makan buah kurma tanpa diolah jadi minuman atau dicampur makanan lain.

3. Nescafe Black Ice
Baru jer cuba perisa kopi dalam tin terbaru dari Nescafe ni,  sekarang ada offer di Stesen Minyak Shell dan Petronas.  Aku beli kat Petronas. Beli 3 untuk hanya RM5 dan boleh tambah 1 tin lagi dengan hanya RM1.


RATING RASA:  2.5/5.

Sejuk dengan sensasi dingin air setiap teguk tapi kurang kick rasa kopinya.


*Rating rasa dibuat atas rasa peribadi sahaja.

Monday, 25 September 2017

Badan Lebih Segar dengan Jamu Asam Kunyit Madu

Jus asam kunyit madu (JAKM) ni khabarnya banyak khasiat terutamanya untuk kesihatan dalaman perempuan. Sebelum ni biasa jugak tengok orang jual tapi belum pernah cuba. Baru-baru ni berpeluang mencuba JAKM homemade, keluaran Forreen Secret. Yang specialnya, owner hantar sendiri kat kita tau...Delivery dan stok fresh. Puan Azrina dan suami hantar.

Selepas "berkenalan" dengan JAKM, baru tau rupa-rupanya JAKM ni bukan untuk orang perempuan sahaja tau, lelaki pun boleh minum jugak. Perempuan mengandung sahaja tak boleh minum.

Bahan yang digunakan dan persediaan dibuat secara tradisional. JAKM ni homemade dan tiada bahan pengawet. Aku memang suka kalau takde bahan pengawet. Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat JAKM ni ialah ibu kunyit, halia, asam jawa , temu kunci, madu, saffron, habbatussauda, gula melaka. Setiap ramuan ni mengandungi manfaat yg tersendiri.

Secara asasnya, ibu kunyit mampu menyembuhkan luka dalaman, mengempiskan perut, mencantikkan kulit, anti bakteria. Halia boleh mengeluarkan angin dari badan. Temu kunci untuk kesegaran badan dan menambahkan tenaga,menghilangkan kelesuan dan letih-letih badan. Saffron bagus utk penjagaan dan kecantikan kulit. Habbatussauda boleh menstabilkan gula dalam darah, dan meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Madu untuk tingkat daya ingatan, anti kanser, tingkatkan kesuburan suami isteri dan manisan pengganti gula. Gula melaka pula sebagai pemanis bersifat antioksidan juga mampu mencegah serangan asma.

Khasiat JAKM

Kalau nak disenaraikan khasiatnya, banyak tau. Cuba baca ni:
1) Membantu menurunkan berat badan;
2) Merawat masalah kulit;
3) Mencerahkan kulit secara alami;
4) Menaikkan aura seri wajah;
5) Merawat haid tidak teratur & darah kotor;
6) Menstabilkan kolesterol dalam darah;
7) Membuang Angin Dalam Badan;
8) Merawat ibu-ibu dalam pantang/lepas bersalin;
9) Melambatkan proses penuaan (awet muda);
10) Merawat luka jahitan lepas bersalin;
11) Merawat masalah rahim/peranakan;
12) Merawat masalah bau badan;
13) Mengatasi masalah keletihan;
14) Mengurangkan masalah gastrik;
15) Mengatasi migrain/kerap sakit kepala;
16) Menstabilkan gula dalam darah;
17) Meningkatkan kesuburan suami isteri;
18) Mencegah batuk/selsema/asma;
19) Melancarkan sistem pencernaan; dan
20) Menurunkan paras kolesterol.

Aku sendiri dah rasa kesannya selepas minum JAKM ni. Aku percaya setiap orang mungkin lain cara penerimaan dan cara tindak balas badan dengan apa yang diambil. macam aku sendiri, berdasarkan pengalaman, selepas botol kedua aku konsume, badan terasa segar, especially bila bangun pagi, tak rasa berat, badan rasa ringan jer. Bab membuang, sebelum ni memang takde masalah, tapi bila ambik JAKM ni, lagi lancar. Detox bagus ni tau, buang segala angin jahat dalam badan. Hehe. Batuk yang dah dekat sebulan pun dah hilang, Alhamdulillah.

Duduk di rumah hujung minggu buat-buat kerja rumah, sampai malam masih rasa cergas, penat tak delah macam sebelum ni, rasa macam dah tua sangat baru buat kerja setengah hari kena berehat.

Pasangan suami isteri yang mencuba untuk mendapatkan zuriat sangat baik amalkan ni. Dua-dua boleh minum.

Aturan Pengambilan JAKM

Sebotol JAKM ni 360 ml dan berharga RM12 di Semenanjung dan RM14 di Sabah/Sarawak tidak termasuk kos pos/penghantaran. Aturan minum, lebih kurang 60ml sekali minum, dua kali sehari, sekali pagi dan sekali malam. Jika diamalkan ikut aturan ni, sebotol boleh betahan lebih kurang 3 hari. Sebulan, 10 botol diperlukan. Goncang sebelum minum. Untuk memastikan kesegaran simpan dalam peti sejuk dan boleh bertahan selama 2-4 minggu. Rasanya? Sedap...masam manis dan sedikit pahit di hujung, pahit-pahit halia jer..Personally, aku suka rasa yang sejuk, so memang simpan dalam peti ais.

Soal Jawab JAKM

Ada beberapa soalan yang biasa ditanya pasal JAKM yang aku nak kongsi kat sini

Salah satu soalannya, kalau hari-hari minum kunyit bukan boleh keringkan darah?

Jawapannya: Kandungan ibu kunyit dalam JAKM tidak sebanyak jus kunyit yang orang lepas bersalin minum tu, jadi takkan kering darah, insyaAllah.

Soalan lain, Macamana kalau minum terlebih? Sebab sedap, jadik minum jer, gulp...gulp... :)

Jawapannya: Takpe, takkan ada kesan sampingan kalau terlebih. Badan kita pun akan buang yang mana berlebihan dengan syarat, organ dalaman kita berfungsi dengan baik untuk membuang lebihan.

Lagi satu soalan yang sering ditanya ialah JAKM boleh tak diminum semasa datang bulan?

Jawapannya: Boleh. Tapi kalau dilihat pendarahan terlalu banyak sebab JAKM ada fungsi merawat haid tak teratur dan darah kotor, maka boleh berhenti minum buat sementara waktu.



Untuk maklumat lanjut atau tempahan, boleh check it out di:

IG: https://www.instagram.com/i.am.anirza/
FB: https://www.facebook.com/azrina.samsudin
https://www.facebook.com/jusasamkunyitmadu/

Atau boleh jugak hubungi melalui telefon 010-818 1796.

Thursday, 6 July 2017

Nak kulit mulus jugak!

Exfoliating gel ni rupanya best yer..diperkenalkan oleh adik. Bila pakai, terus suka...dah habis, cari lagi. Produk untuk muka perempuan ni banyak sangat kat pasaran kan, so aku lak jenis tak reti sangat bab-bab produk gini, so kalau adik dah penah try, tgk muka dia tak rosak, baru berani nak try jugak..

Exfoliating gel yang aku guna ni dari Chriszen. boleh untuk muka dan badan. Lepas tenyeh-tenyeh kat muka, aaaaa...bestnya..lembut lah kulit terasa. bau pun sedap...

Exfoliating gel ni fungsi utama untuk buang sel-sel mati kat kulit kita. Bila dah buang sel-sel mati tu kulit lebih cantik dan sihat.

Cara nak guna senang jer, sapu pada muka atau badan, gosok2 buat bentuk bulatan selama dalam 10 minit, lepas tu cuci macam biasa. Nanti nampaklah gumpalan-gumpalan kecil kotoran kat kulit kita . Satu lagi fungsinya yang best, memudahkan makeup lekat kat muka kita tau. Haa...so nanti nampak makeup tu blend well dengan kulit muka. Guna dalam 2 kali seminggu.



Harga? Murah jer, RM15 satu bekas ni kalau takat untuk muka jer memang lama tahan, mau 6 bulan. Cuma, masalahnya aku tatau kat mana nak beli. Dah cek kat fb page tak jumpa produk ni dalam tu. Aritu kirim kat adik sebab ada seller bukak booth kat Mood Republik before raya. So dah beli 2 untuk stok setahun..hehe




Thursday, 8 June 2017

Lip matte yang best

Memilih lipstick adalah sesuatu yang memeningkan untuk aku. Selain pening nak pilih warna, pening gak nak pilih teksturnya. Kalau yang jenis melekit, terasa tebal bibir, confirm tak belilah.

Aku jenis yang tak suka stick lama-lama pada satu-satu brand. So, takde spesifik brand lipstick yang aku betul-betul setia. Compared to bedak compact, aku boleh setia pada yang satu bila memang kena dengan skin tone aku dan tak menimbulkan sebarang kegatalan atau jerawat pada muka aku. Tapi, when it comes to pemilihan lipstick, memang hati-hati lebih bila nak beli sebab takut salah beli, rosak bibir, naya....Contoh bibir rosak yang aku pernah tengok orang kena, bibir jadik hitam macam terbakar, atau bengkak-bengkak, gatal bibir...huhu.

Sebelum ni pernah beli lip balm dengan lip scrub dari lip_balm_madu kat IG. Founder lip balm madu ni namanya Amoyylin. Awal-awal dulu lip balm madu ni jual lip balm dengan lip scrub. Terpengaruh untuk beli sebab lip balm tu diperbuat dari madu. Beli satu lip balm dengan lip scrub untuk cuba. Beli lip balm color sexy pink.
Gambar lama, ceduk kat ig jer..


Best!
Lip scrubnya pulak dibuat dari gula castor, yummeh...hehe. Seminggu sekali pakai lip scrub ni before tido, pastu apply lip balm. Bangun pagi bibir rasa lembut jer..Lip balm tu tahan warnanya, dah makan pun masih stay warna. Tapi disebabkan bahannya madu, so tak risau coloring yang macam sesetengah lipstick yang long lasting tapi sebenarnya ada chemical bahaya.

Baru-baru ni, lip balm madu dah keluarkan lip matte dengan lip tint. Kalau ikutkan cara pemakaian, untuk bagi tahan lama lip matte boleh apply lip tint.

So, kali ni try beli lip matte plak, beli dua warna, Naked Skin dengan Brownie. Memula ingat nak beli satu lipmatte dengan satu liptint tapi tengok brownie ngan naked skin macam dua-dua warna cantik, so beli lipmatte dua dengan lip scrub.Lip scrub sebelum ni dah terkorban sebab jatuh, botolnya kaca, maka pecahlah ia.

Ni pakej yang dah dapat, seller bagi free minyak gamat :)
Yang bestnya pasal lip matte ni adalah sebab sangat-sangat ringan, rasa macam tak pakai lipstick, tak melekit dan kalau kita cium anak-anak, tak melekat lipstick tu kat pipi dorang, Hehe...dah test kat budak-budak bertiga tu sebelum gi kerja. 

Try brownies, colornya quite strong untuk aku yang memang biasa pakai light colored jer dan senipis yang mungkin...hehe. So bila apply brownie ni, rasa macam bini vampire pun ada, sexy color, maybe kena tengok event yang sesuai bila nak guna ni. Boys kat rumah pun pandai tegur, nampak lainlah mama...Hehe...merah menyala mak ngah...So mama test jer, lepas test, lap ngan minyak zaitun.


Then, yang ni naked skin color, yeay, definitely my color. Suka sangat. Hari-hari gi opis pakai ni jer atau lip balm sexy pink yang dah ada.